TERKINI

Isnin, Mei 21, 2012

ROYALTI, SUKAN & MUZAKARAH




Antara Royalti dan Muzakarah

Tan Sri Anuar Musa menyokong tuntutan royalti minyak Negeri Kelantan. Aku pun sokong tuntutan royalti minyak untuk Negeri Kelantan. Jalan mudah, sokong UMNO dan BN untuk menerajui Kelantan. PRU 13, joom kita tukar Kelantan.

tuntutan royalti minyak


 
Anuar Musa akan meninggalkan UMNO? Anuar Musa menyokong PAS? 
 
Semangat  kesukanan mengatasi, merentasi masa, sempadan dan usia.

Tan Sri Anuar Musa menurunkan tandatangan menyokong royalti minyak untuk Negeri Kelantan Darul Naim. Tindakan yang amat bijak penuh simbolik politik. Sebagai rakyat Negeri Kelantan, royalti itu memang amat diidamkan. Soal Tan Sri Anuar akan di pecat dari UMNO, sudah tidak releven lagi, itulah kematangan politik terkini. 

Sebenarnya, pandangan secara peribadi aku laa kan, Tan Sri Anuar Musa menyokong royalti di berikan kepada Kelantan melalui UMNO. Sebab, beliau adalah ahli UMNO. Beliau ‘wajib’ menyokong royalti minyak untuk Kelantan. Soal, Tan Sri Anuar akan keluar UMNO, masuk PAS, tidak timbul sama sekali.  Dalam bahasa mudah, UMNO Kelantan ‘wajib’ memenangi dan menawan Negeri Kelantan untuk menerima royalti minyak. 

Senario politik hari ini, kematangan mendemokrasikan bukan berdemo, adalah politik smart mamat. Bila orang UMNO menandatangani tuntutan royalti minyak, ini bererti semua rakyat Kelantan ‘wajib’ menyokong. Dengan mengundi BN dalam PRU 13 untuk mentadbir Kelantan, persoalan royalti minyak telah ‘selesai’ dan rakyat Kelantan akan menikmati segala kebajikan. 

Mengapa rakyat Kelantan perlu bersusah payah berdemo ‘bersih 3.0’ untuk pilihanraya yang telus dan adil? Bukankah ini suatu kufur nikmat namanya? Sistem yang anda tuduh, katakan ‘tidak adil’ inilah yang telah memenangkan PAS Kelantan selama lebih 20 tahun. Kalau sistem yang sedia ada ini, tidak adil, tidak telus, mengapa PAS Kelantan begitu takbur mengaku parti dan dirinya sahaja yang Islam? Apakah PAS Kelantan juga mengamalkan pilihanraya yang tidak bersih? 

PRU 13, sokong dan menangkan BN, Royalti Minyak hak kamu! 

muzakarah

PAS Kelantan bertanggung jawab menyusahkan rakyatnya. Cakap pasal muzakarah, berputar belit menuduh ‘mengapa umno menolak islam?’ untuk di muzakarahkan. Sewaktu dengannya sanggup memenangkan kapir harbi hanya untuk menumbangkan UMNO. Sebenarnya PAS tidak akan menegakkan Islam di Malaysia. Negara Islam sudah bubar, tukar menjadi Negara Berkebajikan. PAS hanya bernafsu melihat UMNO di leburkan. PAS menyampah melihat bangsa melayu berjaya dan kaya. PAS hanya lebih bangga melihat orang melayu melukut di tepi gantang menjadi peminta minta. 

UMNO tidak menolak Islam. UMNO bukan mementingkan dunia. BN menerajui Kerajaan Malaysia bertanggung jawab kepada semua rakyatnya. UMNO dominan dalam BN tetapi UMNO tidak boleh menggunakan kuasa vetonya dan menafikan hak MCA dan MIC. Demi keadilan dalam bernegara UMNO tidak boleh memberikan ruang dan peluang kepada DAP untuk menjadikan Malaysia seperti singa pora poora. Malaysian Malaysia yang menjadikan melayu mengemis di tanah airnya sendiri. 

Tetapi, kerana benci dan marahkan UMNO, PAS tidak akan bermuzakarah dengan UMNO. PAS akan melawan dan menumbangkan UMNO untuk memberi laluan biaDAP menguasai Malaysia bertakhta di Putrajaya. 

Pekong PAS akan terdedah sekiranya muzakarah ‘kenapa umno tolak islam?’ menjadi kenyataan. Untuk menggagalkan bagi menampal kemaluan yang hampir terlondeh, PAS dan TGNA serta Presidennya, berlumba lumba memberikan syarat tangkuban perahu yang tersesat dan hampir karam. Terlajak perahu boleh ‘gostan’, terlajak kata, sesat dan karam, guano? 

UMNO kini berada di landasannya. UMNO tidak pernah menolak Islam. UMNO berjuang untuk umat ‘M’. Dalam BN, UMNO berjuang untuk Kerajaan dan Negara Malaysia. Mereka dalam UMNO yang, menjadi duri dalam daging, bodo tapi menang pemilihan, sememang ada dan Cuma segelintir pun. Majoritinya, melayu inilah yang tidak berapa aktif tetapi mengikuti dan sentiasa mempastikan UMNO tidak tergelincir dan terpesong akidahnya. 

Muzakarah, kalau Cuma, mu + zakar + ah, apa ke bendanya? Hanya untuk menegangkan suasana? PAS tetap bertegang urat untuk mengatakan, dia laa yang lebih Islamnya. Lihatlah betapa mereka menjerit kepanasan, bila stetmen ‘father of kapir’ di lontarkan. Tidak cukup tanah berpencak silat membakar nst.

Kami penyokong rakyat prihatin, aku laa kan, hanyalah seorang musafir lalu..... 

Tidak berharta, berilmu dan tak pandai berkata kata,

Menginsafi taqdir menentukan segala,

Bersyukur dengan apa yang ada,

Hanya ingin bertanya, di neraka manakah bakal aku di tempatkan kerana menyokong UMNO?