TERKINI

Isnin, Disember 26, 2011

DUNIA TIGA SUKU - HUKUM ONANI

*****

Dunia di akhir zaman telah membuktikan segala kebenaran..... 

Apa yang terkandung di dalam Al-Quran menjadi kenyataan..... 

Umat ‘M’ yang taat, Hamba Allah yang setia bertaqwa kepada Yang Maha Esa, meniti di Jalan Lurus menuju keredhaanNya..... 


*****
DUNIA ¾

DUNIA TIGA SUKU - DUNIA - DUNIA ¾
 
*** *** ***

Dunia Akhir Zaman

Kian membara, semakin panas, terus mengganas.


***¾***3¼***

Apakah mungkin tanpa persengketaan, perbalahan, perselisihan pendapat dan pertikaian sempadan dunia ini akan sunyi, sepi dan tanpa keceriaan? 

Mungkinkah semua yang berlaku pada hari ini hanyalah fenomena biasa dalam perjalanan mencari kesempurnaan? 

Apa pun, yang terjadi, sedang berlaku, dalam genggaman dan yang bakal menanti bukanlah sesuatu yang diidamkan. Semuanya terjadi tanpa perancangan dan pengetahuan sebagai insan biasa. Dalam kita merancang, semuanya belum tentu menjadi kenyataan. Apa yang kita takuti, bayangan kegagalan dan perkara sebaliknya sering menjadi kenyataan. 

Sebagai manusia yang dipertanggung jawabkan, kita mencuba sebaik mungkin dengan segala kudrat yang dianugerahkan, dikurniakan tuhan demi kebaikkan semua umat manusia. 

Persenjataan diciptakan untuk melindungi diri dari pencerobohan kejahatan, namun perkara sebaliknya berlaku, persenjataan juga akhirnya memusnahkan umat manusia itu sendiri. Peperangan berebutkan kedamaian, tetapi peperanganlah yang telah merenggut dan menjadikan dunia ini bergolak bagaikan neraka!

***¾***3¼***

Yang mana betul?
¾ atau 3 ¼ atau Tiga Suku?
Semua sebutan atau bunyinya sama bukan! 

Jika anda memilih ¾ ertinya, ianya kurang dari satu. Dalam ertikata lain, kurang suku laa kan. Kurang atau kureng laa. Mereng, terencat akal atau oku, inikah definasinya? Sewel, sinting, bangang, bingai, bongok dsb juga membawa persamaan pengertian? 

Bagaimana dengan 3 ¼ pula? Melebihi 3 bukan. Dalam erti kata lain, sudah terlebih laa. Mungkin terlebih pandai? Kerana terlalu pandai pun jadi mengong, tongong! Terlalu ingin menjadi pandai, inginkan perhatian dan ingin menjadi lain dari yang lain, maka terjadilah semuanya seperti pada hari ini.

Bodoh tak boleh di ajar, pandai tak boleh di ikut! 

TIGA SUKU – Mungkin inilah agaknya yang tepat. Tepat macamana? Kita tulis ‘Tiga Suku’ tetapi imaginasi kita tetap sama dengan angka ¾ dan 3 ¼. Aku rasa, aku sendiri yang serba kekurangan ni kan, agaknya ¾ jugak kan! Kampreet. Persoalan ini sendiri pun, boleh menjadikan kita juga ¾.  

***¾***3¼***



Sudah habis baca artikel di atas sila sambung pulak artikel ini


Korang yang sudah membaca, melayari dan suka hati korang laa kan, sila definasikanlah sendiri yea.

Sendiri baca, sendiri mau ingat laa. 

SABAR, REDHA DAN TENANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan