TERKINI

Selasa, Februari 01, 2011

DUNIA BADMINTON


DATUK LEE CHONG WEI

 PEMAIN RANKING NO.1 DUNIA

Hampir semua kejohanan berprestij di dunia ini telah di rangkul.
All England. Kejohanan Dunia. Super series.
Terbaharu menjuarai Terbuka Malaysia buat kali ke 7 berturut turut.

Kehebatan Datuk Lee Chong Wei menduduki ranking pemain No.1 Badminton Dunia boleh dibanggakan. Tetapi ada sesuatu yang menjadi persoalan. Kegagalan beliau menjinakkan Pemain No.1 China Lin Dan, menjadi tanda tanya. Lin Dan, sebagai seorang pegawai tentera, kehebatan beliau sukar diragui. Memenangi Pingat Emas Sukan Olimpik Beijing menumpaskan D LCW Pemain ranking No.1 dunia. 

Kehandalan Lin Dan sekali lagi mempersonakan. Kejayaannya mengetui Pasukan China mempertahankan Piala Thomas 2010. Sekali lagi beliau menewaskan D LCW di hadapan penyokongnya sendiri iaitu di Kuala Lumpur dalam peringkat separuh akhir. Pasukan Malaysia gagal merampas Piala Thomas, lambang keunggulan sukan badminton.

Apa yang menarik, kata kata Lin Dan. 'Kedudukkan ranking dunia tidak mustahak untuk menjadi Juara Dunia.' Yang penting adalah kemenangan untuk mempertahankan kejuaraan. Lin Dan sendiri mengakui tidak berminat untuk merampas kedudukan No.1 dunia. Lin Dan lebih bangga dengan kejayaan dan kedudukkannya sekarang.

Dalam kejayaan mengalahkan Taufik Hidayat untuk menjuarai kali ke 7 berturut turut Terbuka Malaysia, kepuasan D LCW agak menyerlah biar pun berkerut kerana ada kemelut. Pengunduran Datuk Misbun Sidek menimbulkan kontoversi lagi. Perletakkan jawatannya sebagai jurulatih  mengundang berbagai pihak campur tangan. D LCW akan menurut jejak langkah 'sifunya'. 

Taufik Hidayat mengakui kehebatan D LCW. Secara profesnal beliau mengakui dan berharap D LCW akan menjuarai Kejohanan utama dunia. Pingat Emas Sukan Olimpik dan Piala Thomas. 


Sesuatu yang menjadi tanda tanya sekali lagi. Penarikkan diri Lin Dan kerana kecederaan. Seolah olahnya, Lin Dan tidak mahu tewas dengan D LCW dalam kejohanan ini. Jika Lin Dan tewas, ternyata D LCW adalah juara dunia dan pemain ranking No.1 yang perlu diakuinya. Sekiranya D LCW tewas, kedudukan pemain No.1 dunia akan memihak kepada Lin Dan. Dari peraturan IBF, Lin Dan mesti bertarung dikesemua kejohanan super siri. 

Di kejohanan super siri Terbuka Korea Selatan. Lin Dan terus mengorak langkah, menumpaskan dan terus mengecewakan D LCW untuk kesekian kalinya melebarkan kemenangannya. Sebenarnya Lin Dan adalah pemain terbaik masa kini. Berkemungkinan Lin Dan ingin mencipta lagendanya sendiri sebagaimana Yang Yang yang menjadi lagenda.

Sebenarnya, sebagai pemain berstatus terbaik di dunia, Lin Dan akan kehilangan 'taji' yang sebenarnya menjelang Olimpik 2012. Untuk mempertahankan imej dan prestijnya, Lin Dan yang berupaya bermain secara saikoloji menumpaskan lawannya, tidak perlu turun bertanding di kejohanan kecil. Dari segi permainan, Lin Dan mengawal setiap sudut gelanggang dan gerak geri permainan. Maka begitulah juga, setiap kejohanan akan dikawal dan dikuasai sepenuhnya. Pemain pelapis akan mengambil tempat. Tunjuk ajar pemain elit akan diketengahkah. Pengalaman ini akan digunakan sepenuhnya oleh pemain baru dan pelapis negaranya.

Bagaimana dengan tiba tiba, pemain terbaik dunia tersungkur kepada pemain muda dan tidak ternama. Stamina pemain muda dan baru ini diasah dengan rentak permainan lawan yang telah biasa ditumbangkan. Lin Dan tiada, tetapi pemain muda mampu menguasai perlawanan. 

Sewaktu Lagenda Badminton Yang Yang menjadi jurulatih Rashid Sidek, Malaysia mampu merampas Piala Thomas. Yang Yang bersara sewaktu berada di kemuncaknya. Berbeza dengan Rashid Sidek yang terpaksa berhempas pulas untuk mengalahkan pemain muda. Sehingga akhirnya peminat dan penonton 'menyampah' dengan persembahan hambar. Penulis dan pengkritik hanya menunggu peluang membenamkannya.

Dimanakah sebenarnya peranan BAM? Siapakah sebenarnya yang melahirkan pemain elit dan jagoan dunia? Penulis yang amat meminati sukan badminton ini, sehingga kini tetap setia mengikuti perkembangannya. Namun penulis hanya sekedar mengikuti dari jauh sahaja. Jika salah tolong maafkan.

Merasa pelik, seolah olahnya masaalah yang timbul dari dulu hingga kini, sama sahaja. Malaysia Boleh! Malaysia mampu melahirkan jagoan dunia. Presiden BAM bagaikan 'badi' yang akhirnya menjadi bahan tohmahan diatas segala kelemahan skuad badminton negara. 

Mampukan pemain sukan Malaysia memenangi Pingat Emas Olimpik Pertama Negara 2012 di London? Squash, sepatutnya boleh! Badminton adalah harapan utama negara.

Apakah tidak ada cara dan jalan keluar? Kini harapan negara tertumpu kepada dua orang datuk yang sedang meniti usia dan menurun prestasinya. Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David. 

Siapakah yang sedang mengekori, mencipta nama, talent dan seterusnya untuk menyambung kegemilangan dua orang datuk ini? 
Kelahiran dan kehadiran jagoan ini sebenarnya telah ditentukan oleh Yang Maha Pencipta. Sebagai makhluk ciptaannya kita hanya mampu bersyukur dan mengatur perjalanan ini sebaik mungkin. Namun perasaan Takbur sering mengiringi sikap tamak dan amat sukar menerima segala kegagalan. 

Seandainya sudah rezekinya, ianya tidak akan kemana mana....

Hanya masa dan tempat akan menentukannya!

Kita terima apa sahaja yang telah dianugerahkan....

Siapa yang menolak kemenangan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan