TERKINI

Rabu, September 07, 2011

ANTARA KAWAN DAN LAWAN?


Cabai makin pedas, dari cabai kampung boleh jadi cabai siam. Cabai siam yang merah saga, gerenti panas pijar tekak anda. Namun begitu, cabai kampung tetap maintain pedas lemak cili api. o.k. set! 

Antara blog pembangkang yang cabai seronok nak ulas


Dia ada menuliskan perkataan KFC. Melihat video klip, cabai merasakan kurang yakin dan menganggap kes hanya terpencil jer. Hanya tindakan segelintir pekerja yang tidak bertanggung jawab dan biaDAP. Mungkin individu sengaja cari publisiti murahan. 


Makanan segera yang kian menyegerakan maut? 
Banyak sangat cengkadak segera selepas anda merasai ayam goreng?

 Ilustrasi hiasan dari google
KFC

Sukar untuk dipercayai. KFC pada hari ini, ketika dan saat ini adalah makanan segera yang me’loya’kan? 6 sept 2011, belum sampai 16 sept. ok. Dengan berbagai karenah birokrasi, kfc kini mula segera ‘basi’ dengan tindak tanduk para pekerjanya sendiri.

Cabai sekeluarga agak teringin hendak menikmati hidangan kfc. Kami cabai kampung, sudah biasa dengan kepedasan kampungan. Keinginan tersebut kami leraikan sekitar jam 5.00 petang. Kami singgah di KFC Yong Peng bekas Pakson dulu bersebelahan Bas Stand dulu dan semuanya macam dulu dulu jugak. 

So, siibu pun memesan kfc 9 ketul. RM 26+ bayar +cukai=rm 28+. Dapat ler ayam kfc 9 ketul dan sebungkus/sepeket tisu+sos tomato+sos cili(3)peket kecil. Tak cukup sos tu! Mintak tambah ler sikit. Amboi, amboi, jurujual kaunter dengan sombongnya bo layan jer. Kalau nak lebih, kena beli sendiri, satu botol laa. Ini bukan persoalannya, beb! 

Persoalan cabai, adalah, kakitangan kfc Yong Peng perlu dimotibasikan sebelum keterlanjurannya hanya menambahkan ‘basi’ kepada kfc sahaja. Cabai memang tak mampu sebab golongan pprt pun. Raya tempohari tak mampu nak beli ayam buat rendang. Bila dapat duit raya sikit, anak anak teringin nak makan kfc. Jadik, beli ayam kfc, hai tak kan dengan taik sekali kot! Malu, boring wei? Yong Peng tu adik beradik Chin Peng ke? 

Kalau ikut video klip diatas, memang pun cabai malas nak beli kfc lagi. Kalau di depan kita orang pun boleh buat hal sebegitu, tidak mustahil di belakang kita, di dapur ke, perkara sebegitu boleh berlaku kan, kan! Tetapi bila terbukti dengan rasa ayam yang tidak sesedap dulu, layanan tidak semesra dulu, terasa bebenor hidup ini tidak seindah dulu. Sekarang semuanya macam sudah tidak manis lagi dan menyusahkan orang jer. Pembeli dan pengguna sesuka hatinya di tindas, terasa pedasnya kata kata jurukaunter, walaupun cabai adalah cili api yang memang pedas. he, he, perasan.

SIAPA PEMILIK KFC SEKARANG? 

Persoalan ini telah masuk era politik pun. Sekiranya masih di miliki JCorp dan dalam proses pengambilalihan atau pun memang dah dimiliki semula ultra kiasu, cakap ler terus terang kepada rakyat Malaysia. Kalau tak halal pun, apa yang cabai nak tibai! Proses apakah ini yang sedang dilakukan? 

Buat Umat ‘M’ berhati hatilah dengan segala bentuk kekufuran. Ini adalah sebahagian ujian kehidupan. Bagi cabai, selepas ini memang serik nak ke kfc lagi la. 

Kepada semua para pekerja, jujurlah dengan tanggung jawab anda. Mengapa tega menganiaya pengguna + pembeli + pembayar yang membayar gaji anda? 

Masalah tetek bengek yang brengsek bakal menjadi kurap berleluasa kalau dibiarkan. Ramai pun yang tidak ambil kisah, dengan segala keloh kesah yang meresahkan. 

Masih ramai di luar sini yang menganggur. Ramai yang tidak bekerja. Ramai yang tidak ada pendapatan tetap. Sekiranya kalian tidak mendapat pembelaan dari korprat, kemana perginya pembelaan dari kerajaan? Pejabat Buruh? Kesatuan? 

Keuntungan disedut berbilion dolar. Terkini, Mobil pun bakal menerima nasib yang sama. 

Apakah pihak atasan, samada Rakyat Malaysia sendiri, apatah lagi bilionaire asing tidak mengutamakan kepentingan rakyat? 

Penipuan berleluasa. Makanan selain beracun, dicampuri gelatin pulak. Hidup ini kian poyo. Manusia mengejar kebendaan, kekayaan demi kemewahan. Yang miskin terus tertindas, yang senang bertambah senang lenang.

Apa pun, yang penting janganlah sampai rakyat hilang kepercayaan dengan pemerintah. Permasalahan kecil bakal berlarutan lalu membesar, membarah dan menjadikan dataran merdeka menjadi parah berdarah!!

cabai @ jayboss @ cili
kominis di seberang lautan nampak
yahudi mabuk dijadikan kawan? 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan