TERKINI

Isnin, Julai 11, 2011

DEMO CRAZY PECAH KEPALA


Manusia ‘bingai’ yang hanya berfikir dengan kepala lutut! Jangan cerita untuk menyayangi ‘keamanan’ yang sedia ada, menyayangi diri sendiri pun pecah kepala lutut, apatah lagi menghargai erti kemerdekaan dan kebebasan!

Manusia Terkutuk, Dilaknat mendatangkan bencana kian Tenat!


Kepantasan PDRM bertindak mengikut segala bentuk lapuran, sepatutnya menerima pujian. Mencegah sebelum parah tentulah lebih baik daripada membiarkan nasi menjadi bubur. Bubur cha cha, sedap jugak! Bubur lambuk, Ramadhan tinggal beberapa hari jer. Tapi masalahnya bubur al-jubori plak! Demoncrazy ini akan berlarutan biar pun tuntutan mereka di ‘layan’. So, booo layan lah, jawabannya!



Ternyata, pembalasan tuhan amat dahsyat. Manusia yang telah kehilangan maruah dan harga diri ini terkinja kinja di jalanan bagaikan di landa wabak angin pembalasan. Angin satu badan. Pantang masuk angin terus naik angin. Benarkah ini satu pembalasan? Satu negara bergelora, senada menyokong dan seirama juga yang menentang. Astaghfirllah. 



Selepas ini bolehlah ditubuhkan NGO untuk menjayakan demontrasi jalanan di depan kedutaan asing, di depan makhluk asing, di depani samseng dan seangkatan teo nia seng. Macam kat negara jiran. Asalkan lumayan ada berkebajikan ahliPAS dan keluarganya, boleh jadikan demo ini satu mata pencarian. Yang penting, dapat makan ‘dua mangkuk’ kerana kalau di tangkap pun masih dilayan baik punya, dapat makan kan! Ha, ha, ha, dunia kebajikan. 


9 JULAI 2011

Telah berlalu meninggalkan sifat marah buat insan yang berjiwa murah. Tiada apa pun yang parah lantaran insan sudah pun pasrah. Insan telah berIstiharah, menentukan hala tuju kehidupan yang berlurah. Pusingan sebuah kehidupan yang mencari kesempurnaan. 



Hari Hari Kian Kelabu kekuningan... Berjerebu. Masing masing menanti dan akan terus menanti. Menanti PRU 13. Mungkinkah ‘bersih’? Bersih sebening langit yang biru selepas di cuci hujan? Mungkinkah masih menangguk di air keruh? Adakah kebanjiran kuasa asing bakal menenggelamkan ‘sopan santun’ kebanggaan orang timur? 



Apa apa pun suasana dan cuaca alam ini, sediakanlah payung sebelum hujan. Berfikir dulu sebelum buang!!! Ini, dah takde lain ke otak kematu. Carilah pemimpin yang benar benar berkaliber, ada karisma, gitu! Ini, asalkan pilihan pujaan ramai, tunggul kayu pun di pangkah! Buat apa pemimpin macam kayu, tunggul jer, apatah lagi yang ‘recycle’. 



Ambo dah malas. Nak cakap pun tak guna. Tembak pun tak kena. Ewah, ewah, tau tau dah tambah cawangan baru pulak. Tapi, ambo memang suka cakap. Cakap perkara yang memang ambo patut cakap. o.k. set! 



Sebenornya, ambiga tu nak tanding dalam PRU 13. Dia nak pastikan semua calunnya mesti menang. Dia akan langgar dan bertanding di mana sahaja, siapa sahaja yang lawan, dia mesti menang. Menaci menate ni, sudah glamer satu dunia kan! Hebat, sehebat hebatnya, menate anti Islam ini boleh di makmumi oleh orang Isle sendiri. Itulah ‘beershitt 2 hell’ yang menaci menate tu dok perjuangkan. 



Siapa yang dia tak jumpa? Siapa yang dia tak lawan? Siapa yang dia tak tentang? Siapa yang  tak menghormati dia? Ambo memang benci pong tengok muko dio! Kalau boleh, tak jumpa menate tu, pun takpe. Selisih, tewol kaliwol maliwol!! Nak tengok, kedajalan ‘beershitt’ melawan arus perdana menuju kemunduran. 



Bila semua manusia mula berfikir, bertindak hanya menggunakan kepala lutut, maka kepala lutut sering menjadi mangsa. Sanggup berlari mengejar yang tak pasti, berlari dari bayang bayangnya sendiri dan akhirnya kepala lutut terjelepuk, tercepuk, tercedera! 



Layanan mesra PDRM kepada pendemo, diputar belitkan sebaliknya. Polis ganas, melayan tahanan macam haiwan berdarah panas. LePAS ini, ramailah yang ikut berdemo kerana nak makan gratis sambil di dekmalasikan sajak negarawan. Peduli apa dengan ‘sasterawan’ negara  yang sekongkol, setaraf menaci ambingai. 


MAD SABU N GANG PECAH KEPALA? 


Portal pembangkang kata, satu meninggal dan ramai lagi dianiaya abang polis. Mat Sabu kena sondol kereta polis lalu di tangkap. Jatuh lalu ‘pecah’ kepala lutut! Fulamak, ini rupa rupanya pemimpin pembangkang berfikir ikut kepala lutut. Lepas ni, tak tau plak nak fikir guna apa, kepala lutut dah pecah! Ambo ingat, democrazy semuo nanti fikir guna kepala.... malu lah nak cakap! Cakap? Peserta democrazy kena ‘Boooooooo’ rakyat Malaysia dan kena tu ‘tooooooh’ abang polis! 

 Pecahkan kepala lutut!

Alahai, kesian dia! kecian dia! kena gas pemedih mata, kena tangkap pulak tu! kesian dia! Mana dan apa negara berkebajikan janjikan untuk anda kalau semalam berjaya tumbangkan negara lem ‘booooooo’ anda? masalahnya sekarang, gagal, pedih mata, lenjan lencun badan dan tah apa apa lagi, apa kebajikan yang anda dapat? Puas hati! Lain kali buat lagi. Sengal! Badan sakit, kepala lutut longgar, nasib baik tak pecah! Anda sudah jauh tertinggal kebelakang. Lengit! Jadi, tak payah nak ukur langit, tinggi ke rendah. Satu juta penyokong ahliPAS? 

Peeeergh! Rakyat tidak sebodoh itu!  Rakyat pun bukanya biaDAP sangat. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan