TERKINI

Ahad, Oktober 16, 2011

POLITIK TETAP POLITIK


 Menara Kemanusiaan
Kehidupan ini berkiblatkan kekayaan
Keindahan hari ini telah tiba di penghujungnya?


Lebah dan Madu dan Racun

Hidup ini amat indah, buat mereka yang menghayati erti kehidupan yang sebenar benarnya. Tujuan dan matlamat kehidupan yang telah Allah janjikan. Mengapakah manusia ini diciptakan? Mengapa ada kematian? Mengapa ada penderitaan? 

 Mengapa, mengapa, yea.... kata BDB 

Fikirlah sendiri, seandainya kehidupan ini, tidak ada apa berlaku seperti pada hari ini. Takde Pas, biaDAP, bakal PRU 13, kalau semuanya aman damai? O.k. ke? Memang ler o. k, sebab takde, yang pentingnya, takde Pas dan biaDAP. Bila takde dia orang, tak payah ler susah susah nak tubuhkan umno kan, kan! 

Demokrasi, democrazy, demokerusi, demo nak lagu mano? 

Jadi negara kominis ker? Takde PRU dan kebebasan! Pas mad syabu kata begitu. Itu belum kata pakar perlembagaan Aziz Bari, ntah apa apa plak. Dah dibagi kebebasan demokrasi sepenuhnya pun masih tak puas hati kan! Jadik, mana ada manusia yang pernah merasa puas. Tibai, balun ler dapan belakang, sama rata, sama rasa, ehh sama jugak, bukan sakit, sedap, bukan lama sekejap dan akhirnya sakit pinggang. Sakit, sakit dan sakit. 

Apa apa pun, kita masih mampu untuk bersyukur, bertafakur dan mengukur sejauh mana keimanan di dada. 

Janganlah terlalu hipokrit. Kesombongan, keangkuhan, kebodohan tidak bertempat.  

Hidup ini tidak selalunya indah, gundah, penuh madah berhelah? 

 HUDUD
Islam Akhir Zaman
Zaman Islam berakhir?


Orang buta dengan gajah.

Orang yang pura pura buta! 

Pas akan kata begini.

Umno kata begitu.

Aiks, biaDAP pun nak menyampuk jugak? 

PKR boleh percaya ke dengan pegang bontot gajah? 

BN mewakili semua!pegang kepala koot! 

Hoi, ini hukum hudud, hukum Islam, bukan seekor gajah! Laaa, lalok rupanya. Ingatkan, hukum hakam tu sama jer dengan binatang. Hukum hakam tu, maksud gua, semua undang undang selain daripada Hukum Allah, faham. Perundangan di dunia ini yang dicipta oleh manusia, mana ada sempurna, kan. 

Hari ini dia akan kata, taubat la nuar. Esok dia pootar poosing, jadi peguam bela plak. Semalam dia kata pak sheikh tu al-jubori, hari ini dia kata fitnah besi bisu plak. 

Saksi? 

Mana ada lagi saksi yang benar benar boleh diakui, dipercayai tanpa keraguan, dipaksa dan digagahi mana mana pihak. Betul gitu? 

Kalau terlalu sukar untuk mendapatkan saksi seperti yang dikehendaki, mungkinkah pesalah tidak akan dihukum? Atau pun manusia sudah tidak seronok lagi membuat dosa kerana tiada hukuman? 

Bagi aku la kan, sebagai umat ‘M’ kita mesti ikut segala peraturan Islam. Buktikanlah kepada Yang Maha Esa, sesungguhnya kita adalah hambaNya. Allah yang menciptakan kita. 

Semuanya ini berlaku bukan kerana politik. Tidak ada sebab, mengapa harus di politikkan. 

Yang jelas, mengapa hanya kerana undi untuk berkuasa, barulah lahir semuanya ini. Sebagai umat ‘M’, bukankah semuanya ini tanggung jawab kita. Kewajiban kita.

 Sebagai manusia biasa
Salah silap perkara biasa
bukan nak tambah dosa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan