TERKINI

Khamis, Mei 05, 2011

UMNO-PAS = PERPADUAN?



BAHASA MELAYU – BAHASA KEBANGSAAN – BAHASA MALAYSIA 


Jika kita tidak mampu memartabatkan bahasa kita, mengapa kita merendahkan, meng’obrak abrik’kan al-hancur leburkan bahasa kita? 
Setakat ini, belum ada pun menunjukkan tanda tanda Bahasa Melayu akan menuju kehancuran. 
Bahasa Melayu di lacurkan, adalah. Bahasa Melayu di ketepikan, memanglah. Bahasa Melayu di hina dina, biasalah. Bahasa Melayu di rojakkan, sedaplah! 
Bahasa Melayu di jajah? Diamlah! 



Kalau bukan kita yang menyuarakan lalu memperjuangkan Bahasa Melayu di Malaysia ini, apakah kewajarannya kita menyepikan, mengenepikan lalu mengapi apikan sesama kita? 
Batu Api! Aduhai, ‘berapa punya besar, ada duduk, itu batu dalam dia punya kepala’? Batu gemala patik..... 


   MUFTI DAN PERANAN AL-TANGGUNG JAWABNYA 


Mesej 32988 – Menentang Penyatuan UMNO dan PAS adalah Pengkhianat Islam, benarkah Mufti Perlis Dr. Juanda Jaya yang sedang menyebarkan mesej tersebut? 



Siapakah yang menentang penyatuan adik beradik ini? Makhpus? Napres Pas pis pus! Seangkatan dengannya? DAPuk? PKR? Sesiapa sahaja yang tidak merestui perhubungan perpaduan UMNO-PAS, memang sah Pengkhianat Islam. Sesiapa sahaja yang menghalang, menentang pembentukkan perpaduan UMNO-PAS, sememangnya Pengkhianat Islam. 



Secara asasnya, pada dasarnya, UMNO dan PAS bagaikan adik beradik kandung. Bila adik beradik, berbeza dan bertentangan pendapat, perbalahan berpanjangan, lalu konflik menjadi ‘barah’ kian parah, kini perlukah kita hanya ‘berserah’ al-pasrah? Biarlah..... Taqdir yang akan menentukan..... Teruskanlah, kita hanya mampu merancang..... Kita satu keluarga kan! 



Sama ada UMNO mahu pun PAS, kedua duanya hanyalah sebuah parti politik al-siasah. Nama dua Parti Politik yang Gah di Malaysia. Kehebatan UMNO menerajui Malaysia sehingga kini melebihi setengah abad telah di buktikan. PAS sebuah parti politik yang terumbang ambing, sering kehilangan punca dan teras perjuangan. Selalu kekejangan! 



Bila kejang sebelum ‘kejong’ lalu merapulah sesedap mulutnya. Itulah bila berkata kata tanpa berlapik dan menggunakan akal dan fikirannya. Kedangkalan Iman dan amalannya mengundang musibah. Tetapi, manusia itu juga, seringkali ‘tertidor dalam jaga’. Hanya amalan dan kejujuran sebuah perjuangan mampu mengubah nasib manusia itu sendiri. 



Perasaan cemburu, hasad dengki dan pendendam hasutan syaitan sesama umat membelenggu kehidupan dan perpaduan. Walhal semuanya ini hanya permainan duniawi. Tanpa peperangan bertumpah darah, peperangan hawa nafsu amat melesukan sehingga semua umat manusia menjadi bisu! Membiarkan kebenaran dipalsukan..... Semangat Kebangsaan dan patriotisme di ultra kiasukan..... 


   KEBENARAN 


Sebagai manusia yang dianggap ‘Khalifah’ di muka bumi ini, mengapa mendurhakai diri sendiri? Menyalahkan diri sendiri? Apakah ini nasib? Bukankah kita wajib bersyukur dan bertafakur kerana terlalu bangga dilahirkan sebagai manusia? Mengapa berterusan kebangangan mengiringi perjalanan dalam mencari keredhaanNya? Apakah ertinya kebanggaan menjadi umat manusia, sewaktu dengannya kita adalah Umat Nabi Muhammad?



Islam mengajar umatNya mengenal PenciptaNya. Islam menyuruh umatNya sujud kepada Yang Maha Esa. Islam memerintahkan umatNya saling bantu membantu sepanjang masa kembara kehidupan di atas dunia ini. Islam memperjuangkan umatNya demi hak dan kebenaran. Islam membenarkan umatnya mati Syahid tetapi bukan ‘mencari penyakit’! 



Mencari Penyakit? Guling guling atas jalan, kot! Mencipta senjata macam buat bom untuk membunuh termasuk diri sendiri dan berperang. Mengeluarkan kata kata kesat sehingga cabar mencabar sambil menyinsing lengan lalu berani menitikkan darah. Itulah sebahagian ajaran sesat yang menyesatkan. Sengaja mencari gaduh al-penyakit hanya persoalan remeh temeh yang tiada dalam ajaran Islam pun. 



Apakah individu yang ‘tersilap’ lalu berlindong di Masjid, perlukah kita menyerang membuat onar dalam Masjid? Di manakah kita meletakkan kedudukkan Masjid Al-Rumah Allah? Apakah kita merpersadakan atau kita sendiri yang mempersendakannya? Di Masjid adalah persada Ugama Islam kita. Di situlah kita beramal ibadat. Inilah politik sempit! Islam melarang. Jadi, Islamkah semuanya ini? Itulah parti politik. 



Terlalu merbahaya, bila mana umat ‘M’ ini mula bertelunjukkan iblis syaitan. Mereka ini mula kehilangan peduman, petunjuk dan hidayahNya. Hanya keagungan Yang Maha Kuasa, taqdir akan menentukan segalanya. Mengapa insan di pihak yang benar, seringkali menghadapi kesukaran dan ujian yang sebenar benarnya?  



Kebenaran itu amat sukar untuk dijelmakan. Kebaikkan itu amat sulit untuk ditunjukkan. Keadilan itu amat sukar untuk di tegakkan. Sayang sayang buah kepayang, di telan pahit, hendak dibuang terasa sayang..... Jadi, keadilan apakah ini? Itulah politik PKR namanya. 



Kembalilah kita ke landasan yang betul..... Perjuangan politik biarlah berpada pada. Jangan terlalu taksub, fanatik dan extrem sehingga membelakangkan kepentingan Ugama Islam. Ugama Islam hanya satu, Islam tetap satu dan Umat Islam tetap bersatu..... Allah Hu Akbar! 


   SMS, PERPADUAN DAN PENGKHIANAT ISLAM?


Ana terkilan bila mendapat SMS dari 32988 dan automatik kena bayar RM0.30 sen. Menolak penyatuan UMNO-PAS adalah ‘Pengkhianat Islam’. Maka, pada hari ini, ana menyeru semua penyokong dan ahli ahli UMNO-PAS untuk terus bersatu sebagaimana yang kita amalkan hingga hari. Yang berlaga angin, berlagak dingin, itu adalah pemimpin di atas yang ‘kepingin giler’ hendak kuasa. Kami rakyat, warganegara Malaysia, orang melayu dan beragama Islam. 



Kenapa ana terkilan? Ana hanya rakyat biasa, tidak sunyi dari segala dosa, siang malam berusaha mencari keredhaan Yang Maha Esa. Kenapa anda yang dipertanggung jawabkan, lari dari pertanggung jawaban? Kenapa takut menegur demi kebaikkan? Demi Umat Islam di Malaysia ini? 


   SIAPAKAH SEBENARNYA ‘PENGKHIANAT ISLAM’? 

   
   JayBosS 

Ana hanya manusia biasa. Hidup ini penuh kedukaan. Ana mencari erti ketenangan. Dalam memburu kesempurnaan, ujian melanda silih berganti. Ana percaya semuanya ini kerana kebesaranMU Yang Maha Esa, kita hanya bertaqbir..... 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan