TERKINI

Ahad, Januari 30, 2011

DUNIA SUKAN BADMINTON

SUKAN BADMINTON

Antara sukan 1Malaysia yang paling diminati.
1Badminton 1Malaysia
Malaysia Negara Sukan Badminton Disegani Dunia.

Sejarah telah membuktikan. Kejayaan Malaysia menguasai dunia badminton. Nama nama unggul seperti Wong Peng Soon, Tan Aik Huang, Tan Aik Mong, Punch Gunalan, Abd Rahman Mohamad, Phua Ah Hwa, Saw Swee Leong dan ramai lagi yang penulis sudah terlupa. 

Era Anak anak Datuk Haji Sidek Kamar. Misbun, Razib, Jailani, Rashid dan Abd Rahman. Kejaguhan Misbun menundukkan Prakash Padukone, pemain tangkas dan pantas menundukkan lawan. Kecundang kepada Misbun. Razib dan Jailani muncul mengungguli Kejuaraan Beregu All England. Kejayaan Rashid mengetuai menjulang Piala Thomas pada tahun 1992. 

 Perlawanan akhir Piala Thomas 2010. Malaysia kecundang 3-0 ditangan China. 
Siapakah lagi yang bakal menjadi jaguh badminton negara? 
Bilakah lagi Malaysia akan menjulang Piala Thomas?
Pemain ranking No.1 Dunia, namun sering kali tewas kepada Lin Dan.

Lin Dan terus mengungguli perseorangan dunia.

Terkini Pemain No 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ke 7 berturut turut. Jurulatihnya Datuk Misbun Sidek tidak pernah menjuarai kejohanan All England dan Piala Dunia. Namun kehebatannya sememangnya menjadi misteri.

Sewaktu kejohanan Piala Dunia Alba di Kuala Lumpur. Mendahului 9-0 dalam set penentuan, kemudian 11-1 tetapi akhirnya kecundang jua. Akhirnya menimbulkan kontroversi dan meninggalkan BAM. 


Pertelagahan berlarutan hingga ke hari ini. Perselisihan pendapat sememangnya lumrah sebagai manusia. Bertukar Presiden, bertukar pemain, bertukar jurulatih namun tidak pernah bertukar fikiran dan bertukar corak pemerintahan. 

Pada hari ini, sukan badminton telah melalui berbagai bagai perubahan. Kini kiraan mata, bukan lagi 15 tetapi 21. Jarang permainan berlanjutan hingga ‘rubber game’ dan berlarutan hingga dua atau tiga jam. 

 Piala Thomas lambang keagungan Pasukan Badminton yang menang bertanding.

Dulu, Kejohanan Piala Thomas berjalan hingga dua hari. Terasa seronoknya, walaupun TV hitam putih, menonton terpaksa bayar 10 sen, jauh dari rumah dan balik hampir tengah malam. Gelap, sunyi dan ada hantu agaknya! 

Malam Pertama, ada empat pertandingan. Dua perseorangan dan dua beregu. Malam kedua ada lima pertandingan. Tiga perseorangan dan dua beregu. Untuk menjadi Juara Piala Thomas, sememangnya memerlukan pemain dan semangat berpasukan yang hebat. Antara perlawanan yang penulis ingat, dengar melalui radio sahaja. Antara Saw Swee Leong dengan pemain India, lupa namanya. Saw Swee Leong menang dan membawa cabaran negara ke perlawanan akhir. Setelah ketandusan kemenangan yang agak lama. Rindu untuk merangkul juara. 

Mungkinkah Malaysia masih mampu melahirkan pemain terbaik di dunia, seperti Rudy Hartono, Lim Siew King, Swend Pri, Morten Frost Hansen, Prakash Padukone dan semua pemain lagenda terbaik dunia. Penulis amat meminati pemain lagenda Yang Yang dari China. Kehebatannya amat memukau. 

 Lagenda Badminton, pemain yang berjaya 'menyapu' semua pertandingan berprestij.

Sekarang, kejohanan super siri sudah mampu menjanjikan pemainnya jutawan. Setakat hari ini, pemain Malaysia belum lagi memenangi Pingat Emas Sukan Olimpik. Hebat kalau memenangi Pingat Emas Olimpik. Ganjaran yang negara janjikan memang amat lumayan.

Kini setelah kehebatan Datuk Lee Chong Wei sudah berada dikemuncaknya dan tinggal menunggu hari pengundurannya. Nampaknya barisan pelapis terus tenggelam entah bagaimana. Sukan Bolasepak sudah menimbulkan tanda tanda kegemilangannya. Cuma masa sahaja yang akan menentukan kehebatan yang didambakan selama ini.

Siapakah bakal jagoan badminton selepas ini?

Setelah dan masih lagi kempunan untuk meraih Pingat Emas Sukan Olimpik, mampukah jagoan badminton kita merealisasikannya?

 Pasti akan lahir jagoan jagoan yang bakal mewarnai arena badminton tanah air kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan