TERKINI

Ahad, Ogos 07, 2011

ANTARA RELEVEN DAN HEAVEN


Capek, penat, gilo nak memahami orang totok kawarij nih! 


NEGARA ISLAM 

Maka, riuh rendah, gempak gempita seluruh antero malayos. Pas memperjuangkan sebuah Negara Islam. Berpusu pusu, berduyun duyunlah para penyokong totok tegar kawarij pejuang isle. Cerita pasal islam, pas. Cerita pasal syurga, pas. Cerita pasal keburukan umno, pas. Cerita pasal kebejatan orang melayu, pas. Cerita fitnah, pas. Semua cerita, pas. 

Tiba tiba timbul pulak mangkuk ayun. Dia kata mewakili semua bangsa. Bukan sahaja mewakili malah membela lagi. Itulah profesyen peguambela. MP lagi, tau. ‘Over my dead body’ dan di jawab dengan laungan ‘takeee beeeer’! hancussss! Kapal pooosingh ni memang cukup hebat kesaktiannya. Tumbang negara isle dibuatnya. 

Menyedari perjuangannya yang sia sia, menjadi bahan ketawa, lalu poosinghlah arah bossnya. Sebagai parti yang mengaku memperjuangkan isle, negara isle, tetiba ada suara ‘over my dead body’ kalau nak tegakan syiar Islam di Malaysia. Totok yang memimpin ini pun, takut hendak berbunuh bunuhan untuk ‘melangkah mayat’ lalu di tutuplah buku perjuangan negara isle.  

Apa kena mengenanya Negara Islam dengan isi kandungan Al-Quran? Mana ada ayat Negara Islam! Dunia Islam adalah, itu pun secara simboliknya. Islam tanpa sempadan. Sempadan, Parit Sempadan, Pulau Sipadan ke, itu kan manusia & ICJ yang menentukan! Batu sempadan, Batu Putih dan Batu batu, kepala batu manusia ni! Siapa yang peduli? 

Bila menyedari, teguran lebih hebat dari perjuangan, lalu ikutlah apa yang ditegurkan. Hampir semua di Malaysia menempelaknya. Agaknya, jalan yang selamat, lalu bertukarlah perjuangan. Senang sungguh untuk menjadi pemerintah di negara ini.

NEGARA BERKEBAJIKAN 

Kini dengan matlamat menghalalkan cara, semua penyokong parti isle tentulah memerlukan kebajikan untuk meneruskan kelangsungan perjuangan. 

Ambo makin tak faham. Tapi dah mula faham. Jadi, jangan tak faham pulak. Dulu, kini dan selama lamanya, tangan yang memberi tentunya lebih baik tangan yang menerima. 

Kepincangan, desakan hidup menjadikan insan kehilangan harga diri. Manusia ini dilahirkan untuk mencari kesempurnaan kehidupan. Namun sebahagiannya, menikmati & menemui, namun sebahagiannya kehilangan peduman. 

Apa masalahnya dengan sumbangan kristiansi, gereja kepada umat isle untuk meneruskan kehidupannya. Mereka akan terus mengexploitasikan kekurangan umat ‘M’ untuk proses pengembangan kekuasaan di Malaysia ini. 

Kini pertelagahan sesama umat ‘M’ mula memperlihatkan kebejatan mainan negara berkebajikan. Untuk sesuap nasi, masih ada yang sanggup menggadaikan agama. Bulan Ramadhan Al-Mubarak hilang serinya hanya kerana segelintir insan munafik. Rupa rupanya masih ramai lagi yang melarat, menadah tangan menanti simpati. 

Negara Malaysia, Negara Majmuk dan semuanya ada di sini. Negara kita tanggung jawab kita. Siapakah sebenarnya yang telah gagal mencari kesempurnaan? 

Setelah kegagalan demi kegagalan menjadi kenyataan menjerat hingga menjerit umat ‘M’. Apa ertinya? Sampai bila bangsa melayu ingin menjadi peminta minta di tanah airnya sendiri? Sebahagiannya yang menjadi korparat juga adalah bangsa melayu, apakah yang menjadi keparat dan yang melarat juga bangsa melayu? Antara UMNO dan Pas bagaikan tiada bezanya menadah bantu simpati umat lain. UMNO lebih releven, cuma umat ‘M’ amat seronok dan leka menganggap hidup ini umpama ‘heaven’! 

Persoalan segelintir umat ‘M’ sanggup mengemis untuk hidup, sanggup mengikut gereja dan sanggup menerima apa sahaja sumbangan kaum kapir, salah siapa? Penerima, pemberi, pemerintah, pegawai penguatkuasa? Atau beginikah perjuangan Negara Berkebajikan? Terima apa sahaja sumbangsih dan segala sumbang sombong telunjuk lurus kelingking berkait? 

Menyalahkan, menuding jari tidak akan menyelesaikan kekusutan. Kenapa kemuskilan sebagai negara welfare kian memuncak? Menerima agenda pengembangan tetapi umat isle menjadi murtad. Apa dah jadi? Mungkinkah Pas juga akan menukar corak perjuangannya lagi? PAS ti... Sudah mula kedengaran, ulamak penyokong tegar Pas totok membenarkan menerima sumbangan sesiapa sahaja biar pun todi, ops, tergadai bodi.

bra dan bravoooooo!! 

Fuyoooo! Marah sakan totok kawarij pas bila kawteamnya dihadiahkan coli dan spender. Salah satu blog antah ‘bra’ntah anti pemerintah, anti putaran alam tetapi menyokong putar alam!!! Peeerrgh, bangang N bengong berkhutbah nyekolahkan anak pening. Punya ler taksub kat lge, sanggup kupur nikmat kerajaan BN bagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan