TERKINI

Selasa, Mei 10, 2011

UMNO - PAS = ISLAMIK


TERKINI, 
bicara soal perpaduan UMNO PAS bagaikan tiada perkembangan sihat dan kemajuan yang berfaedah kepada Umat Islam Melayu. Sepi lagi menyepikan. Perpaduan yang menjadi harapan dan impian rakyat Malaysia. Ternyata tinggal doa dan harapan..... 



PERPADUAN 
yang sedia terjalin di Negara Malaysia bagaikan tidak terganggu gugat dengan bermacam aneka unsur nuklear dan anasir subversif. Rakyat Malaysia sudah maju bertamadun dan berinovasi globalisasi. Namun hanya segelintir sahaja yang terpinggir, meminggirkan dirinya dari arus perdana dengan haluannya yang tersendiri. Rakyat sudah mampu berfikir, siapa yang layak menerajui negara bertuah ini. Sekiranya penulisan merapu, bakal di sapu sampahkan dan layaknya di bakar agar tidak ‘membakar’ sentimen rakyat Malaysia. 



Di Masjid setiap waktu syolat, kewajiban umat tidak perlu dinafikan. Dalam kita bersujud kepada Ilahi, Seolah olahnya kita akan mati di keesokkan hari. Persoalan dunia kita tinggalkan buat seketika. Fahaman politik mampu di ketepikan buat sementara. Selesai syolat, kita bertebaran semula mencari kurniaan Ilahi. Mungkin juga berpolitik untuk berkuasa. Berkuasa menentukan hala tuju negara yang tercinta. Lain orang lain ragamnya. Lain parti lain pula hati nurani dan bicara politiknya. 



Kemajuan dan kejayaaan demi kejayaan tercapai untuk dikecapi semua rakyat 1Malaysia. Polarisasi kaum bukan agenda dalam menjana transformasi.  PM Malaysia bertanggung jawab kepada Rakyat yang didahulukan dan pencapaian diutamakan. Tanpa mengira latar belakang kaum, politik dan warna pemikirannya, asalkan anda berada di Malaysia, aspek keselamatan, makanan dan semuanya dipastikan mencukupi. Soal kenaikan harga, kehabisan bekalan, qualiti almutu samy, aiks lalut plak!  merudum, anda ada akal, anda masih waras dan mampu berfikir tanpa di gagahi mana mana pihak dan parti politik, ‘tepok dada, tanyalah selera’!.... 



Sekiranya berlaku jenayah, untuk mengurangkannya, dengan kerjasama dan komitmen rakyat dalam menggembling tenaga amatlah diperlukan. Tidak perlu menuding jari kepada pasukan PDRM sahaja. Jenayah berlaku lantaran kecuaian, kelemahan, kesombongan dan 1001 sifat jelek kebobrokkan manusia itu sendiri. Mengasihi, mencintai institusi keluarga sendiri akan menjadi kekuatan membentengi kerakusan nafsu sendiri. Seandainya, keluarga yang dibina, roboh di tengahari, menjadi gelandangan, selesaikah masaalah? Wajarkah kita hanya ‘pandai’ menuding jari ke arah parti pemerintah sahaja. Sedangkan keluarganya sendiri terabai, bukan menyelaras dan meresmikan persidangan cawangan dalam bahagiannya, tetapi menambah ‘cawangan baru’ untuk mencukupkan ‘kuoram’ persidangan, 4 gitu? 



MEDIA arus perdana, penulis ilmuan, gagal memfungsikan keupayaan sebenar dalam memperjuangkan keberanian menegakkan yang benar dan hak. Malahan bukan sahaja gagal dalam perjuangan, tetapi ikut hanyut hingga tersesat untuk pulang ke pangkal jalan. Dari hari ke sehari, kian melalut hingga berfikir mengikut tempurung lutut. 



Sejuta tangan menahan... ingin ku maki... mereka berkata... tak perlu... kau berlari... mengejar mimpi yang tak pasti... Mengapa mengejar mimpi? Kerana mimpi, lahirlah surat berantai, SMS bantai membantai... 


NEGERI KRISTIAN 


PAS hanya tersenyum simpul bila persoalan ‘mengkristiankan’ Negara Malaysia menjadi isu nasional paling sensitif. Dalam Pakatan Pembangkang Pas merelakan apa sahaja yang menjadi anutan dan ikutan rakyat Malaysia. Hak dan kebebasan rakyat sebagai manusia. Semuanya ini bukan masaalah parti seperti Pas dan pembangkang. Ini tanggung jawab kerajaan yang memerintah. Selangor, P Pinang dan (tak jadik) Perak tidak bermasaalah dengan penyebaran ugama kristian di negeri jajahannya. Yang dipersalahkan akhbar Utusan Malaysia. Sama macam kes video porn KP dengan pendedahan Datuk ‘T’.



Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. UMNO BN menjadi pembangkang. Apakah nasib kaum yang menyokong UMNO BN sebagai pembangkang? Masaalah ‘sekecil’ anak prasekolah di mangsakan keadaan politik sempit. Tidak cukup itu, kini UUM di kategorikan uzur dan usang tidak selari dengan dasar politik totok yang memerlukan kewangan untuk terus berkuasa.  



Tuhan Maha Adil. Kini..... semua Parti ada negeri dan pemerintahannya sendiri. PAS menguasai Kelantan dan Kedah. Kelantan di istiharkan ‘Serambi Mekah’. Negeri yang aman damai bagaikan syurga. Jauh dari ‘hiruk pikuk’ perebutan kuasa dan harta. Perak dapat di ‘tawan’ dan di kuasai selama hampir setahun. Bekas MB nya kini ‘ngigal’ hidung tak mancung... tidor tak kenyang, makan tak lena... lantak ler, asal bahagia... nasib baik kampung halamannya, Tanjung Rambutan. 



DAP menguasai Pulau Pinang, pulau yang cantik, maju dan kaya. Sebuah pulau pelancungan dalam dan luar negara. Kekayaan dan kepesatan pembangunannya mampu menyaingi kehebatan mentornya di Temasek.  KM kaum pendatang dari Melaka. Cantekkk! Agaknya di pulau tu, cuma ada ‘kuasa’ pengundi sahaja. Kuasa diktator adalah hak dinasti LKS & LGE.

PKR menguasai Negeri Selangor. Antara negeri yang paling kaya di Malaysia. Menempatkan Ibu kota Kuala Lumpur walaupun di pisahkan PBT sebagai WP. Seluruh negara tertumpu ke negeri yang di kuasai oleh Ketua Pembangkang ‘anu gerah tuhan’. Bakal PM 16 september 20.... 



Nasib baik keadaan harmoni masih memihak kepada rakyat. Kerajaan Pusat masih di tadbir UMNO BN. Tanpa mengira kaum, 1Malaysia menjana transformasi. Mengharamkan polarisasi kaum. Pentadbiran negeri yang di kuasai PR sudah cukup mencerminkan kewibawaan sebenar mereka. Apakah kita akan membenarkan PR ini menguasai Putrajaya? Mereka semua hanya mencerminkan sikap racist, cauvanist, komunis ultra kiasu. 



Dalam keadaan sedar atau pun tidak!... Orang Melayu Rakyat Malaysia telah meng’agung-agung’kan kristian. Apa sahaja yang sedang me’warna’kan keceriaan rakyat 1Malaysia mencerminkan kebudayaan ‘asing’. Identiti Orang Melayu yang menganut Ugama Islam bukan sahaja tercemar, mengarut, malahan sudah terkeluar dari landasannya..... 



PAS yang dipertanggung jawabkan menjaga, memelihara dan mengagungkan Ugama Islam telah lari meninggalkan medan peperangan yang sebenar. PAS, namanya sahaja adalah ‘Parti Islam SeMalaysia’. Dieja dalam jawi, berbunyi PAS. Mereka juga mula berebut rebut harta, takhta dan kuasa. Meninggalkan ‘Bukit Uhud’? Di mana slogan ‘Zuhud’ yang menjadi selendang kehidupan? Iri hati dengan pemimpin UMNO BN? Pandai pula menjawab, ‘kalau miskin harta macamana nak berkhidmat untuk rakyat’? 



BENARKAH? 

PAS memperjuangkan hukum Hudud, sewaktu dengannya UMNO mengagungkan I.S.A.? Hududkah cara pemerintahan Pas sekarang? Apakah ini satu bukti, Islam yang diperjuangkan Pas itu ‘double standard’? Dengan menyokong dan memenangkan PAS untuk membentuk Kerajaan Islam, sememangnya Malaysia akan menjadi Syurga Dunia? Pangkah Pas masuk Syurga! Pemimpin Pembangkang ‘Anugerah Tuhan’ bakal kebal dari segala pertuduhan kerana di bela oleh para ulamak... Orang yang menuduh, apatah lagi mengedarkan bahan lucah, akan menjadi bebal lalu mati di makan sumpahnya sendiri... Pas hebat!... 



Sama ada kita menerima atau membantah, kini ana sudah ‘terlihat’ dengan jelas permainan syaiton di depan mata... Itulah permainan hari ini. Pemimpin hanya menuding jari untuk melepaskan tanggungan. Pemimpin UMNO PAS sama sahaja. Tapi PM ada kelainan kerana  beliau adalah PM Malaysia, untuk semua rakyat Malaysia. 



KEGAGALAN 
Umat ‘M’ menangkis segala serangan bertujuan untuk melemahkan lalu menghancurkan Islam bakal menghumbankan Umat ‘M’ di dunia ketiga tanpa maruah dan harga diri. Serangan hawa nafsu kian besar dan membara. Umat ‘M’ kini di uji dengan dengan bermacam macam syurgawi duniawi. 



KESEDERHANAAN 
tuntutan Ugama Islam. Slogan? Tebu di bibir mulut? Kita dituntut jangan melakukan pembaziran amalan syetan. Jangan sombong riak dan takbur nyanyian iblis laknat. Jangan buat kemungkaran dan 1001 yang dilarang ditegah agama. 



Berjimat cermat, bijak berbelanja dengan berhemah dan kurangkan ‘politik’ kat warong. Perbanyakkan amalan sebagaimana tuntutan ugama. Bila kenduri kendara jangan membazir. 




      PERJUANGAN BARU BERMULA?        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan