TERKINI

Khamis, Disember 29, 2011

FOTOGEDIK


DUNIA TIGA SUKU

Seandainya, apa yang kita hadapi sekarang ini umpama tidak berpijak di bumi nyata, langit yang di junjung pula tidak kesampaian.....

Hidup di awang awangan, terawang awang, macam setan jugak laa kan, tidak sempurna sebagai manusia, lalu macam apa? 


Inikah dunia ¾ ?
 
*****
Dunia di akhir zaman telah membuktikan segala kebenaran.....

Apa yang terkandung di dalam Al-Quran menjadi kenyataan.....

Umat ‘M’ yang taat, Hamba Allah yang setia bertaqwa kepada Yang Maha Esa, meniti di Jalan Lurus menuju keredhaanNya.....

*****
FOTOGEDIK
Selama ini kita mengenali fotogenik, 

kalau mentel mengada ngada fotogenit,

kini... kita ada fotogedik!


Ilustrasi ntah dari mana? Siapa pemilik asal foto ini? 

Siapa yang candid foto ni? Siapa dia ni? 

Foto ini telah ‘menegangkan’ suasana siapa yang melihatnya. Apa yang tegang? Jangan pegang pegang, duduk renggang renggang, dekat kolam renang. 

Tuduh menuduh yang sengaja cari gaduh pun ada. Ini bukan persoalan nak cari gaduh, waduh, waduh, pak. Apa pun andaian spekulator ‘juri’ yang menonton fotogedik ini, anda sendiri nilaikannya dan anda sendiri tanggung natijahnya. 

Apa pun, bagi aku laa kan, dari sudut fotografinya, hanyalah sekedar gambar candid jer! 

Anggapan ‘dia’ tentunya dibolehkan sahaja kerana menganggap semuanya betul. Mengapa dia terpaksa berbuat begitu, hanya dia sendiri yang tahu. Jadi, bagi aku, dalam dunia ¾ semuanya boleh sahaja. Darurat laa, apa saja asal bahagia, orang lain peduli apa! 

Tak kan mandi di kolam renang nak kena pakai baju kurung kan. Laa, kalau sudah di panggil Muslimah namanya, kenapa nak mandi dikhalayak ramai? Kan aku sudah bilang, kepandaian umat manusia sebenarnya kurang suku tau tak. Nak suku kaum ke, suku sakat ke, suku jakun ke, nak masuk suku pun boleh! 

Korang semua ni, bukan tidak cukup pakaian menutup aurat, tetapi sengaja nak tunjuk ‘aura’ korang kan. Di sini menjelaskan, betapa manusia itu tidak sempurna, yang jelas dan pastinya, memang kurang suku. Sah, ¾! 

Persoalan yang mempersoalkan gambar itu lalu melibatkan keagamaan umat ‘M’ demi kepentingan agendanya, amatlah memalukan dan memualkan dari fotogedik ini sendiri. 

Ini hanya sekeping dari berjuta posing maut dalam laman sesawang yang ditayang. Ini juga hanya satu blog dari berjuta blog yang hebat giler! 


 
 
Dunia akhir zaman ini, kini dalam versi atau mungkin fasa dajal menjelang. Segala galanya memerlukan sepenuh jiwa raga, segala kepandaian dan pertahanan yang kebal bukan bebal. 

Pakaian yang ‘kurang kain’ untuk menutupi aurat seorang wanita. Jika di perhatikan, aku rasa Cuma ¾ sahaja di litupi kain. Kurang suku kan! Buat artis ini, apa dia nak kisah! 

Aku sendiri pun malas nak kisah, tetapi kerana ada kaitan dengan ‘Dunia tiga suku’ yang aku tuliskan, layak dijadikan ilustrasi, waa, tumpang semangkuk laa. Apakah foto ini bukan ‘fotogedik’ namanya? Semuanya mengundang bala bencana dan kecundang jua dalam kehidupan galandangan.


 
Yang ini apa halnya pulak? 

Tak cukup kain jugak? Tak sengaja.

***¾***3¼***


Artikel ini berkaitan Madrasah Salihin di Kedah, amat meruntun. Kesedihan hari ini bukan apa apa jika dibandingkan dengan kedukaan yang bakal menjelma, menyesalkan umat ‘M’ itu sendiri. 

Semuga, dalam kita mencari kesempurnaan, keredhaan umat Islam seantero juga mesti di ambil kira. Aku kira, Menara Warisan 100 tingkat juga perlu di fikirkan bersama, walaupun tidak menumbangkan atau mengguna pakai tanah wakaf Madrasah tetapi tidak mustahil bakal menjadi sejarah sukatan pelajaran tawarikh kerana manusia ini tiga suku rupanya!

Sebenarnya kita ini tidak sempurna, masih banyak kekurangan, kita hidup ini hanyalah untuk menjadi Hamba Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan