TERKINI

Isnin, Julai 25, 2011

SEPAKBOLA SEPAKTAKRAW SEPAKTERAJANG

SUKAN, EMOSI DAN PERASAAN

    RELAXS
    Kita dalam blog politik.
    Matlamat Menghalalkan Cara demi sebuah Negara Berkebajikan.

PERJALANAN KE BRAZIL 2014 

BOLASEPAK, SEPAKBOLA 

Stadium Jalan Besar, si-ngap-hari-mau-hujan. Huwaaa! Apa punya pau-wang daaa? singa-poor belasah harimau takde bulu 5-3. Waaaa! Inilah dunia sukan bolasepak. Panas tidak berpanjangan dan hujan pun akan berhenti. Persoalannya, Harimau Muda hanya perlu menjaringkan 2 gol di Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai ini. 

Bukan susah sangat pun untuk menjaringkan dua gol sahaja. Boleh ke pusingan seterusnya Piala Dunia 2014 Rio De Janeiro Brazil. Dengan gol di tempat lawan pun diambil kira, ambo makin pusing kepalo. Susah bebenor nak jadi juara! Setakat menang ‘beating’ jadi tongkang untung juta juta, takde masalah pun! Nak jadi juara Piala Dunia macam Sepanyol tu, ambo tengok senang jer! Relaxs jer ‘sisotong paul’ duduk kat bendera spain. Kalau sotong tu belum mati, tentu dia duduk kat Jalur Gemilang pulak. saje buat lawak bodoh.  

 PASUKAN KEBANGSAAN / HARIMAU MUDA
 

Ambo tak faham pon, antara Sukan Olimpik London 2012 dengan Piala Dunia 2014. Yang ambo syok, bila Piala Dunia ada screen besar kat Danga Bay dan sewaktu dengannya. Tengok ramai ramai sambil ngeteh. Saje seronok ngumpul ramai ramai, bukan minat sangat pun dengan Bolasepak Piala Dunia. Pasukan gergasi, awal awal lagi dah tersungkur. Bintang bintang bolasepak malap makan julap. 



Sebenornya, Harimau Muda atau skuad kebangsaan hanyalah sebuah pasukan bolasepak. Bukan robot. Bukan juara dunia pon! Setakat ini, kelebihan memihak kepada pasukan kita, kita bertandang berbekalkan kelebihan gol. Ini hutang tiga gol! beb! Nak skor 2 gol pon belum tentu. So, apa nak cakap lagi. Pressure, tekanan dan tah apa lagi. 



Kalah menang, bagi ambo sudah adat permainan. Kalau dalam politik, kalah kerana SPR tak cukup bersih. SPR main kotor. SPR kambing hitam. Bubarkan sahaja SPR! Jadi, siapa yang nak terajui SPR? Sehingga kerajaan dapat menubuhkan SPR yang baru dan boleh dipercayai oleh semua pihak. Sampai bila? Selamat, tak payah adakan PRU 13 sekarang. ha. ha. SPR tiada. Biometrik. Dakwat kekal. Kalau PR masih kalah, SPR tetap dipersalahkan. Demo nak tumbangkan kerajaan pun tetap diteruskan. Yang penting PR nak menang! 



Jadi, pasukan bolasepak kita kalau nak menang, pakai laser lagi kut! Kalau tetap kalah kerana kedudukan seri akhirnya, bubarkan pasukan bolasepak. Datuk K Rajagobal jadi Rajagembel, tukar dengan Rajawin atau Rajalawak. Relax la, sesekali kalah teruk apa salahnya? Kan kita dah biasa jadi budak belasahan. 



SEPAKTAKRAW 


Kejohanan Piala Dunia Sepaktakraw diungguli Thailand. Oooooh, macam tu rupanya ‘servis kuda’. Ambo tak pernah menyaksikan kehebatan Sukan Sepaktakraw. Petang Ahad 24 Julai 2011 siaran langsung Kejohanan Piala Dunia Pertama Sepaktakraw. Nasib baik diadakan di Malaysia. Dengan format baru, sikit sikit tu ada la ambo faham. Ambo ni dah dekat, dekat nak kenduri nasi ambeng laaa. Baru faham sukan sepaktakraw. 



Selama ini yang ambo faham, permainan sepaktakraw tu lemah lembut jer. Tiba tiba begitu agresif sekali. Sekejap jer, game dah tamat. Tiga set = tiga kosong. Servis jer, terus kutip mata. Macam main sendiri jer. Kena pula servis dari team Malaysia, sangkut kat jaring, tergolek ke gelanggang sendiri. Thailand jugak yang dapat mata. 3-0 beb! Jauh sangat team kita ketinggalan. Baru betul dipanggil ‘killer’. Pembunuh atau libasan maut. Hanya pasukan Siam jer yang mampu bermain sepantas itu buat masa ini. 



Macamana pun kita ada Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee Chong Wei, pemain No.1 dunia wow! Rasional sebagai peminat dan penyokong sukan di Malaysia ini, janganlah terlalu fanatik hingga tidak boleh menerima kekalahan. Setakat nak menang ‘beating’, menang sorak, kampung tergadai, nak glamer jer, tak payah lah pakai pau wang. Kutuk seteruk teruknya FAM, BAM, KOAM, PKM hoi, Parti Komunis Malaya ke? Tukar Presiden, pun sama jugak. Tukar orang politik, lagi teruk. 



Semua mau tukar ka? Semua perlu kena bersih ka? Pakai baju kuning, kalah buang jer! Ini baru betul sepak terajang kehidupan! 


ROKOK SELUDUP 
 MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

Ambo jadi, amboi! Terkajuit beroook!! Jumlah cukai rokok yang tidak dapat di tuntut, tak bayar, lari cukai laaa, mencecah RM 2 billion. Merokok haram. So, cukai rokok pun haram! eh, dah halal, sebab dah campur dengan hasil halal negara. Apa pun, itu hanya sebahagian kecil cukai yang ‘dilarikan’ atau diseludupkan. Salah Kastam atau KDRM agaknya. Bila kena cekup, terjun bangunan. Kerajaan dipersalahkan. Gagal kutip cukai kerana kecuaian KDRM pun salah kerajaan. Yang pelik, makhluk ini mendapat perlindungan dan pembelaan pihak pembangkang. Mengapa kerajaan sering dan mudah melakukan kesilapan? 

Patut tukar la tu! 
Tukar baju kuning ke?


Ular berkepala dua
Kisahnya dalam N3 lalu tersilap pautan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan