TERKINI

Ahad, September 18, 2011

ISA YANG DAH DI'ISA'KAN


Keagungan
untuk umat islam sepanjang zaman
 ******************
isa, haram dan harum
******************
Tanpa penguatkuasaan, ISA yang ditakuti pembangkang, telah dimansuhkan.
Kalau setakat ideologi komonis, apalah sangat kan! Kehebatan manusia kupur, mengkapirkan sesama umat, akhirnya terkapar jugak dipembaringan menanti sakratul maut. 

Undang undang Islam tentulah mengatasi segala galanya. Kalau mencuri, sah dan sahih, hukumnya potong tangan. Kalau membunuh dan sememangnya sahih, hukumnya pancung al-potong kapla kan!
Islam dan umat ‘M’ wajib kembali kepada ajaran, anutan dan hukum hakam Islam. Islam yang paling mulia di dunia ini, adalah seorang Hamba Allah yang taat kepada Allah dan RasulNya.
****************
Selamat
hari malaysia

16 september 2011

Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera

****************
negara merdeka, berdaulat dan undang undang

Apa bezanya ISA dimansuhkan? Sewaktu dikuat kuasakan, hanya sebahagian jer yang ungkal dan kepala batu terpaksa disumbatkan. Tetapi akhirnya, pakar undang undang kononnya, loyar buruk katakan, mereka ini berterusan mencabar. Penat dengan segala asakkan, KDN memilih untuk mendiamkan diri, bertindak mengikut rentak dan tariannya. 

Mana pernah betul dan di puji segala tindakan yang berlandaskan undang undang. Yang buat salah, mana pernah mengaku salah. Orang lain yang melakukan kesilapan, orang lain pula yang dituduhnya. Orang lain yang salah, orang lain yang menerima hukumannya. Pemimpin yang berjaya memerintah hidup senang, rakyat tetap diperintah hidup masih merempat dan melarat. 

Seandainya, ISA disamakan dengan Nabi ISA a.s. ISA digunakan untuk mencegah keganasan melampau dari terus berleluasa. Namun perundangan yang sedia ada, sekiranya dikuat kuasakan, kebejatan pun mampu dibendung. Mereka semua masih boleh diiktiraf sebagai manusia yang waras secara demokrasinya, hanya berbeza ideologi politiknya. 

Nabi ISA Alaihissalam pula, adalah Nabi dengan Kitab Injil dan Tauhidnya. Lahir tanpa seorang ayah, hanya dengan ketentuan Allah. Umatnya dan kristianisasi hingga akhir zaman ini tetap tidak akan menerima Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Mereka lebih mendewa dewakan kematian Nabi Isa yang disalib. 

Sebagai manusia yang menerima Nabi Adam adalah Bapa kepada umat manusia di dunia ini, kita yang berugama Islam kenalah sentiasa bersabar jer.....

pru 13 – nak pangkah siapa? pkr?

Kisah semalam yang tidak akan ada penghujungnya. Bagaikan perjuangan tanpa matlamat. Namun dalam meliwat ada pulak ‘climaks’nya hingga tertinggal sperm kat sarung kunyit. 

Peristiwa 16 september, pembohongan berterusan, bila agaknya nak jadi PM? Mungkinkah masih ada ruang dan peluang? Mengapa hanya keluarga dan kroninya sahaja? Puak Kroni Rimba ini hanya memperjuangkan koloni nya sahaja. Penyokong lain, terutama penyokong totok pas hanya dianggap kuli kelas paria pandikuttii. Begitu ker menganggap dan melayan sahabat? Bertaubat la brader! Sahabat pun kena rembat, apatah lagi musibat! 

Kalau kominis pramerdeka meninggalkan segala kekejaman untuk memori usang, apa bezanya pkr dengan kebejatan musang berbulu ayam? Cabai tak faham dengan parti ini. Parti dia, suka hati dorang nak demokrasikan macam mana. Bandingkanlah dengan semua parti yang ada kat Malaysia ini. Langsung takde nilai politik dalam kamus politik cabai. Masalah peribody al-peribadi menjadi senjata makan tuan!

isa tidak releven dan sudah dimansuhkan

Akta keselamatan dalam negeri telah disalah tafsir dan telah disalah gunakan oleh pemerintah. Sesiapa sahaja yang dianggap boleh mengganggu gugat keselamatan negara boleh ditahan serta merta tanpa pertuduhan dan bela diri. Maka, berkoyan koyanlah para pembangkang meroyan, merapu menuduh kerajaan zalim tidak berperi kemanusiaan. 

Sudah sekian lama, setelah PM DS Najib berkuasa, bagaikan tiada lagi keganasan yang mampu mengancam keselamatan negara. Setakat kalah dalam PRK, blogger lancang yang pincang akal dan seumpamanya yang hanya berani bercakap jer, tapi tak serupa bikin. Jadik, tak mengancam langsung! Berani ker nak lawan kerajaan? Melawan YDPA? 

Undang undang yang sedia ada sahaja sudah mampu membuat rakyat berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu yang ‘haram’. Lihat perhimpunan haram ‘beershitt 2’ saja dia orang nak tengok kezaliman umno bn. Laaa, bila nak di youtubekan, tak cukup ganas, kantoi pulak tu! Nasib baik memang ‘muka tak tau malu’, nak saman kerajaan pulak! alahai, apa apa la mamat nih! Bangga jadi pengikut ambiga sriganasan, bangang jadi pejuang Negara Isle, isk, isk, nak cari kebajikan al-welfare, makan gratis ker! 

Tu dia! Baru betoiii! Kominis minta kerajaan mohon maaf kepada mereka yang telah ditahan dalam ISA. Mad syabu, tak payah layan weeei! Dasar bengong, cakap tongong tuuuuu! Sebenornya kan, kita semua ni kan, kalau takde kaum totok kawarij tuu, saper lagi kita nak balun kan!

pemimpin yang diterima dan boleh menang 

Sebenarnya cabai dah malas nak tibai sesama kawan ni. Kalau setakat pembangkang pas pis pus, puak kroni rimba, apalah sangat! Tak ganas langsung, Cuma berlagak tak boleh bertolak ansur tapi dengan kapir harbi tunduk takde kote. Kita nak cakap apa, apa dia orang kisah, reti bahasa ke? Dia orang peduli apa kan, kan!

Cabai rasa la kan, lebih baik cabai belasah calun pemimpin sendiri yang dah tak sadar diri tu. Sibuk lobi nak jadi pemimpin, nak undi dari rakyat, tapi bila dah menang, lupa diri, lupa daratan, lupa rakyat, lupa janji manismu dan 1001 lupa kerana banyak sangat makan semut agaknya! o.k. orait. set!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan