TERKINI

Jumaat, September 23, 2011

PRU 13 - PERCATURAN DAN PERCAKARAN



hidup di dunia ini hanya sementara
kalau boleh ingin bahagia untuk selamanya
tanpa suka duka dan segalanya di dunia ini, apakah kehidupan kita sempurna dan tidor lena?
****************
MENARA KEMANUSIAAN
****************

 Menara Kemanusiaan

ISYAK
Bila Syolat tepat waktunya…..
Amalan dan Ibadat mengiringi kehidupan  dalam menuju keredhaan dan ketenangan.
Malam untuk tidur lena yang panjang?
Bagaimana disepertiga malam?
Manusia dan tanggungjawabnya.....

international standard organization (iso)

Kini hanya UMNO dan Umat ‘M’ sahaja yang boleh diharapkan untuk meninggikan lagi Syiar Islam di dunia ini terutamanya Malaysia. Bukan syair Islam, tau. o.k. 

Kejayaan dan kekayaan yang dinikmati serti menguliti Malaysia ini telah membuatkan manusia itu lupa dirinya sendiri. Terlalu ghairah ingin menguasai untuk memiliki hingga terlupa norma norma ketimuran. 

Amat jelas sekali nilai nilai kepimpinan puak pembangkang ini jauh takde ‘class’ hingga sanggup menjadi ‘hitlerian’ menghambakan diri kepada kominis lalu tergamak melontarkan nas perjuangannya sendiri. Membangunkan sebuah negara Islam. Laaa, takde dalam Al-Quran kisahnya! Balun umno bn siang malam menjadi amalannya. Hanya ingin melihat umno bn tumbang tersungkur jadi padang jarak padang tekukur, begitulah takburnya.

Kini, beramal, beribadat untuk membuat pahala hidup di dunia ini, tetapi rupa rupanya hidup di atas timbunan dosa yang akhirnya bakal menjadi bala al-balak lah! Memang pun cabai akui, umno bn tidak ler perfect mana. Banyak kesilapan dan kekurangan. Namun ada gak yang boleh dibanggakan sepanjang merdeka bersama Malaysia. Kalau tanya dan baca kata nukilan pro pembangkang, memang ler langsung tak syiot apatah lagi mengakuinya. 

Secara rasionalnya, kematangan berfikir kaum totok pembangkang nih, langsung takde ISO. Dia jer yang betul. Dia jer nak bercakap. UMNO BN mesti ditumbangkan. Itu yang seboleh bolehnya nak ‘bonceng hantu’ untuk pergi mengundi. SPR jadi kambing hitam, dia orang jer nak jadi pak janggoat bandot al-bandit!

    RELAXS
    Kita dalam blog politik.
    Matlamat Menghalalkan Cara demi sebuah Negara Berkebajikan?

cita cita dan matlamat pembangkang buta

Kian terserlah menjadi nyata! 

pas pis pus bahaya tahap isa

Mendewa dewakan kominis adalah keutamaan mereka. Sekiranya pr berjaya merampas putarjaya dalam PRU 13, sambutan kemenangan besar besaran selama 100 hari menyambut kemenangan sekalu gus menyambut kepulangan wira mereka Chin Peng dan sekutunya yang berjuang menuntut kemerdekaan dari kolonial british. UMNO tetap dianggap tali barut british. 

Jatuhnya umno bn, merdekalah mereka dari penjajahan british, kata otaknya yang berjambul. Maka akan bertukar ler Jalur Gemilang dan naik ler bendera bintang tiga pulak mewakili tiga buah parti ter’jalang’ memjarah di maysia. Tiga ekor musibat tu kan, selagi umno bn tak ditumbangkan, selagi itu ler meroyan royan merapu tetek bengeknya. 

Perjuangan Pas menjadikan ahli ahlinya mendewakan kominis. Sewaktu dengannya mencampakkan ke tepian longkang negara isle kerana hendak menegakkan negara berkebajikan pula. Perjuangan kabur ini telah dibangkitkan untuk menghalalkan caranya dalam mencapai matlamatnya. Apakah sebenarnya hala tuju pas pis pus sekarang? Membiarkan perjuangan kominis tanpa tuhan menyerapi rakyat Malaysia? 

Itulah tahap ‘kemarahan’ para pemimpin pas pis pus yang gagal memenangi kerusi dalam misi menumbangkan umno bn. Mereka marah dengan umat ‘M’ sendiri yang tidak memenangkan mereka. Kegagalan individu tersebut diterjemahkan oleh segelintir blogger yang lapar ingin menelan umno bulat bulat macam taik kambing.
Alang alang menyelok pekasam, pas pis pus sudah kehilangan maruah dan harga diri. 

Mereka sekongkol membela dsai bermati matian. Sekiranya anda lemah iman, lemah matematik politik dan lemah tenaga bathin pasti akan terjerumus dalam kancah permainan politik rakus, serakah tanpa toto keromo. Yang ada totok dan hentam kromo jer! 

Bila dibenarkan, dibebaskan lalu sesuka hatinya menabur fitnah. Maka kini seharusnyalah pula digubal akta fitnah. Fitnah lebih dahsyat akibatnya. Apabila ada sahaja aduan fitnah, secara automatik pihak yang didakwa mesti dipertanggung jawabkan. Gagal sahaja membuktikan kebenarannya, boleh terus di saman atau penjara seumur hidup jika gagal membayar saman! Amacam, berani buat, berani tanggung laaa.... 

Kalau setakat menulis sesuka hatinya, tanpa menyebutkan individunya, kerana takut  mengaibkan, bukankah lebih mendekatkan kepada fitnah? Hanya nama PM sahaja semua orang tulis ikut sedap jari mematuk! Kes altantuya, kenapa berani sebut tapi takut mati untuk mempertahankan kebenarannya?

    Dunia Artis – Gossip Glamour, hidup lama, kerana nama?

     Dulu, kini dan selama lamanya... 

 Manusia hanya pandai membangkang, mengkritik , memaki, mencerca, menuduh dan menyalahkan orang lain!


Kontroversi perfileman dan sebagainya dalam dunia lakunan, dunia glem, dunia artis dan sebagainya tetap akan ‘bebuyutan’. Sampai bila bila, selagi masih ada dunia ini.

Dunia artis hanya penuh glem. Takde pun yang boleh dibanggakan. Semuanya bagaikan menjurus ke arah  kehidupan masyrakat ‘low class’. he, he, he… bukan semua laaa. Terlalu sedikit untuk sanjungan. Majoritinya menganggap dirinya selibriti yang terkenal. Sekali lagi, inilah sebahagian dunia glem artis. Glamour you! 

Masyarakat amat menyanjung peranan hiburan dalam kehidupan. Seolah olahnya tanpa hiburan, dunia ini akan bisu, sunyi dan sepi. Walhal, apa pun pilihannya, seorang penyanyi sanggup menggunakan dadah untuk keberkesanan suaranya. Pendengar juga sanggup leka, lali sehingga lupa tanggung jawabnya. 

Dunia lakunan layar kaca masa kini, bagaikan ketandusan ilham. Di barat sendiri, filem dan lakunan yang ada juga kian terhad. Sememangnya tanpa hiburan, sayu, sunyi dan sepi. Cerita yang dilahirkan sezaman Tan Sri P Ramlee bagaikan telah menguasai sepenuhnya dunia 7 P. Kini ligat memplagiat atau terpaksa merekayasa cerita cereka seadanya. 

Apa yang ada kini? Ya, teknologi semakin canggih, pembikin, pengeluar tetap gigih, pelakun juga tambah ‘sugeh’ makan taugeh biar pun terhegeh hegeh, cops, (sugeh) kaya daaa! Silau mata cabai bila tengok artis kita bergaya, kaya raya, peeeergh! Yang melarat, keparat, ala barat pun ada jugak. Yang lorat berkarat tetap merempat. 

Kalau hanya menuduh satu filem tu jer, tak adil la kan! Sebenarnya banyak lagi cereka yang kononnya takde mengena dengan yang hidup dan mati. Walhal, dia orang sendiri dah tulis pong, ini hanya cerita rekaan semata mata! Bila ditegur, dikritik, dituduh tak didakwa, amboi amboi, melenting, melatah semacam cacing kepanasan. Apa kehe? Jadik, memang patut pong ‘low class’. Patut pun kena bantai.  

Soal mempersenda, haram, neraka jahanam hanya ada dalam Islam jer. Buat baik dibalas baik pun sudah ditinggalkan zaman orang pada hari ini! Sebab sudah ada, buat jahat pong didewa dewakan. Ideologi stereotaip jer sukar untuk ditinggalkan dan dilupakan. Sebaik baiknya umat, tak payah ler tengok tv selain dari berita.
(bersambong)

MALAYSIA KU

terkini

BiaDAP dan lge

Lge anak didik  lky yang sering menuduh negeri johor pusat samseng. Dengan memburukan orang lain lalu merampas kemewahan, layakkah manusia ini hidup, diberi penghormatan untuk memerintah di bumi Malaysia? BiaDAP semestinya ditempelak dan di tolak dalam PRU 13.

Dari zaman berzaman, Lky tetap memusuhi jirannya Negri Johor. Kini anak biaDAP pun tetap akan meneruskan legasinya untuk membenci orang melayu. Kalau tidak memburukan orang lain untuk meramPAS bukan biaDAP namanya!
****************
PAS dan HUDUD

Hukum Hudud yang bakal di kuatkuasakan oleh PAS adalah amat diharapkan sebenar benarnya perjuangan dalam Islam demi sebuah Negeri dan Negara Islam. Bukan indah kabar dari rupa. Bukan menambahkan permasalahan dan bala kepada Negara Malaysia.

Islam amat Indah. Kesilapan umatnya bermadah bakal membawa padah! Bila di uji Allah janganlah hendaknya gundah gulana hingga mabuk dadah. Hidup ini biarlah berfaedah jangan jadi haram jadah! 

Apa pun amatlah diharapkan, semuanya ini akan membawa keharmonian, kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia. Bukan sekedar gimik Pilihanraya.


Aku Menulis Bukan Kerna Nama 

Aku menulis adalah tanggung jawab ku kepada anak anak ku, semua ini untuk menerangkan kepada anak anak ku. Dengan tulisan ini, amatlah diharapkan kepada anak anak ku akan berfikir dan terus berfikir sebagai Seorang Islam. 
Mohon maaf kepada semua, jika ada yang tersinggung secara langsung atau sebaliknya, untuk tujuan pemahaman buat anak anakku. Memang pahit untuk berkata benar tetapi anggaplah itu ubatnya. Mana ada ubat yang sesedap paling sedap. Habis sedap! Sakit? Pahit? 

Tranformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

 MALAYSIA KU





Tiada ulasan:

Catat Ulasan