TERKINI

Isnin, Mac 28, 2011

SUAMI DAN TSUNAMI

Foto hiasan tsunami melanda Jepun



   STUNTMAN? 



   STUNT VS SETAN 



Sebenarnya pelaku video sex tersebut hanyalah pelakun stunt. Tidak ada kena mengena dengan pemimpin parti pembangkang. 



Sekiranya ada persamaan dengan orang yang masih hidup, ianya hanyalah pelandok dua serupa. Katanya, di dunia ini ada tujuh insan yang mirip kita. Perkara biasa untuk merungkai dan melepaskan diri dari segala pertuduhan. Begitulah falsampah Pak Kadok. 
Ayamnya menang sabong, kampungnya tetap tergadai! 



Kalau sememangnya stuntman, kira o.k. lah tu, DSAI yang dapat namanya! Orang lain yang tutuh, orang lain yang jatuh dan orang lain yang gaduh.



Kalau betul, memang kerja stunt, berbaris baris teman ingat, semua penyokong aljubori nak tunggu giliran berlakun stunt. Tak payah dibayar apa apa. Sanggup bermati matian tanggung dosanya. Peduli apa, apa dia orang nak kisah! 



Patutlah semua orang begitu angkuh sepenuh jiwa dan raganya mempertahankan DSAI. Setakat pelakun tambahan, drama khurafat  bakal wajib tayang jing..jing..gay pru13 episod! Kemaruk giler, nak enter frame, kisahnya. Lantak korang lah! 



  AIDS – ANUAR IBRAHIM DUNIA STUNT 



   Bagaimana Datuk Trio boleh terlibat? 



Tree Stooges, Tree Musketeers, Trio Tan Seri P. Ramlee dan apa apa aje trio yang tiga suku, semuanya bermisikan dalam penyiasatan. Itu ada skripnya. Laaa, ini spontan jer! Jadi, misteri trio ini secara kebetulan telah ‘tergelidah’ rakaman berintipadah, yang disangkanya mampu mentengadahkan pelakunya! Sudah terdedah, padah kepada siapa? 


  
Mengapa padah segala kesalahan tertuding kepada Datuk Trio? 



Itulah dunia stunt. Semuanya terancang, sememangnya ada niat untuk kepentingan politiknya. Kotornya, politik! Kata budak ingusen. Sebab, dia tak tahu, disebalik kekotoran itulah politik mendapat labanya. 



Itulah wrestling wwe. Sehebat mana berantem dalam gelanggang. Lakunan jer! Kadang kadang kesudahannya boleh diduga. Tetapi selalunya, berakhir dengan sesuatu yang tidak dijangkakan. Musuh jadi kawan. Kawan jadi lawan. Lawan jadi sawan! Entertainment, hiburan dan yang penting ‘masyukkkk’. Masyukkk dan mengawan. 


  
   UMNO BN DALANG MENJATUHKAN ANUAR  



Persoalan pelik. Jawaban yang paling konkrit. YA! TEPAT SEKALI... 

Mengapa? Why? 

UMNO tidak akan bersekongkol dengan peliwat tegar. UMNO tidak memerlukan orang yang buruk budi pekertinya menerajui negara. UMNO memperjuangkan dan memartabatkan hak orang Melayu, selari dengan aspirasi MCA dan MIC. 

DSAI bukan lagi pejuang bangsa melayu. DSAI bukan sapa sapa pun kepada UMNO. DSAI hanya kemaruk nak jadi PM. DSAI hanya ghairah nak jadi macam firaun bila berkuasa. DSAI menganggap dirinya anugerah tuhan, pada masa yang sama hanya mementingkan diri sendiri. DSAI sepatutnya, seorang MP, Ketua UMUM PKR dan Ketua Pembangkang tidak perlu syok sendiri untuk menjadi PM. 

DSAI bercita cita untuk menghapuskan ‘ketuanan melayu’, kononnya memperjuangkan ‘ketuanan rakyat’. DSAI menganggap dirinya macam firaun, nauzubilah, sebab itu dsai bangga diistiharkan sebagai anugerah tuhan. Terlalu licik dan mampu berbuat apa yang dia suka. Tuhan apa tu? Bila nama ALLAH, disokong, dibenarkan digunakan oleh  selain orang berugama Islam. Mengapa tidak menjaga sensitiviti umat M? Membahayakan perahu kolek,  sampan nelayan dipesisiran pantai weii! 

DSAI hanya belum ditabalkan menjadi PM Malaysia. Itulah sebabnya DSAI kemaruk hingga mengaruk giler nak jadi PM. Siap buat kembara seluruh negara untuk menabalkan dirinya bakal PM Malaysia. 


Sebenarnya DSAI telah memperolehi segala galanya. Hanya ditabalkan sebagai PM, belum dan tidak akan terjadi. 

   PENDAPAT PERIBADI 

   Aku tak kisah pun, DSAI nak jadi apa. Itu hak dia. Peduli apa kan! 


Hanya tinggal selangkah, DSAI boleh dan telah ditabalkan menjadi PM Malaysia setelah Tun M mengundurkan diri. Meloponglah kamu Pas! Sepanjang dan selamanya dalam UMNO DSAI amat ‘menyampah’ dengan Pas. Dan begitulah sebaliknya, Pas sentiasa ‘menyumpah’ kepada DSAI. He, he, he! Pah, pah.. politik sesumpah! 



DSAI tetap akan mengatakan, Presiden MCA boleh dan diterima penyokongnya, mengapa DSAI tak boleh? Anda tolong jawab dan fikirlah sendiri! TS Rahim tidak sabit kesalahan merogol. DS Najib tidak ada kaitan dengan monggol. DSAI hanya difitnah lalu dijatuhkan oleh melayu UMNO, sebab itu dsai anti melayu UMNO Islam. 



Kini ‘peminat’ dsai mula memusuhinya. Kebongkakkan DSAI hanya menampilkan kelemahan dirinya yang dikuasai nafsu. Nafsu hanya untuk berkuasa. Nafsu berahi yang sukar dibendong, diselindong dan terus digendong hingga tersandong... kok gitu dong! 



Bagi aku, soal ‘liwat’ ke, video porno ke, mabuk nak jadi PM ke, lantaklah! Katanya, demokrasi, boleh buat apa yang disukainya. Siapa pun jadi PM, aku tetap rakyat Malaysia, aku tetap mengundi dan aku tetap orang Islam berbangsa Melayu UMNO. 



Masa depan adalah ketentuan Yang Maha Esa. Siapakah yang lebih bertanggung jawab bila diamanahkan? 



Mengapa terlalu membenci sesama Islam, mencaci sesama melayu dan menghina bila berparti? Mengapa membenarkan DAP menidakkan hak orang melayu? Mengapa menjahiliahkan, mengkafirkan orang melayu?  Siapakah yang mengaut kekayaan dan kemewahan di bumi Malaysia ini? 


Mengapa berdemontrasi? Mengapa menidakkan hak rakyat lain? Siapakah yang lebih berkuasa di Selangor sekarang ini? Senario politik terkini, DAP terlalu menonjol, tamak, angkuh dan gelojoh dalam menyondol apa sahaja. Pas dan PKR terus membelasah UMNO luar dalam dan siang malam. BN sendiri menghadapi gunting dalam lipatan. Musuh dalam selimut               .


Dimana dan kemana kah hak orang melayu? Siapakah yang akan mempertahankannya? Sebelum merdeka, siapakah yang memperjuangkan dan mempertahankan hak orang melayu dan bumi Malaysia ini dari dijajah? 


  
    KESIMPULAN

DSAI lebih baik mengundurkan diri dari arus politik perdana. Anda boleh buat apa yang anda  suka tanpa melibatkan rakyat. Kasihankanlah mereka yang jahil, tolol dan OKU dalam politik rakus. Kalau tak nak bertaubat, sukar nak cari obat, tak payahlah terus jadi musibat! 

DSAI adalah seseorang yang pernah menjadi idola saya. Kini beliau adalah seseorang yang paling aku benci kerana dikelilingi orang orang totok pembohong, pemfitnah dan apa apa aje yang menimbulkan kebencian. 

DSAI hanya anugerah tuhan. Bukan Tuhan. Bukan sapa sapa pun...              
DSAI lebih baik bertaubat....               


Tanpa semuanya ini, dunia ini menjadi sepi dan tidak bermaya. Minda insan sejagat beku dan lesu tiada hawa nafsu. 



Kita yang menentukan dan mencorakkan cara kehidupan kita. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan