TERKINI

Jumaat, November 25, 2011

BOLASEPAK BOLA KEHIDUPAN BOLA POLITIK

**********************
Jangan ingat Pasukan Kebangsaan U-23 sudah cukup ‘kebal’ kerana bila menang dapat naik Baraccuda macam kat Indon tu. Kalau kalah, kena sadiq sepakraga, ‘tidor di kandang kuda!’ hu, hu, hu!
**********************
 ilustrasi

Sukan, politik dan apa sahaja, semuanya bagaikan bom jangka. Akan meletup, meledak pada bila bila masa. Kalah menang jadi abu. Sebab, yang menang pun, menang sorak, kampung tergadai. Itu belum lagi yang berlagak pandai. 


Yang kalah, kena kutuk, kaw kaw punya! Setiap pemenang pasti terlupa diri. Oleh itu, pandai pandai laa bawa diri, kalah menang bukan ukuran kebahagiaan dalam kehidupan. Kalah menang pasti ada tanggungan dan amanah yang perlu di kotakan. Kalah menang bukan sahaja tanggung jawab, yang perlu ditanggung dan perlu di jawab.  


Bola Kehidupan kita berputar putar mencari kebahagiaan, keredhaan dan ketenangan.


Bola Politik kita berputar putar membelitkan kata kata..... 


Bolasepak kita, kejab ada kejap takde, tenggelam timbul... ikut air bah! 

KEBANGKITAN BOLASEPAK MALAYSIA

Tahniah!
Syabas!
Pasukan Bolasepak Harimau Muda Malaysia.

 Skuad U-23 Harimau Muda 

Pemenang Pingat Emas Sukan SEA 2011 setelah menumpaskan pasukan tuan rumah Indonesia dengan tendangan penalti 4-3 setelah seri sepenuh masa 1-1, sekali gus mempertahankan kejayaan di Laos pada 2009. Akhirnya penentuan tendangan penalti jua. 

 Tendangan Penalti Ke 5

Seluruh peminat, penyokong dan penonton tentu telah menyaksikan perlawanan akhir acara Bolasepak Pingat Emas Sukan SEA ke 26 di Stadium Gelora Bung Karno yang penuh aksi mendebarkan. Sebenarnya takde apa pun yang bergelora kecuali stadiumnya yang di bakar, hati segelintir penonton yang terbakar dan perasaan membakar serumpun nusantara.  

 ilustrasi dari jakartapress KLIK

Kehebatan yang tidak perlu diperkatakan. Kita semua telah menyaksikan kebangkitan sukan bolasepak tanah air. Ramai pemain yang berkaliber diketengahkan. Aku respect ler, bila semua pemain boleh menjaringkan gol. Apatah lagi di saat genting gitu! Cuma aku confius beb, bila takde finishing. Masing masing jaga kubu, jadi bek, mana strikernya?  Tetiber jer muncul scorer menanduk masuk gol.


 Pengadil dari Jepun Tojo Minoru yang ‘cool’ di sepanjang pengendalian perlawanan akhir begitu profesnal. Aku salute, sebab perlawanan berjalan relaks. Cuba baca reaksi Indon terhadap ‘Refree’ atau wasit yang dituduh berat kepada maling, ops, Rimau Muda la. Macamana ni, pengadil sepatutnya adil kan! Bila pengadil berat sebelah, pengadil tak adil dan pengadil menjadi kambing hitam dalam kekalahan.


Lumrah dan perkara biasa, bila sesuatu pertandingan berakhir tidak memihak kepadanya. Apa sahaja keputusan pengadil, antaranya mengarahkan Ong Kim Swee keluar dari ‘luar’ padang kerana mengeluarkan idea terkeluar batasan. Mungkinkah kesilapan diri sendiri sukar untuk disedari atau dihindari? 

Ganjaran

Peeeergh! Seorang RM 30,000, Indon kata Rp 85.5 juta pak! Jeles? Bukan tanya kat kesedihan orang indon, pak. Aku tanya kat orang Malaya sendiri la. Setakat yang aku tahu, pemenang terbanyak pingat emas tu kalau tak silap empat atau lima? Tak kisah lah tu, mungkin ada yang sudah cipta rekod dapat 11 pingat emas dalam 11 acara, kalau ada la. Itu pun tak penting! 

Yang penting sekarang ni, satu sahaja yang di kira iaitu Pingat Emas yang ke 59, 30 orang dapat RM 30,000 seorang. Pemenang 58 emas, berapakah ganjaran untuk mereka? Kalau seorang pemenang dapat 11 pingat emas, berapa ganjarannya? 

Aku sajer jer, buat persoalan bodoh! Bolasepak ada Piala Dunia, beb. Aku rasa la kan, kalau Bolasepak Piala Dunia FIFA nak di anjurkan di Malaysia, 6 bulan kot baru tamat? Sebab Cuma ada satu stadium yang besar, itu pun kata jkr dah ada barang yang expired. Masalahnya penonton, mana nak cekau duit tiket, habis gaji aku, ojol pun tak boleh nak melantun sampai RM 10 sekilo kan! Tak payah ler jadi penganjur. Kalau ASEAN nak jadi tuan rumah, agak agak timor leste lawan jerman tentu draw kan! sajer buat lawak bangang... brazil plak tu kalah dengan brunai, boleh gitu! final antara Palestin vs asu ops USA. Sape sokong saper? huwaaa, sihir bolasepak koot. ini tentu pakai pawang kan! 

Malaysia dalam senarai ke 155 FIFA World Ranking, itu team utama atau team A. Nak tengok senarai sila

Harimau muda, garuda muda, takde dalam senarai. Hanya pasukan kebangsaan yang bermain untuk peringkat antarabangsa sahaja. 

Sekali air bah, sekali pantai berubah

Sukan mengeratkan silaturrahim sesama insan. Semangat kesukanan mampu menghasilkan keamanan di dunia ini. Namun kini sebaliknya, musuh bebuyutan. Jangan ada yang jeles dengan ganjaran yang tidak cukup lumayan, malah di anak tirikan lagi. Mungkin ada yang terpaksa jual ‘besi buruk’ untuk buat tukaran dan ganjaran pemenang pingat emas? 

Boleh gitu! 

Hai, tak kan baru dapat bonus, tiba tiba kalah plak dengan Syria. Penonton dah agak, agaknya. Cuma 20,000 jer. Pelik jugak, Olimpik London tak pandang ke? Aku ingat RM 1 juta yang menanti tu agak mustahil kot! Hari Ahad ni jumpa Bahrin Tahir (pengulas sukan sepakbola yang popular woo!), ops. Bahrain daa, kalau seri, confom corot dalam kumpulan. Yang penting dah dapat emas, dapat ganjaran, waaa. sampai bila? 

Juara Nusantara Tenggara. Itu pun sementara jer. Kampungan tuu. Brazil pun tak selalu jadi juara kan. Jangan jadi belasahan penulis, pasukan belasahan sudah laa. Kalah menang adat perlawanan, madang kalah tu tak tau lawan laa. Maintain beb! Kalau perlu kalah, bukan bererti mengalah terus. Bila kemenangan di buru, jangan sampai bercelaru akhirnya keliru. 

 Apa pun, aku ucapkan 
'Tahniah'
untuk semua terutamanya untuk tuan rumah.

"MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan