TERKINI

Khamis, Disember 22, 2011

MACAN DAN BELACAN


pru 13 – siapa lebih cAN? takde can?


Siapa lebih macan?

Siapa pula macam kera kena belacan? 

Apakah semuanya, can... teeeek?

Can Malican atau Can Malingsia can?

Dalam segala hal kita berkiblatkan yang satu,
Mengapa amat sukar untuk bersatu?
Dasar dajal mata satu,
Telunjuk lurus tetapi kelingking berkait seribu.....

Semakin hari, semakin risau, sasau, mabuk besau! Bila PRU 13? Beginilah lumrahnya hidup di dunia ini. Selagi PRU 13 belum di istiharkan, keputusan belum diumumkan, rakyat Malaysia akan ternanti nanti kehadiran PRU 13. Mandi tak lena, tidor ngorook pun tak basah, ngompol koot? Mandi tak basah, tapi kalau tidor ngorook tu, lena laa tu! ha, ha, ha!

Senario hari ini, penyokong umno bn tetap orang yang sama dan tentunya semakin ghairah ingin memastikan kemenangan menjelang PRU 13.

Begitu juga dengan para pembangkang, para pendokongnya juga tetap angkuh ingin mempertahankan kekuasaan yang sedia ada disamping bercita cita menumbangkan pemerintahan hari ini.

Kesimpulan

Anggapan aku aje, dari ana lisis & anu gerah tuhan laa kan, he, he, he, aku hanya serkap jarang, kadang kadang jer betoii. Selalu madang silap. Apa pun, aku tetap yakin, umno bn akan terus berkuasa, Cuma penguasaan dua pertiga agak sukar. Tambahan pulak, kalau ramai calun bebas, payung terjun ke, banyak memenangi kerusi. Huru hara tak laa, Cuma haru biru jer. Jadi, buat parti terbesar, janganlah nak mendabik dada, banyak pekong tuu! Semuga negara kita, tanggung jawab kita, menjamin kesejahteraan kita. 

*****
datuk hassan Ali

Kini masih lagi atas tiket PAS. Ceritanya, sekarang ni tak payah pakai tiket laa. Yang penting, beliau ini kata, demi Islam, Melayu dan institusi raja raja, beliau akan pertahankan. No kompromi buat sesiapa sahaja yang ingin menghina Ugama Islam, meruntuhkan perpaduan melayu dan mempertikaikan Raja Raja Melayu. 

Beliau sudah tak kisah, dicalunkan atau sebaliknya. Asasnya, sepanjang memegang jawatan Exco dalam Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan, selain berlaga angin dengan exco DAP, beliau juga tidak disenangi dalam PAS, apatah lagi dalam pakatan rapuh. Peluangnya kerana menongkah arus lantaran masih memperjuangkan Islam, Umat ‘M’ dan Raja Raja nya sudah tidak sehaluan dan senada dengan perjuangan pakatan rimba dewasa ini. 

Perjuangan ulung, perjuangan utama, perjuangan yang sedang didewakan PR sekarang ini adalah merampas ‘Putrajaya’. 

BiaDAP tetap dengan keegoannya Malaysian Malaysia.

PKR yang syok sendiri hanya memperjuangkan si anu ghairah tuhanya jer.

PAS kemaruk giler nak tawan Putrajaya. 

PR sekarang sedang menghitung calun dan hari menjelang PRU 13. Matlamatnya untuk menang, menawan Putrajaya. Soal rakyat, soal pengundi, itu hanya sampingan jer. Kalau sudah rezeki, rakyat mampu berusaha sendiri dan tentunya ada ganjarannya.

parti PAS

Sebuah parti politik yang paling hipokrit. Aku tak tau nak cakap macam mana. Para blogger pencacai dia orang nie, mabuk, kemaruk giler. Bagaikan tidak boleh di sentuh langsung. Hanya dia jer yang betul, yang layak, yang pandai, walhal sebaliknya. Lupakan jer dia orang ni. Anggap jer, takde, buat menyemak kepala hotak. gaplek betoi. 

Aku kesian jer dengan dia orang ni. Pada satu ketika tu, kawan aku sendiri mencadangkan untuk mengundi calun pas agar tidak hilang wang pertaruhan. Setakat ini pun, kaum pas sedia menerima apa sahaja bantuan, tidak mengira dari mana sumbernya, yang penting terima sahaja. Untuk menyokong atau mengundi, jauh panggang dari bara. 

Namun, apa yang terjadi sekarang ni, dapat betis nak paha, sombong angkuh dan bongkak mengiringi perjuangan mereka. Ternyata pendokong pas hari ini hanyalah lebih sudu dari kuah. Sesuka hatinya mendahului tuhan, kapir mengkapir, kalau setakat cakap pemimpin mereka, peduli apa! Kesilapan lantaran terlalu taksub penyokong pas sendiri telah melahirkan konfrantasi sesama umat ‘M’ bila mana ada segelintir pemimpinnya yang giler ingin menjadikan krisis di Timur Tengah sebagai mentornya. 

Walhal mereka terlupa, pada suatu hari nanti mereka juga akan dihancurkan sebagaimana Taliban. Hari ini begitu angkuh menyelar pemerintahan yang ada. Sedangkan mereka juga bakal dijatuhkan sebagaimana yang telah berlaku.
*****
Beginilah kisah kehidupan masa kini rupa rupanya.

Kepentingan sendiri, kepentingan peribadi mengatasi segala galanya.

Dunia akhir zaman..... 

Sesama umat ‘M’ terus bertelagah,

Kita Mernyembah Yang Satu,

Satu Umat, 

Semuanya kepada Yang Satu,

Cuma sukar untuk bersatu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan