TERKINI

Ahad, Oktober 16, 2011

POLITIK TETAP POLITIK


 Menara Kemanusiaan
Kehidupan ini berkiblatkan kekayaan
Keindahan hari ini telah tiba di penghujungnya?


Lebah dan Madu dan Racun

Hidup ini amat indah, buat mereka yang menghayati erti kehidupan yang sebenar benarnya. Tujuan dan matlamat kehidupan yang telah Allah janjikan. Mengapakah manusia ini diciptakan? Mengapa ada kematian? Mengapa ada penderitaan? 

 Mengapa, mengapa, yea.... kata BDB 

Fikirlah sendiri, seandainya kehidupan ini, tidak ada apa berlaku seperti pada hari ini. Takde Pas, biaDAP, bakal PRU 13, kalau semuanya aman damai? O.k. ke? Memang ler o. k, sebab takde, yang pentingnya, takde Pas dan biaDAP. Bila takde dia orang, tak payah ler susah susah nak tubuhkan umno kan, kan! 

Demokrasi, democrazy, demokerusi, demo nak lagu mano? 

Jadi negara kominis ker? Takde PRU dan kebebasan! Pas mad syabu kata begitu. Itu belum kata pakar perlembagaan Aziz Bari, ntah apa apa plak. Dah dibagi kebebasan demokrasi sepenuhnya pun masih tak puas hati kan! Jadik, mana ada manusia yang pernah merasa puas. Tibai, balun ler dapan belakang, sama rata, sama rasa, ehh sama jugak, bukan sakit, sedap, bukan lama sekejap dan akhirnya sakit pinggang. Sakit, sakit dan sakit. 

Apa apa pun, kita masih mampu untuk bersyukur, bertafakur dan mengukur sejauh mana keimanan di dada. 

Janganlah terlalu hipokrit. Kesombongan, keangkuhan, kebodohan tidak bertempat.  

Hidup ini tidak selalunya indah, gundah, penuh madah berhelah? 

 HUDUD
Islam Akhir Zaman
Zaman Islam berakhir?


Orang buta dengan gajah.

Orang yang pura pura buta! 

Pas akan kata begini.

Umno kata begitu.

Aiks, biaDAP pun nak menyampuk jugak? 

PKR boleh percaya ke dengan pegang bontot gajah? 

BN mewakili semua!pegang kepala koot! 

Hoi, ini hukum hudud, hukum Islam, bukan seekor gajah! Laaa, lalok rupanya. Ingatkan, hukum hakam tu sama jer dengan binatang. Hukum hakam tu, maksud gua, semua undang undang selain daripada Hukum Allah, faham. Perundangan di dunia ini yang dicipta oleh manusia, mana ada sempurna, kan. 

Hari ini dia akan kata, taubat la nuar. Esok dia pootar poosing, jadi peguam bela plak. Semalam dia kata pak sheikh tu al-jubori, hari ini dia kata fitnah besi bisu plak. 

Saksi? 

Mana ada lagi saksi yang benar benar boleh diakui, dipercayai tanpa keraguan, dipaksa dan digagahi mana mana pihak. Betul gitu? 

Kalau terlalu sukar untuk mendapatkan saksi seperti yang dikehendaki, mungkinkah pesalah tidak akan dihukum? Atau pun manusia sudah tidak seronok lagi membuat dosa kerana tiada hukuman? 

Bagi aku la kan, sebagai umat ‘M’ kita mesti ikut segala peraturan Islam. Buktikanlah kepada Yang Maha Esa, sesungguhnya kita adalah hambaNya. Allah yang menciptakan kita. 

Semuanya ini berlaku bukan kerana politik. Tidak ada sebab, mengapa harus di politikkan. 

Yang jelas, mengapa hanya kerana undi untuk berkuasa, barulah lahir semuanya ini. Sebagai umat ‘M’, bukankah semuanya ini tanggung jawab kita. Kewajiban kita.

 Sebagai manusia biasa
Salah silap perkara biasa
bukan nak tambah dosa


Selasa, Oktober 04, 2011

KOMINIS TETAP COMUNIST



hidup ini bergantung pada nasib?
mungkinkah manusia kini bertenung nasib?
nasib lantaran kita bernasib baik?
****************
MENARA KEMANUSIAAN
****************

 Menara Kemanusiaan

Dzuhur
Bila Syolat tepat waktunya…..
Amalan dan Ibadat mengiringi kehidupan  dalam menuju keredhaan dan ketenangan.
Keindahan hari ini telah tiba pertengahannya?
Mungkinkah panas hingga ke petang?
Mungkinkah nasib menentukan hidup kita?

nasib! nasib! nasib! 

Hai, takkan nak bergantung dengan nasib jer. Gua tengok dan baca, sekarang ni, zaman bertenung nasib ke? Ramai kaum, tak kira bangsa, agama bergantung kepada nasib. Agaknya, jalan mudah nak cepat kaya, cepat dapat dan cepat mati konyol. ‘Cepat mati’ seringkali dilupakan, buat buat lupa! Nasib!

Sampai belajar kat sekolah pun, nasib baik diharapkan menyebelahi pelajar. Kalau tidak, ada yang kena dera di jemur macam kain jemuran agaknya. Lambung dadu ke! Apa saje asalkan nasib baik, timbullah kalau jadi sabut, tak pun berserabut! Dihalang menduduki peperiksaan kerana tak bernasib baik la tu. Nasib! 

Buat filem, jadi artis dan yang sewaktu dengannya dunia glem gitu! Nasib baik dapat kumpul juta juta ringgit. Yang bangkrut, berkerut dahi, nasib malang kot!  

kominis! kominis! kominis!

Gua bingong, pening, tongong. Kenapalah aku dilahirkan begini? Nak kata pandai, pandir jugak! Nak dikata goblok, tak ngaku gua. Saper yang goblok? Gua confius jer. Confius pasal kisah kominis ni. Nampaknya ramai jugak kaum melayu yang mempertahankan kominis ni. Gua, awal akhir memang anti kominis. 

Ramai jugak saudara mara gua yang di’bacok’ ditembak, dianiaya sikominis celaka tuh! Ntah ke mana perginya parang terbang di masa itu. Sekarang nih, asah parang pong pasal nak gotong royong kat sekolah ke, balai raya ke, kuburan ke kerana dah semak samun, itu pong setahun sekali. Masih ada ke yang  kenal dan menggunakan parang? Yang ada pun parang sekeper, kepunden lak tu! Merapu, peeeergh!  Tak tau ler, saper yang cuma tau cakap jer! 

Keliru, keliru, keliru! macam lagu otai Ramli Sarip. Konfius, nak baca buku sejarah, pun masih dipertikaikan. Alahai, ini pun kerana nasib jugak ker? Nasib, dah takde tempat, kominis pun, kominis lah, asalkan berjuang, dianggap pejuang kemerdekaan? Nasib!

Kejadian pada Tahun 1950 di Bukit Kepong 

Kira kiranya pra merdeka lah gitu. Kalau pra sejarah, gua ingat lagi parah, banyak yang marah. Sewaktu dengannya, negara kita Tanah Melayu masih dibelenggu penjajah. Kolonial British katanya. Sesiapa sahaja yang menentang penjajah akan dianggap pejuang? 

Selepas tamat penjajahan Jepun @ Perang Dunia ke 2 di Tanah Melayu, orang melayu sendiri telah menjadi mangsa keadaan. Buat mereka yang bengong menjadi tali barut Jepun, habis di bakar, dibunuh dan telah di tanam pun. Mereka yang tidak menjadi talam dua muka, pun tidak di beri muka! Kesempatan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh kaum cainis komunist.  

Dalam ruang waktu yang terbatas, timbullah pering gerila, pertembungan sesama sendiri. Pemimpin Melayu yang berwibawa dan berwawasan berjuang menyuarakan hasratnya dengan berunding demi keamanan dan masa depannya. Apakah kita tidak menyedari kedudukan dan kepentingan Raja Raja Melayu pada waktu itu? 

Melihat senario itu, kaum cainis komunist lebih cenderung untuk merampas Tanah Melayu dengan kekerasan. Mereka ini di dokong oleh kaum melayu sendiri yang boleh dikudakan.  Sewaktu itu, hak dan kepentingan orang melayu sama penting kedudukannya dengan pihak penjajah british. Jadi, hak siapa sebenarnya yang hendak dirampas oleh kominis? 

Pejuang kemerdekaan pada masa itu, menolak segala tawaran penjajah yang merugikan hak pribumi. Segala kepentingan dan hak pribumi bumiputera dipertahankan dan terus dikekalkan sehingga kini. Mereka berjuang, berunding untuk merealisasikan sebuah kemerdekaan. Jelas, kaum Melayu pribumi boleh diajak berunding dan berbincang. Sehingga ke hari ini pun, Melayu dan para pemimpinnya sentiasa berdiplomasi dan toleransi. Hak kaum minoriti mendapat keadilan sama dengan kaum majoriti. Menang ambiga! Bengang gua. 

Kominis sememangnya perlu di halang dari menguasai Tanah Melayu. Namun, saki bakinya, yang bertopengkan biaDAP telah mencetuskan peristiwa berdarah 13 mei 1969. Mungkinkah akan berlanjutan ke hari ini? Percubaan untuk ‘memenangkan’ pembangkang yang tidak mengenang budi dan jasa akan terbalas dengan tuba. Hanya berlindong disebalik nama Islam, walhal jauh di lubuk hatinya hanya nafsu serakah untuk meramPAS hak orang lain. 

Betoi ka, pemimpin umno kini pong mudah lupa daratan? Hanya kerana nak undi kapior pong sanggup menafikan hak bumiputra kaum majoriti? biasak la! 

pasca perang dunia ke 2

Siapa yang berkuasa? Selepas pendudukan Jepun di Malaya, kominis bintang 3 telah menunjukkan belangnya dengan membunuh ramai kaum melayu pribumi. Kedatangan semula pihak british telah melindungi orang melayu. Kehadiran british ingin berkuasa telah dihalang oleh Raja Raja Melayu dan penentangan yang berlarutan. UMNO dan sekutunya terus menjalankan agenda memperjuangkan kemerdekaan. 

Melihat kesungguhan UMNO dan sekutunya, berbeza dengan perjuangan kominis malaya, ini telah membuka ruang kepada UMNO dan sekutunya untuk menerima Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang digubal oleh Lord Reid. Kepentingan Orang Melayu dan Islam termaktub dalam Perlembagaan. 

Ini sememangnya pandangan gua dari sudut penulis picisan. Gua sendiri dalam matapelajaran Tawarikh pun bukan dapat kredit. Sebab gagal nak ingat tarikh tawarikh berlaku. Pasal gua bukan kaki nombor kan, jadi malas betul nak ingat angka tarikh tu. Itu yang bikin gua pening, sebab susah sangat nak ingat kronologi ker, ntah apa ke benda daaa! 

Kalau korang semua yang terer merer, bukan terorrist la kan, tolong, tolong betulkan dan lengkapkan cerita sejarah ini la ya! Kalau tak tau bab tawarikh negara kita ini kan, tolong jangan buat tawarikh sendiri, boleh tak? 

Sejarah yang telah di bukukan atau yang telah disejuk bekukan? 

Mengapa nak dipersoalkan hak dan ketuanan melayu? Pengerusi yang biaDAP sendiri mengakui, Perlembagaan Negara adalah perundangan yang tertinggi. Soal penjajah tidak timbul sama sekali. Mad Syabu telah tersilap bermain kata kata dan bakal menerima padah kerana mulut badan binasa.

Manusia hari ini, cakap tak serupa bikin. Tapi bukan main lantang, pantang di tentang, sememangnya dasar binatang. Suka bebenor mencari publisiti murahan, boleh gitu!

Gua jadi malas nak tulis, buat n3 kat blog. Boring maaa! Semuanya boleh jual borong jer, longgok ker, pun tak laku! Korang tulis plak tu, banyak yang merapu. Nasib baik takde mata mata bawak saman. Naya jugak kalo kebebasan hanya di bibir sajer. Bibir mesra jiwa parah. Memang leceh weeii! 

Depan kaum sendiri melaung nak hudud. Depan kapior melolong lolong mintak tolong bagi undi, kerana undi, mintak sokongan sampei sanggup jadi badut! Betul ke ni? Erti sebuah perjuangan? UMNO berjuang untuk kemerdekaan tanpa tumpah darahku. Rakyat hidup, bersatu dan maju, rahmat bahgia, tuhan kurniakan. Ni, korang hamPAS pembangkang, nak merdeka apa ke bendanya? Sanggup di kudakan, ditunggang tunggingkan. Tunggang langgang dan entah apa lagi hanya kerana nak tawan putarjaya. 

Blog pembangkang dengan kengkangnya, tak sudah sudah dengan nasik kangkangnya, lauk kangkong ker? ngangkung laaa kalo nak menang nombor, dah menang pun, suka sangat,  lupa daratan laaa, terjun laut pulak! umno bn jer yang salah! kampreeet! 


 ilustrasi
gua tak pasti, mungkinkah ini kampreeet?