TERKINI

Isnin, Mac 07, 2011

BODOH SOMBONG KALAH SABONG TERJUN LOMBONG

PRK - BN MEMPERTAHANKAN REPUTASI
KEMENANGAN BERGAYA

TAHNIAH
BN

Di Merlimau - myMetro

Sokongan kepada UMNO BN meningkat!



Dari awal lagi, kita sudah perkatakan. PAS akan kalah lagi. Pas akan terus dipermalukan. Politiknya, Pas hanya ‘budak belasahan’ dari luar dan dalam. Dalam Pakatan Rakyat, Pas sendiri hanya ‘tunggangan dan tonggengan’ cauvanis komunis biaDAP serta Parti Kian Racist, membawa rebah dan terus runtuh!



Kejayaan Pakatan Rapuh di PRU 12, betonggakkan jentera ampuh pasukan Pas. Kejituan jentera pilihanraya Pas amat berkesan. Pertelagahan kepimpinan PR, keceluparan Mursidul Am Pas, kelancangan kepimpinan Pas Pusat telah merebahkan pagar yang dibangunkan. DSAI, LGE, LKS, TGNA, TGHA yang diharapkan menjadi pagar membentengi perjuangan pembangkang akhirnya terbongkang ‘tergolek dog’ dengan fatwa merapunya! Memalukan!



Apa yang amat mengejutkan, para blogger pembangkang. Bagaikan tidak boleh menerima kenyataan. Aku cukup marah, bila PR ini mula mempertikaikan hak rakyat sebagai pengundi. Apa yang amat menjengkelkan, memperbodohkan rakyat. Dia orang ingat, rakyat jahiliah sahaja yang memilih BN. Dia orang yakin dan taksub, menyokong PR masuk syurga. Jadi ,dia orang marah sangat kat rakyat lalu mengkategorikan tahap kebodohan rakyat. 



Sememangnya, BN hanya terus mempertahankan kawasannya. Seolah olahnya, Pas tidak rugi apa apa. Bukankah lebih baik jangan bertanding! Sekiranya tiada pertandingan, tentulah tiada pembaziran yang sia sia. Kalah, duit tabung habis. seluar terlondeh dan entah apa lagi yang memalukan. Memualkan. 



Pas tidak habis habis membidas DSAI & LGE sebagai liabiliti. Penyokong totok kawarij berterusan menolak pemimpin PR termasuk pemimpin Pas sendiri. Mereka tiada formula 1 untuk memenangi siri perlumbaan ke Dewan Rakyat atau Putra Jaya, apatah lagi DUN. Mereka seringkali aksiden kerana kena saman ekor! 



Dengan dua kekalahan terbaru, tidak menjejaskan pun kerusi pemerintahan  negeri tetapi akan menjejaskan  liabiliti Pas pula dalam PR. Penyokong Pas menuduh DSAI PKR dan LGE biaDAP sebagai liability. Kini, Pas lah yang menjadi liability dalam PR. Agenda LGE DAP akan menemui kebuntuan sekali lagi. DSAI dan PKR akan menuduh Pas sebagai angkuh dan bodoh sombong kerana menyebabkannya dipermalukan dihadapan pengundi.


BUAT UMNO BN


Kemenangan hari ini, sokongan rakyat, tetap ada maknanya! Buat pemimpin BN, kemenangan ini memang bermakna. Namun sokongan rakyat juga 'ada makna'. 'Ada makna tu'.



Janganlah hendaknya, rakyat didahulukan tinggal menjadi slogan 1Malaysia sahaja. Semak semula 'saman ekor'. Janganlah hendaknya menjadi bebanan kepada rakyat. Harga komoditi sudah mula menurun. Janganlah hendaknya keprihatinan kepada rakyat juga akan menurun. Tidak mustahil sokongan rakyat juga akan menjejakinya.


Kami sokong UMNO. Kami sokong BN. 
Kami sokong Kesejahteraan rakyat.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan