TERKINI

Jumaat, Mac 04, 2011

PEMBAYARAN SAMAN DILANJUTKAN

SAMAN EKOR DAN SEMUA SAMAN TERTUNGGAK


SAMAN MESTI DIJELASKAN 
SETIAP PESALAH TRAFIK AKAN DISENARAI HITAMKAN 
KEGAGALAN MELUNASKAN DENDA PADAH AKAN BERPANJANGAN 

SAMAN DAN TINDAKAN KEPADA PESALAH TRAFIK TETAP AKAN DITERUSKAN!!

Saman ekor akan terus berekor. 

BILA ANDA MEMANDU KENDERAAN, KESALAHAN YANG DILAKUKAN AKAN MENGAKIBATKAN ANDA DIDENDA BUKAN MENGAKIBATKAN KEMALANGAN!!



Setakat ini, aku cukup 'raspect' dan amat menghormati rakyat Malaysia. Mereka tetap akan membayar saman yang telah dikeluarkan oleh PDRM. Hingga kini 'rayuanku' hanyalah alasan gembel untuk melewatkan pembayaran. Mungkin, semua pesalah trafik amat berharap esok adalah PRU 13. Tukar kerajaan dan tukar saman. Biar pun nantinya, kehidupan akan bertambah perit. Persoalan esok, esok lah ceritanya. Saman hari ini yang masih tertunggak! Macamana nak bayar? Tinggal 5 hari lagi. 



Kesalahan akan berulang dan tetap dilakukan. Secara asasnya,
sebagai manusia, sebagai insan yang pelupa dan tidak sunyi dari segala kesilapan! Itulah manusia. 

 Ini untungnya kita di perintah UMNO BN. Budi bicara mengatasi segala galanya. Rakyat didahulukan, kesilapan diutamakan. he. he.

Ingatkan, saman dihapuskan, dilupuskan gitu!
Tanpa saman, tanpa kesilapan, boleh gitu?



Persoalan untuk menukarkan tampuk pemerintahan, agar saman dapat dielakkan, itu pun bukan satu jawaban. Jiran kita, singapork, pesalah trafik akan menerima surat saman hingga ke depan pintu rumah. Lagi pantas, lagi efisen. Tidak melunaskan, sendiri jawab dan sendiri tanggung. Automatik, segala kemudahan akan disekat. Bayangkan jika anda memilih cauvanis komunis biaDAP memerintah! Bayangkan anda duduk di singa poora! Kalau di Malaysia, anda tidak punya pekerjaan tetap, pendapatan tetap dan anda hanya warganegara tetap.

Suatu ketika, KPN pernah bersuara, jika dijatuhkan hukuman mati sekali pun, kesalahan tetap akan berulang. Ertinya, selagi ada manusia, selagi nyawa dipinjamkan, selagi dunia dan masa terus berputar, selagi itulah segala norma kehidupan akan berlanjutan. 
Sebaliknya pula, jika rakyat marah dengan perundangan yang menyusahkan ini, tukar dan tukar pemerintahan atau jatuhkan hukuman mati, masaalah pun tidak akan selesai! Kesusahan pun rakyat juga yang menanggung.



Keluar mulut harimau, masuk ke rahang buaya!!!!



Dalam erti kata lain, ini bermakna saman akan terus berlanjutan. Tanpa perundangan, manusia ini akan menjadi seperti haiwan. Bezanya, manusia pandai meminta minta. Meminta itu dan ini diatas segala kekurangan. Akan terus meminta seperti pengemis. Lazimnya, amat sukar untuk membantu. Semuanya akan menjadi kepentingan peribadi. 



Isu saman ini, sememangnya kontroversi. Tiada jawaban yang konkrit boleh dipercayai. Semuanya meneka dalam kesamaran. Tanpa penguatkuasaan undang undang, tentunya ada yang teraniaya. 

 Manusia yang mencipta undang undang. 
Manusia juga yang melanggar undang undang.

Kesimpulannya :-
Jangan melanggar undang undang!
Bila sudah tersilap, dikenakan saman, terpaksa bayar!
Semuanya ada kebetulannya.....
Fikir fikirkanlah sebaik mungkin.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan