TERKINI

Isnin, Januari 23, 2012

PRU 13 - GULA GULA PILIHANRAYA


lelong baucar

BB1M

RM 260 juta di peruntukan untuk pelajar pengajian tinggi membeli buku buku ilmiah. 

Pelajar seramai 1.3 juta orang boleh menikmati manafaatnya. Tujuan kerajaan adalah untuk mengurangkan bebanan para ibubapa laa kan. Salah tafsiran, buat golongan kaya raya, mewah muliana yang telah kecukupan asas pembelajaran, tentunya boring tu. Cakap jer pasal buku, esok akaun bank dah mencanak. Emak bapak jual kebun rupanya. Kebun atau tapak tu, nak di buat casino, ada gay world lagi, harga melambung giler wooo! 



Lapuran kat kerajaan, pendapatan kurang dari RM 3000, rupa rupanya RM 3 juta setahun. whaaa.. pasal, tauke taikloong. Apa pong, ini hanyalah masalah terpencil. Jauh di pendalaman, di sudut hati agaknya. Bapak bengong, anak tongong. Yang menyampah nak di dengar laa kan, udah ler sokong jer apa yang pr buat, asyik menyalak dok salahkan kerajaan, boleh gitu? Lawak tak? Lawak bodoh laa kan. 

Dapat RM 200, baucar lak tu, nak kena beli buku, baru di kira kerajaan prihatin. Kalau memang dah menyampah dengan kerajaan BN, sengaja buat isu haprak weeii. Ingatkan bila sudah pandai, kalau tidak tahu nak berterima kasih pong, janganlah kamu dok gigit tangan yang menyuapkan. Wang suapan? 


 
Dalam berita harian ini menjelaskan hasrat kerajaan. 

Persoalan, bila pihak kerajaan membantu rakyat secara one off  mengapa nak dipertikaikan? Semuanya telah di umumkan dalam pembentangan bajet negara. Penerima bantuan tidak mengira bulu, bulu pembangkang ke, berbulu ke, asalkan Warganegara Malaysia. Buat pembangkang, yang dok asyik bangkang, bangkang, pun boleh ngangkang tadah bantuan jer. Nak undi bila tiba PRU 13, tak payah pikiaq lagi, pembangkang tetap undi pembangkang sampai bila bila laa kan. Jadi, boleh kirim salam, terima kasih ajerlah buat umno bn yang memperjuangkan hak rakyat. kwang, kwang, kwang!

Penerima bantuan BB1M, terserahlah anda mentafsirkannya. Kalau nak tunai untuk modal  buang auku pong boleh. Banyak canteeek! 

Bantuan yang di berikan ini hanya one off sahaja. Kalau pr berkuasa, jangan harap laa. Bantuan @ janji Pilihanraya yang di uar uarkan, sampai sekarang hanya untuk kroni kamu jer. Itu pong kalau sudah dilaksanakan. 

Negara Berkebajikan menjadi matlamat kini. Tapi masih nak bercerita tentang Negara Islam. Bila Hasan Ali bercerita pasal Islam, Melayu dan Kuasa, pecat beb! Soal Islam, itu ada di dalam hati Penganut Ugama Islam. Sebagai Orang Islam, ini adalah hak sebagai umat ‘M’ laa kan. Pandai pandai plak nak kapirkan orang umno. Boleh jalan laa lu pas kadok. 

Nak UMNO lebih Islamik ke, itu memang perjuangan umat ‘M’. Sesungguhnya, anutan kamu itu untuk kamu. Buat kamu orang pas, nak junjung negara berkebajikan melebihi segala galanya, lebih derajatnya, apa aku nak kisah! 

Silap perkiraan, jika anda menggunakan baucar RM 200 ini lalu ditunaikan dengan nilai RM 100, lalu dengan bangganya melanggan pelacur cinadoll, kalau dapat laa kan, sekali creeet aje bro, semua dapat. Dosa, hiv, sakit pinggang, mati pucuk dan pastinya mati akal daa! Nak cakap apa lagi laa kan. Ada ke patut, gula gula pilihanraya buat langgan cinadoll?

Bagi aku yang begook ni laa kan, 

Itulah nilaian yang aku mampu. Jadi, buat pelajar yang nak jual baucar buku tu, kat aku, separuh harga jer. Kalau ada 100,000 pelajar, aku dapat RM 20 juta. Modal aku RM 10 juta. Pinjam kat taikloong koot. Bagi kat suplier atau pembekal buku RM 15 juta. Aku untung RM 5 juta. Pembekal pun dapat untung RM 5 juta jugak kan. Bayar kat taikloong RM 4 juta. Jadik, aku untung atas angin RM 1 juta.  Bila tuntut kat kerajaan tetap penuh RM 20 juta. Sonang bai tuu! 

Ini baru plan cadangan dari seseorang bangang macam aku laa kan. Untung atas angin, kepala angin macam aku pong boleh jadik jutawang... hi, hi, hi! 

Salah perhitungan, Ada pulak si malaon ni datang tawarkan berganda pulak. Baucar bernilai RM 200 akan di bayar tunai RM 400. Amacam! Jangan hilang akal beb! Hidup sekarang ni, apa apa pong dah tak mustahil lagi beb? Dapat baucar RM 200, ada orang tawarkan RM 400 untuk tunai. Beratur ler jual baucar kan!

Aku ingat laa kan,

Bila si taikloong dapat tahu, aku untung atas angin RM 1 juta. Aku pun pergi makan angin keliling dunia, buang angin pun satu maya laa kan.  Dia orang ni tentu tensen laa kan. Jadik dia orang pun potong laa trip aku. Soal kekayaan, mana ada kompromi.

Rupa rupanya laa kan, si taikloong ni nak halalkan mata pencariannya. Dengan mengeluarkan atau membuang sebahagian lebihan haram dalam dunia haram jadah, boleh goyang kaki. Duit haram, (duitnya tak haram pong) yang haram aktivitinya, macam ngangkang makan hasil lendir ke, pusher dadah, rampok, apa apa aje laa kan.

Buka syarikat buku koot. Kedai fotostat ke, asalkan pihak kerajaan nampak kita berniaga, hidup segan mati tak mau pong takpe. Nampak miskin untuk cari makan maaa. Kan dapat bantuan. Siang malam nyalahkan kerajaan, bantuan sebat, buat kerja haram jadah, kaya raya pun dapat!

Kalau dia bermodalkan 40 juta, boleh beli 100,000 ribu baucar bernilai RM 20 juta. RM 20 juta dapat di’bersih’kan laa kan. Yang RM 20 juta lagi tu, peduli apa, bukan duit dia pong. Duit pembayar hutang yang gagal dalam kehidupan. Jadik, kalau pinjam RM 10 ribu, campur bunga kertas, kembang cina ke, boleh berjumlah RM 1 ratus ribu beb! Itu belum lagi campoor kembang semangkok.  Kaya, kaya, si Lin tah darat kan. 

Kalau sudah dasarnya pembangkang, nawaitu untuk membantu golongan yang memerlukan pun di pertikaikan. Sebenarnya, hanya kejujuran, keluhuran perlembagaan sahaja yang mampu menjadikan kita, kehidupan kita berharmoni dan sehat sejahtera. Kalau sudah berkemampuan, mengapa takut nak mengistiharkan harta kekayaan? 

Perlukah anda menjual baucar RM 200 jika ada tawaran RM 400 tunai? Yang terer ilmu hisab, baucar RM 200 di gadai RM 100 jer? Kalau duit tunai, buat beli 4d, toto ke, kalau meletup boleh dapat RM 1 juta! Kalau meletup terus, boleh tukar kerajaan koot. 

Mungkinkah masih ada lagi kejujuran dalam kehidupan ini?

DUNIA
***¾***3¼***

Rampoooong ngisengggg... semar tilemm!!! 

Aku nak ngorok, tidor boleh sebantal beb, makan sepinggan, mimpi asing asing laa kan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan