TERKINI

Isnin, Mac 19, 2012

HUTANG, NEGARA KONTANG, RAKYAT BAKAL KUTIP CONTANG

PRU 13

Walaupun pemerintahan berubah, pemimpinnya.....


PRU 13 akan menyaksikan medan pertempuran, medan peperangan yang lebih sensasi. 

Dana PRU 13 dijangkakan sekitar RM 13 bilion bakal dibelanjakan. Mana cukup, tambah lagi laa menjadi 13 trilion. o.k. set! Duit sape tu? Dari rakyat untuk rakyat laa kan, demi pakatan rakyat. Boleh gitu? 

‘Waa, kemaruk giler, para calun yang giler kuasa nak jadi jendral ni. Masing masing mencanangkan dana, sumber kewangan yang kukuh untuk menawan Putrajaya. Asasnya mestilah duit, wang bukan. Menang kalah, lawan mesti lawan, dana perlu dicari kan!’


Hutang

Semuanya kerana inginkan berkuasa. 

KALAH MENANG TIDAK AKAN TENANG

BUKAN SENANG 

HANYA AIR MATA YANG BERLINANG
BERGENANG

Pemerintahan berubah, tetapi pemimpinnya tetap bedebah!


HUTANG PRU, JANGAN KELIRU, RAKYAT BAKAL HARU BIRU

MENANG KALAH TETAP TERGADAI


PRU 13 akan menyaksikan medan pertempuran, medan peperangan yang lebih sensasi. 
Dana PRU 13 dijangkakan sekitar RM 13 bilion bakal dibelanjakan. Mana cukup, tambah lagi laa menjadi 13 trilion. o.k. set! Duit sape tu? Dari rakyat untuk rakyat laa kan, demi pakatan rakyat. Boleh gitu? 

‘Waa, kemaruk giler, para calun yang giler kuasa nak jadi jendral ni. Masing masing mencanangkan dana, sumber kewangan yang kukuh untuk menawan Putrajaya. Asasnya mestilah duit, wang bukan. Menang kalah, lawan mesti lawan, dana perlu dicari kan!’



‘Journey To Putrajaya’

Perjalanan Ke Putrajaya
Suatu dongeng PR mendewakan ‘Journey To The West’



PRU 13
MAHKAMAH RAKYAT
 


Untuk bertakhta di Putrajaya, semua yang berangan menjadi jendral, majoritinya amat mendambakan dana kewangan yang kukuh. 

Siapakah yang bakal membiayai segala dana PRU 13 ini? Apakah semuanya itu percuma, gratis? Selain mengutip derma, meminta sedekah dan apa sahaja belas ihsan dari sesorang insan yang rela, mahu pun terpaksa, yang penting tabongan boleh menampong. 

Mustahilkah, dana asing bakal mengalir, menguasai lalu bertakhta menjadi ‘turn key’ untuk mengoperasikan Putrajaya? Jadi, siapakah yang sebenarnya akan berkuasa selepas PRU 13? Demi kuasa, kekuasaan menguasai Putrajaya dan sekali gus menumbangkan umno bn perlu di realisasikan. Soal, negara ini bakal tergadai, di tadbir orang yang tak pandai mentadbir, bakal ramai yang tersadai, tersidai, semuanya hanyalah kerana rakyat yang di’keldai’kan. 

Ramai jendral bukan? Jadi, siapa ‘field marsyal’ ya? 

Apakah nasib kita nanti selepas PRU 13? Seiapa sahaja yang ingin menang, jadi YB, wakil rakyat, ahli parlimen, ahli dewan dan Menteri Kabinet sudah pastinya sanggup bergolok bergadai, berjanji manis, bermadah helah sesedap mulutnya. 

Asalkan menyokong, boleh mengundi, tidak kira yahudi, tauke todi brandi, yang penting
Pang5 perang politik ni, tahunya perabis duit jer. Berapa kos sebenar untuk menawan Putrajaya? Siapakah yang bakal menanggung beban tersebut? 

Jangan cerita umno, pr pun lagi teruk bakal songlap duit rakyat. Korang fikirlah sendiri! 

BEBAN HINGGA BOLEH JADI BEBAL LAA. 

Satu persatu matlamat menghalalkan cara. Apa yang umno bn buat selama ini di landasan yang betul rupanya. Masalahnya, rakyat bakal menderita.

**********************
Dalam dunia perniagaan, hutang piutang adalah salah satu perlembagaan. Samada kredit pembekal/pemiutang, atau pun sipenghutang, peniaga boleh terjerat lalu jatuh terlentang. Cuma, sebutannya sahaja berbeza, pengertiannya tetap sama. Hutang! 

Teman dapat ler pinjaman TEKUN RM 10,000. Biasak laa kan, bayar sipemiutang, order barang, penuhkan kedai. Bukan KR1M, cramp. Simpul biawak laa kan. Macam macam masalah. Ada stok, bila pelanggan nak beli, cari tak jumpa. Silap mata pulak jadi lawak bodoh. 

Tiba tiba bencana alam melanda. Negeri Johor di tenggelami air. Ada jugak orang kata, balasan tuhan. Suatu peringatan. Memang laa kan. Semua ni kuasa tuhan. Lalu, premis perniagaan aku pun ditenggelami air. Gelombang 1, hampir sebulan. Gelombang 2 pulak, laa lagi besar. Gelombang 3 kat Jakarta. Aduhai.
Hampir 6 bulan aku gulung tikar bantal. Duduk kat pusat pemindahan. Proses nak berniaga semula dicampur dengan kerugian terkumpul, tenat juga dibuatnya. Pendekan cerita, akhirnya aku terpaksa gulung terus perniagaan. 

Ada yang kata, hutang tu dilupuskan. Tapi rupanya, ditangguhkan. Semak dan bila guaman telefon, rupa rupa nya nama sudah naik di Mahkamah Tinggi. Tinggal tunggu bangkrap C jer. Bila dan bangkrap C, habis semuanya. Anak anak nak sekolah, susah. Memang aku dalam kesusahan yang amat tegar. 

Usia sudah tua pun. Kini semuanya hanya sebuah kehidupan dalam sisa sisa usia. Persoalan yang aku nak tuliskan, apa bezanya hutang dengan taikloong? Tak mampu bayar, mati. Hutang 10,000 boleh menjadi sejuta. Urusan guaman dan semua taik kucing yang pihak tekun bilkan kat kita pun, sama jer jumlahnya.

Semua keluarga, keturunan kita akan menerima azab dan sengsaranya. Lagi dahsyat beb pihak tekun, jika dibandingkan dengan taikloong. Pinjam taikloong, disiksa, akhirnya mati. Tapi memang takde bezanya pun.
Asasnya, nasihatkan kepada semua agar menjauhi hutang, hutang boleh menjadi mungkar dan akhirnya sengsara kepada semua keluarga. Itulah cerita teman, kawan aku laa kan. 

Jadi, sekarang ini, apa jadahnya bila calun ingin berkuasa sanggup berhutang dengan sesiapa sahaja! Rakyat bakal tersepit. Dunia makin sempit. Apa yang dilakukan taikloong, begitu jugak dengan pihak tekun dan kerajaan yang memerintah. 

Jangankan di baling selipar, penampor selipor jepon pong bakal berleluasa. 

Dalam perjanjian untuk mendapatkan dana, proses ‘turn key’ dan apa sahaja kehendak pemiutang akan dipatuhi. Bila menang, rakyat yang menyokong atau membangkang, mengundi atau pun tidak, tetap kena tanggung segala natijahnya. Itulah derita yang bakal menimpa anak cucu kita nanti. 

Kalau nak meminta tu, biarlah terang dan jelas. Kalau setakat nak minta duit, harta, dikira hutang dan akhirnya kita yang menderita, buat apa. 

Kalau nak memberi biarlah yang terbaeek untuk rakyat. Ini setakat gula gula jer. 

INI LAH MASALAHNYA, KELDAI MENGAKU PANDAI.....

**********************
DUNIA .....
DUNIA .....
***¾***3¼***

Rampooooongggg ngiseng, semar tileeeeemmmmmm...

UMNO BN dan sesiapa sahaja yang menang lalu memerintah, sebenornya, sama sahaja. Apa sahaja yang UMNO BN buat, itulah juga yang dipusakai PR. Cakap jer, untuk berubah, sebenarnya yang berubah hanyalah parti pemerintah. Sengsara dan derita rakyat tetap sama.

Aku rasa laa kan, semua penduduk (tak kira siapa asalkan berpijak di bumi Malaysia) sudah patut di sekolahkan dalam 1Sekolah Kebangsaan sahaja, 1Sekolah, 1Bahasa.
BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA MALAYSIA

Di mana bumi di pijak di situ langit di junjung.
Berpijak di bumi Malaysia, Bahasa Melayu mesti di daulatkan.