TERKINI

Sabtu, Februari 26, 2011

AIB SIAPA! - AIB KITA?

KITA HANYA MEMBUKA PEKONG DI DADA


DULU KINI DAN SELAMA LAMANYA

DULU
PAS hanya tahu menyalahkan Orang Melayu Islam UMNO berada dalam kesesatan yang nyata!

KINI
Orang PAS sendiri telah membuktikan kesesatannya, membuka pekongnya sendiri!

SELAMA LAMANYA
PAS akan sesat, PAS hanya membuka aibnya sendiri.


UNTUK KISAH LANJUT KLIK FOTO



Bila anda menyokong dan mengundi maka anda menyokong isle lalu anda dijanjikan syurga. Senang bukan! Kalau anda seorang artis macam Bob Lokman, rockers lalu anda masuk pas, maka anda boleh pilih di syurga mana yang anda suka! 



Suatu ketika, rocker hendak mengadakan konsert, penyokong pas membuat demo membantah. Konsert dibatalkan, sebab anda kafir batu! Kini anda telah menjadi ahli, menyokong dan seterusnya akan mengundi pas, pilihlah dimana anda akan mengadakan konsert secara langsung ‘live’ gitu. UMNO tidak akan kisah. Nak demo, tidor lagi bagus! Nak tengok konsert, kat internet lagi dahsyat! 



Sekarang dah tak main konsert weiii! Janganlah kerana kerajaan UMNO dah tak sediakan ruang dan peluang nak melalak, nak kutuk umno, nak jatuhkan UMNO! Boleh blah lah weii! Semasa kerajaan dan sewaktu dengannya, anda di mercu kejayaan, hanya kerana nak kan undi, pas berdemo membantah rockers.



53 TAHUN KITA SUDAH MERDEKA 
Ibarat hari, kita sudah meniti senja. 
Usianya kita kian meningkat dan hari sudah senja. 
 Apakah bekalan sudah mencukupi? 




Kini UMNO BN sekaligus kerajaan yang dipilih rakyat, memerintah sebaik mungkin, anda pakatan pembangkang kehilangan hala tuju perjuangan! Hari ini dunia telah dikawal IT. Bukan Malaysia sahaja seperti ini. Seluruh dunia terkedu. Bukan masanya untuk mendabik dada, menuding jari menyalahkan orang lain. Jaga keimanan diri sendiri. 



Sekiranya anda masih boleh menjadi kaya raya, anda hanya bernasib baik. Apalah kehebatan AS sekarang ini? Israel? Gempa di New Zealand? Negara kita sendiri tiba tiba dilanda banjir! Dari itu, pas tak payah nak berlagak sangat. Kalau nak mentadbir negeri pun kucar kacir, tak payah bermimpi nak menghuru harakan negara! 



Sokong pas anda sokong isle. Masuk pas, masuk isle, masuk syurga! Itu yang bertujai, rockers masuk pas, selebriti yang dulunya terkinja kinja diatas pentas hiburan, kini manja di pentas politik pas. Sukanya dia. Harus diingat, sewaktu era kegemilangan rock, peminat adalah rakyat yang seangkatan anda. Bila anda kini sudah tinggal nostalgia, peminat juga adalah rakyat yang berkemungkinan lebih berpengalaman dan berkehidupan yang normal. 



Masaalah anda sebagai selebriti, sebenarnya tidak kunjung padam. Jangan marah kalau aku katakan, aku meminati anda hanya kerana suara. Aku tidak pernah meminati cara hidup anda. Gaya anda. Jadi, bila anda terus hanyut tanpa peduman hidup, tiba tiba masuk pas, alahai, tambah menyampahnya aku!!!



Jadi, apa sahaja yang anda buat, zaman anda sudah berlalu. Lagu isabela, kalau dikumandangkan sekarang tentu akan menghiburkan puak pembangkang. Sebab, dulu mereka tak pernah dengar lagu tu. Sekarang penyanyi, pencipta dah duduk sebumbung! Rock, brader! Tangkap leleh! Highway star.... baru betul, meniti titian usang. Hilarry Ang tak join sekali ke? Heaven and hell brader!



Kami sebagai peminat anda dahulu, kini sudah muak, jelak maaa! Kalau boleh sekarang ni, gua lebih minat berita semasa. Berita seluruh dunia. Ekonomi ke, lawak bodoh macam ek eleh, best 104. Gua sekarang nak tobat! So, lu pikirlah sendiri! 



Mana ada jalan pintas nak ke syurga, brader? Hati mau bersih, senyum mesti selalu. Elok jangan berpolitik. Kuatkan Iman! Teguhkan amalan! Jaga kestabilan negara, kesejahteraan anak cucu kita. Nanti jawab pas, Allah sudah menentukan semuanya. Pandai pandailah anak cucu kita nak hidup! Kita dah buat. Dah bagi makan. Dah besarkan. Dah dewasa, tak tau nak hidup sendiri! 



Pas, memang senang. Lu, sokong, lu undi, lu masuk pas – o.k pas masuk syurga. Anda tak suka kerajaan, anda boleh kutuk, protes – o.k pas! Anda marah sprm bunuh TBH, panggil pakar seluruh dunia, ugut kerajaan – o.k pas! Nak jatuhkan kerajaan, buat demo – o.k pas! Bila anda dah kapirkan semua orang melayu, terutamanya umno, jadi orang isle yang tinggal, dalam pas – o.k pas! Semuanya pas ajelah, brader!

Aku pelik. Sekarang ini, orang banyak membuat dosa, nak cuci dosa, masuk pas. Seperti yang aku kenal, diantaranya adalah, samseng jalanan, kampungan adalah orang orang pas. Sikap dan kejahatannya tidak berubah sama sekali. Hanya, penampilan sahaja gaya seorang ustaz! Tapi, Masih membeli 4d. Main judi. Pinjam tailong. Langgan ‘lonte’. 



Seolah olahnya, bila masuk, sokong dan undi pas, confom masuk syurga. Macam karut marut weiii! Tapi itulah kepercayaan segelintir umat m hari ini. Bila sudah menjadi ahli pas, anda akan dilindungi. Segala kejahatan akan dipertahankan. Lihat DSAI, sekongkol dengan pas, bermati matian penyokong totok kawarij mempertahankannya. Biarpun, suatu ketika dahulu, orang pas sendiri yang menggelarkan DSAI aljubori TPM. Kini DSAI adalah anugerah tuhan. Take beeer!



Untuk menjadi orang Islam, kita mengucap dua kalimah syahadah. Barulah, syolat! Puasa. Zakat. Menunaikan Haji. Rukun Iman dan seterusnya.....



Bukan!
Masuk pas. Buat ceramah. Pegang bendera. Menyanyi lagu rock, opocot, terpekik terlolong, berdemo. Senamrobek di kawasan masjid! Pakai baju sia, masuk masjid, bagi sumbangan. Doakan kafirun! 
Bukankah ini pekong Pas? 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan