TERKINI

Isnin, Disember 27, 2010

DUNIA PERMAINAN

PERMAINAN BERKOMPUTER

INDOOR GAMES / SUKAN DALAMAN

VIDEO GAMES / PERMAINAN VIDEO

Permainan berkomputer.  Komputer games.
Permainan  yang sering kita lakukan untuk membuang waktu percuma!
Apa sahaja jenis permainan. Apa sahaja jenis level anda.

APA PUN ALASANNYA

Permainan ini semua adalah ciptaan manusia.
Untuk mempermudahkan sebutan, ciptaan yahudi mabuk! katanya
Hebat betul!! Yahudi mabuk boleh mencipta perisian permainan.
Sebenarnya permainan ini mampu melekakan umat manusia.
Memang sudah dasar iblis syaitan!

Sepanjang penguasaan permainan siber, kita berlawan dengan komputer.
Peringkat awal, kita selalu menang.
Peringkat pertengahan, sama hebatnya.
Peringkat tinggi, memang mencabar minda pengguna.
Akhirnya kita menguasai segala permainan.

Hilang cabaran!

Namun jangan lupa, sebenarnya kita terperangkap oleh situasi permainan.
Leka, khayal dan membuang masa tak berfaedah.
Ada masanya, permainan tersebut memang merapu. Tidak boleh selesai.
Kita terpaksa mengalah.

Itulah sebenarnya liku liku kehidupan ini. Ada kalanya kita menang, ada kalanya kita benar. Ada kalanya kita kena mengaku kalah. Mengakui segala kesilapan.

 Kita punya akal, wang dan kuasa lalu 
tepoklah dada, tanyalah selera

NAK JADI APA

hamba di dunia atau hamba di neraka!!!!

 

Isnin, Disember 20, 2010

DUNIA TEMBERANG

AKU YANG BELOBOS

BELOBOSS

Ini temberang punya cerita, penipu, pembohong, palsu dan 1001 ke'goblok'kan manusia.....

Aku cuma menulis cerita berdasarkan apa yang aku lihat, aku dengar, aku baca dan 1001 suara alam yang terkembang menjadi guruku.....

Seandainya apa yang aku tuliskan, paparkan dan 1001 terbitan catatan, menyinggung, mengguris, menyakitkan hati dan 1001 ketidak puashatian, jangan baca tulisan ini sebab semuanya ini hanyalah fantasi, hayalansi, sekadar suratan atau kebetulan, oleh itu kepada sesiapa yang terasa pedasnya, kerana makan cabai, belum pun kena tibai, sudah mula berserabai, itu bukan salah ibu mengandung... ops! Bukan salah aku!  Itu sendiri tanggung, sendiri jawab. Aku cuma penulis yang menjalankan tanggungjawab sebagai penulis penyampai sahaja.

Amaran keras: 
anda dilarang membaca tulisan ini sekiranya anda tiada kekebalan, imuiniti, imunisasi, ditakuti akan dijangkiti virus primitif, sensitif dan 1001 tif, tif, tif lagi lah yang memang tak aktif..... Apatah lagi kreatif!

Sebenarnya aku pun tak tahu apa matlamatnya dunia penulisan bolgger ini. Yang peliknya, bila sudah menulis, tak tahu dimana nak stop! Noktah! Dot. Dot. Dot. Titik! 
Keasyikkan dunia tanpa sempadan, Keseronokkan berkomunikasi, Pelayaran mencabar minda dalam dunia keterbukaan yang tidak menjanjikan keindahan..... 
Aku akan terus menulis, aku akan terus memaparkan segala kisah, aku akan menceritakan apa yang terbuku, apa yang terpendam selama ini disanubariku.....

Aku hanya manusia biasa, aku hanya mampu merancang, aku juga tidak sunyi dari melakukan sebarang dosa, aku dilahirkan ke dunia ini hanya untuk bertakbir!
Bukan untuk melawan taqdir.....

Jangan ditanya 'siapa saya!'? Tetapi tanyalah diri sendiri 'mengapa perlu mengenali tulisan saya! Idea saya! temberang saya! belobos saya dan apa apa lah tentang saya!'?

Lain lain cerita, lain lain hal, lain kali..... O. K.

Jumaat, November 19, 2010

DUNIA HAIWAN


HAIWAN

Dunia ini telah lama dijadikan. Kejadiannya adalah satu keajaiban. Dari sudut sains ianya adalah salah satu cakerawala. Dari sudut keagamaan mengikut fahaman penganutnya.

Makhluk yang telah ujud sebelum kejadian umat manusia adalah haiwan. Dari sudut sains mengujudkan dunia dinosour. Kepupusan disebabkan peredaran masa. Satu persatu pupus dari dunia ini. Sehingga semuanya nanti akan pupus juga. Persoalan ini aku utarakan hanya secara am sahaja. Dunia ini ada barat, timur dan selatan. Apakah sebenarnya dunia haiwan ini? Kajian sainstis akan berterusan selagi masih ada matahari yang terbit dari timur dan tenggelam di ufuk barat.

Berjuta, bilion, spesis haiwan yang mengimbangi keujudan dunia. Terlalu panjang berjela jela untuk dituliskan satu persatu. Pentingkah semuanya ini?

Haiwan Paus biru, mamalia terbesar di dasar lautan. Hinggalah kuman, virus yang tidak terlihat oleh pandangan mata kasar. Namun kehebatan bahasa melayu mampu melihat ‘gajah diseberang lautan nampak, gajah didepan mata tak nampak’. Begitukah insan masa kini menerajui kehidupan? Telah menjadi lumrah dunia, kesalahan orang lain kita perbesar besarkan sehingga mampu menenggelami lautan. Kesalahan diri sendiri seboleh bolehnya disembunyikan, tanam terus di jurang Mindanao.

Nyamuk, penghisap darah, setelah menyedut darah, virus pembunuh ditinggalkan. Nak bertanya kenapa haiwan ini dujudkan? Apa halnya dengan sikap manusia. Marahkan nyamuk kelambu dibakar? Kejadian nyamuk sememangnya keagungan Yang Maha Esa. Hubung kait antara manusia dengan haiwan, bagaikan pusingan sebuah kehidupan. Dalam dunia manusia ada sifat kebinatangan. Siapa yang tidak meminum susu? Lembu punya susu, sapi punya nama.

Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, haiwan dan manusia itu sama sahaja. Bezanya manusia itu dikurniakan akal dan tahu malu…..

Manusia yang tidak berakal dan tidak tahu malu, sama sahaja dengan haiwan. Manusia yang punya akal dan kesempurnaan sahaja akan meniti erti ketuhanan. Mungkinkah sebahagian manusia itu adalah spesis haiwan juga? Mengikut teori Darwin, jawabannya tentulah Ya! Berdasarkan kejadian ‘beruk’, level atau kasta terakhir manusia tentunya seumpama haiwan. Dalam Islam, para nabi, sahabat rasullullah sehinggalah umat Islam keseluruhannya adalah semulia mulianya kejadian. Akal lah yang akan menentukan kedudukan manusia itu sendiri.

Jangan ditanya kenapa manusia itu bangga menjadi Raja umpama singa. Membaham mangsanya macam harimau. Licin macam belut. Menyengat seperti tebuan. Pukul curi macam harimau kumbang. Bagaikan haruan makan anak. Mungkinkah manusia pada hari ini sudah bosan dengan kehidupan formal. Mereka mula menjejaki atau mempamerkan belang sebenarnya.

Sesekali merenungi kehidupan di dunia haiwan seperti National Geographic, Discovery, terasa kehidupan di alam fana ini amat bererti. Begitulah alam yang terkembang. Ada masanya kita takjub dengan kebesaran Yang Maha Esa. Namun ada juga yang teruja untuk menjadikan kehaiwanan beraja dihati. Tidak mustahil, sebenarnya manusia hari ini juga adalah haiwan. Bukan sekedar syaitan yang menyesatkan umat manusia, manusia itu sendiri menyesatkan arah, hala tuju yang sepatutnya menjadi hamba Allah.

Biarkanlah haiwan hidup dengan dunianya. Kita sebagai manusia, janganlah sekali kali lari dari sifat kemanusiaan. Lari dari tanggungjawab. Sanggup meninggalkan anak kepada atuknya, meninggalkan isteri dengan anak anak nya. Sedap bersama. Bila susah, sakit tanggung sendiri. Apakah sebenarnya ‘konspirasi’ manusia untuk menjatuhkan umat manusia?

Dunia haiwan tanpa sempadan, tanpa perundangan, tanpa peraturan, tanpa pakaian, tanpa perasaan, tanpa belas kasihan, tanpa dosa dan pahala.
Dunia haiwan hanya untuk binatang dan segala makhluk yang hidup seperti manusia juga.
 Dunia haiwan juga sebenarnya terkongsi dengan dunia manusia. Kita saling berkongsi pendapat, udara, api, tanah dan air.
Sebahagian jasad haiwan telah menjadi darah dan daging manusia.
Pemakan ‘exotic’ tentunya cara kehidupannya juga penuh dramatic! Lihatlah haiwan yang menjadi perlambangannya. Manusia yang menjadikan ular sebagai symbol, mewarisi sifat pembelit. Makan babi, celeng, khinzir atau ‘gendus gembel’, bukan sahaja symbol memang dasar dan matlamat hidupnya semacam DAPig.

Rabu, November 17, 2010

DUNIA KORBAN

 Selamat Hari Raya Aidil Adha 1431 H

KORBAN, PENGORBANAN DAN TERKORBAN

Di Tanah Suci Kota Mekah AlMukaramah, Umat Islam dari seluruh dunia menjadi tetamu Allah dalam menyempurnakan Rukun Islam yang ke 5. Seluruh dunia juga menyambut Hari Raya Aidil Adha. Hari Raya Korban. Solat sunat Aidil Adha telah disempurnakan. Majlis menyembelih korban menjadi agenda utama dalam perayaan hari raya korban. Pengagihan daging korban juga menjadikan Islam agama yang amat suci. Tidak perlu diperbahaskan. Diperdebatkan. Apatah lagi untuk dikorbankan. Memadai kita mengorbankan ternakan peliharaan kesayangan kita. Ingat kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Hidup ini satu pengorbanan, menuntut segala bentuk kesabaran, merindukan ketenangan, keharmonian dan keredhaan dari Mu Yang Maha Esa.

Apakah lagi yang ada di alam fana ini, selain mencari erti pengorbanan. Ibubapa dengan penuh tanggungjawab menyempurnakan segala kewajibannya. Rela mengorbankan semuanya demi kejayaan anak anak. Demi masa depan anak anak. Demi negara tercinta, rakyat juga rela mengorbankan harta benda dan nyawa. Cuma penilaian insan itu sendiri nyata berbeza. Setiap insan sama ada, suka atau tak suka, rela merelakannya dan ikhlas redha sedia mengorbankan masa, wang ringgit atau sebagainya demi sesuatu dihajatinya. Apa pun persoalannya, pengorbanan adalah penghidupan.

Tanpa pengorbanan, apalah ertinya hidup ini. Adanya pengorbanan dalam diri tentunya ada pengorbanan insan lain. Kita saling melakukan pengorbanan demi kesejahteraan umat manusia tanpa mengira kaum dan agama. Itulah umat melayu Islam. Kepentingan kemasyarakatan ada kalanya mengatasi kepentingan diri. Namun tidak keterlaluan juga, ada masanya kepentingan duniawi mengatasi kepentingan ukhrawi. Tanpa dipaksa, tanpa dipelajari, naluri kemanusiaan menginspirasikan kehidupan bermaruah. 

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Disini aku berdiri. Disini aku menghirup udara segar. Disini aku menikmati segala keindahan. Disini aku ingin menjadi manusia yang berguna kepada Ugama, Bangsa dan Negara. Disini ada segala galanya. Disini tanah tumpah darahku. Disini bermula segala pengorbanan. Disini aku ingin mengorbankan kehidupanku. Disini aku rela dan redha mengorbankan segala galanya..... Buktikan!

Mohon segala kemaafan, bukan sekedar pengorbanan,
Mohon difahami, bukan sekedar mengorbankan,
Mohon simpati, bukan sekedar korban, terkorban demi pengorbanan....

DUNIA BLOGGER

PENULISAN 

Sesiapa sahaja boleh menulis, menjadi menulis dan tulislah apa sahaja yang terlintas difikiran.

Kini untuk menjadi penulis amat mudah sekali. Segala luahan perasaan, lontaran bicara, ruangan tanpa sekatan mahupun tapisan. Sendiri buat dan sendiri tanggung. Sesiapa sahaja yang ada kemahuan, idea yang bernas, ilham penciptaan boleh dikongsikan bersama. Sesiapa saja boleh mengakses. Semua orang yang memiliki kemampuan, kemahuan, kemajuan dan tentunya mampu membiayai iaitu memodalkannya. Modal segala galanya untuk mencapai impian. Sendiri berkemampuan dan sendiri menanggungnya.

Semalam tulisan kita dibayar, hasil penerbitan dibeli oleh pembaca yang mengeluarkan biaya untuk menambahkan sumber ilmu dan maklumat.

Sewaktu dahulu, ruangan amat terhad. Dipenerbitan yang sedia ada, keterbatasan untuk berkarya terlalu sempit. Bagaikan tiada ruang lagi untuk menonjolkan diri di dunia penulisan. Terlalu banyak sekatan, birokrasi dan entah apa lagi yang membantutkan cita cita. Belum lagi tentang kronism, nepotism dan tentunya semua usaha untuk kepentingan diri sendiri.

Hari ini semua insan mengeluarkan biaya untuk menulis, membaca dan semuanya untuk mendapatkan segala kepuasan dalam perjalanan kehidupan.

Perkongsian dalam melayari segala hal untuk kesejahteraan umat manusia, namun peristiwa disebaliknya juga harus diperhitungkan.

 Kita hanya mampu untuk merancang sebaik mungkin dan berdoa kehadrat Yang Maha Kuasa.

Sabtu, November 13, 2010

DUNIA PENULISAN


PENULISAN

Aku menulis dan terus menulis sebelum aku dituliskan.....

Tulisan aku bagaikan cermin kepada diriku
Tulisan aku akan mencerminkan dirimu juga
Tulisan aku bercerminkan alam yang terkembang
Tulisan aku cuma cermin.....

Aku amat berterima kasih kepadamu pembaca budiman
Aku amat bersyukur masih ada yang sudi membaca tulisanku
Aku amat bersimpati padamu yang terkilan kerana membaca nukilan ini
Aku amat teruja sekiranya ada yang akan memuja kerana bersahaja
Aku amat berbangga bersama anda yang dihormati, disayangi jua.....

Seandainya mampu membangkitkan kemarahan, harap maafkan
Seandainya bisa menusuk kalbu pandai pandailah menikam kalbu
Seandainya aku pergi tanpa pesan, relakanlah pemergianku.....
Seandainya anda mampu, tulis jer kat atas batu ke, tulis jer lah....

Akhir kata penulisan ini sebelum mohon mengundurkan diri
Harap kemaafan setinggi lautan mencuci segala dosa
Mohon dimaafkan segala yang terkunyah, tertelan dan terbaca
Jangan disimpan didalam hati, nanti membawa ke mati
Simpan sahaja didalam blog anda, suka hati, apa sahaja yang anda hajati
Aku hanya sekedar penulis yang masih boleh menulis
Sekali lagi kemaafan sebelum aku mengakhiri bicara
Tanpa ada anda para pengunjung, para pembaca, siapa lah aku.....