TERKINI

Jumaat, Mei 06, 2011

UMNO + PAS = ADIK BERADIK?


   POLITIK ORANG MELAYU 


Bila di sebutkan adik beradik, teringatlah kita ‘carik carik bulu ayam’. Air di cincang tidak akan putus. Pertelagahan ini tidak akan ke mana dan tidak memudaratkan. Masihkah boleh di terima pendapat sebegitu? 


   Mungkinkah semuanya ini tinggal doa dan harapan? 


Persoalannya sekarang, semua pemimpin Pas melenting melatah menolak penyatuan UMNO + PAS. Bagi Pas, alang alang menyelok pekasam, biar bersinsing lengan... kekalahan di Sarawak bakal berlanjutan ke Tanah Melayu. Keangkuhan al-sombong puak Pas bakal memakan diri. Kini hanya rakyat berbangsa Melayu di Tanah Melayu yang akan menentukan nasib untung puak Pas ini. 



Sebagai adik beradik UMNO dan PAS sememangnya berbeza fahaman. Walaupun tidur sebantal, makan sepinggan, mimpinya tetap berbeza. Pas akan terus menentang dan menafikan pengkhianatannya terhadap Islam. Inilah politik di negara berdemokrasi. Lumrahnya, melatah, melenting, mencarut adalah permainan politik.  Itulah dakwa kaum totok kawarij pas, pis, pus. 
PAS TENGAH KEMARUK NAK BERKUASA.



UMNO sebuah Parti Melayu yang mendominan Barisan Nasional. UMNO adalah kerajaan yang memerintah Malaysia. UMNO adalah kuasa majoriti. UMNO BN terus berkuasa dan memerintah Malaysia dengan slogan Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. 



Kekuasaan UMNO BN sehingga melebihi setengah abad telah menimbulkan rasa tidak senang hati dan permusuhan sesama kaum di Malaysia ini. Kini bermulalah era cemburu mencemburui dan hasut menghasut berhasad dengki khianat. 



Dalam perancangan untuk menumbangkan kerajaan UMNO BN, persoalan asas sewaktu memperjuangkan kemerdekaan negara telah di ‘sejukbekukan’. 

‘Kita’ bersama sama hidup dalam Negara Malaysia yang Bertuah ini..... 



Apa bezanya, UMNO BN tidak cukup Islam dalam memerintah Malaysia dakwaan PAS. DAP mendakwa kaum Tionghua di pinggirkan, hidup melarat dan teraniaya? Siapakah sebenarnya yang menguasai ekonomi di Malaysia? Apakah Islam di Malaysia ini sudah ‘tenat’? 



Sikap merendah diri sehingga rela dikeldaikan, segelintir ahli dan Pemimpin Pas sehingga sanggup melacurkan Islam amat memalukan. Kebiadapan DAPuk meracuni kaumnya amat sukar untuk dimaafkan. Sikap MCA memburuk burukkan Pas hanya menambahkan kepedihan luka adik beradik. Semuanya ini berpunca dari sikap pemimpin kita. Mereka yang celupar, tidak bertamadun, cakap tidak serupa bikin dan hanya menghabiskan ‘boreh’ al-duit rakyat, wajar di bungkus nasi lemakkan RM 1. Seringgit jer! 



Bagaikan ketandusan Pemimpin yang berkaliber. PM DS Najib sedang mengorak langkah untuk membentuk keperibadian menjadi Pemimpin unggul. Kepimpinan Najib mula di terima baik segenap lapisan rakyat. Tahniah PM, TPM dan barisan kepimpinannya. 



Kehadiran PKR yang kononnya mencari keadilan, sehingga kini masih tidak dapat berlaku adil kepada dirinya sendiri, keluarga dan ahli ahlinya. Bahkan kian runtuh menyusahkan, liabiliti dan mementingkan diri sendiri. Ana sudah lupa sama ini parti lah... 


   SUKA DUKA PENGLIPUR LARA 


Buat bangsa imigran dan kaum pendatang adik beradik tiri Pak Kaduk. Eh, siapa pula adik beradik tiri Pak Kaduk? Oh..... Pak Lebai Malang rupanya..... siapa pun mereka, lihatlah siapa di sekelilingmu? Mungkinkah mereka yang akan menyempurnakan jenazah kita nanti? Mengapa dipersoalkan talkin seperti di DUN Negeri Sembilan? Apakah sudah sama rata? 



Kaum Tionghua dan Bangsa India boleh bersatu pada bila bila masa tanpa menoleh kanan dan kiri. Mereka tiada pantang larang dan sekatan yang menghalang. Mereka semua sama sahaja. Semangat sebangsanya bagaikan tidak berbelah bagi. 



MCA dan Gerakan bersama sama dalam BN membentuk kerajaan memperjuangan hak kaum Cina. DAPuk mendominan Pembangkang, menjuarai kaum cina memanipulasikan keadaan.  Mereka semuanya sama sahaja. Sewaktu dengannya mereka akan memastikan orang melayu, bangsa melayu dan kaum melayu tidak akan bersatu. 



Orang Melayu, biar pun ‘semangat kebangsaan’ nya tulen dan jitu tetapi masih berprasangka dan sikap ‘kebangsatan’nya masih meluap luap. Sukar untuk memaafkan. Parut masih ada. Sifat tamak haloba, menghiasi dan menjadi perhiasan diri. Harap harap hanya segelintir makhluk melayu yang bersikap racist kepada orang melayu. Masalahnya dia ini tidak mahu menjadi ahli DAPuk. DAP = Duduk Atas Pagar tapi berjiwa ultra kiasu! 


   SAMAN FITNAH AL-MALU 


Dalam kes saman, Tun M telah disaman RM 100 juta ringgit. Akhirnya Tun M, menang dan dibayar sebanyak RM 70 juta ke? Eh salah, RM 7 ratus ribu jer. Iya ker? Bukan RM 70 ribu jer? Mana satu ni? Apa pun, dia yang nak saman, dia yang kena tanggung laaa... 



Ana ni, udah ler miskin, papa ke dana lagi..... lepas tu, suka suka pulak nak merapu. Kalau kena saman RM 1 bilion. Amacam? Kebebasan bersuara kononnya. Yang ana sedih, kalau ana menang pun, ana bukan dapat 7 juta ke, 7 ratus ribu ke, 7 puluh ribu ke, agak agak berapa ana dapat? Ana ingat, ana akan dapat RM 0.70 sen sahaja. Ngam ngam buat bayar teh ‘O’ jer. Kalau nak tarik, ada xtra charges. 5 sen agaknya. 10 sen lah! 

     SAPER YANG NAK TOLONG BAYAR NI?    


Masa dia saman ana, dia anggap ana ini macam Osama, musuh US No.1. tapi bila kalah dia minta maaf, ngaku saudara dunia akhirat! Adik beradik lah katakan... Jangan buat malu aaa... Jadi, dia pun belanja ana teh ‘O’ ajerlah, minuman asasi orang kampung yang melarat macam ana lah kan! Boleh gitu? Itulah nasib ana..... 



Suruh belajar, sekolah tinggi tinggi..... laaa... ana pergi panjat pokok kelapa, curi buah kelapa muda ‘degan’ katanya. Fuyooo, sedap hingga menjilat siku. Sebab, waktu nak minum tu, airnya meleleh hingga ke siku... ini bukan jilat lagi beb, memang buruk siku! ‘The Gun’ omputeh kata, senapang laa kan. Jadi, ana pun cakap kat omputeh tu, “The Gun sir?” wow, omputeh tu jawab, “Shut up, you!” pandai jugak omputeh tu jawab melayu. ‘Sedap’ dia kata! 



Pokok kelapa yang paling tinggi di antero kampung ana. Macam naik menara K.L woooo. Nampak keliling seluruh kampung. Kebun bapa sudara ana lah. Sudah namanya keturunan melayu. Mamat Jenin tu, sepupu ana. Jadi, sampai sekarang ana masih berangan angan jer! 


   SIAPAKAH SEBENARNYA ‘PENGKHIANAT ISLAM’?

JayBosS 


Ana hanya manusia biasa. Hidup ini penuh kedukaan. Ana mencari erti ketenangan. Dalam memburu kesempurnaan, ujian melanda silih berganti. Ana percaya semuanya ini kerana kebesaranMU Yang Maha Esa, kita hanya bertaqbir..... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan