TERKINI

Isnin, November 21, 2011

SUKAN BUKAN SUKA SAKAN


Emas perak gangsa, salah berak jadi mangsa
Negara sedang menuju menjadi negara maju dan makmur.





 ilustrasi

Penyokong, peminat dan penonton bolasepak kita sama dengan semua pendokong bolasepak  negara di dunia ini. Bila kita meniru aksi orang, orang juga akan meniru aksi kita. 



semangat kesukanan atau kesetanan

Keghairahan untuk di puja dan dipuji telah menenggelamkan sifat kemanusian, kesopanan dan kesusilaaan. Harga diri yang melambung bagaikan tiket ke angkasa lepas. Sebenarnya manusia pada hari ini, telah tercampak tanpa harga diri pun. Tanpa maruah? 

Kemenangan yang glamer, sanjungan menggunung, menghiasi multimedia dan apa sahaja, asalkan  bahagia.
Sukan, asalnya ‘suka’ lalu menjadi kesukaan. Suka hati la kan! 


Jika kita melihat sukan ini dari sudut sudut yang berbeza, pastinya jawabannya juga berbeza. Mana ada jalan untuk memuaskan hati semua pihak. Semua nak menang, masalahnya bila kalah tidak menerima kekalahan pulak! Sukan pun dipolitikkan. 

Bagaimana pula penerimaan kaum yang sememangnya tak bertamadun? 

Walaupun Negara kecil, Malaysia bagaikan pelanduk, sukar untuk tunduk, apa salahnya sesekali menanduk! Bila menang, wow memang senang hati. Apa apa pun aku puji sikap anak Malaysia ni, tidak mudah mengalah dan tidak juga melatah bila kalah. Kalau ada yang extrem macam pas, mungkin sama jugak dengan anak buah Amin Rais agaknya. Ganyang Malaysia! Oii, Malaysia Boleh lah. 

Kekalahan bukan bererti kegagalan bukan sebuah kematian la. Sikap jati diri dan profesnal boleh meninggikan lagi kemarhaenan insan sejagat.

bolasepak sukan sea

Musuh bebuyutan. Dari Raja Gombal menjadi Raja Gembel dan melarat plak ‘maling... sial’ apa sudah jadi dengan semangat kesukanan? 

Bukan hanya bolasepak untuk merebut pingat emas Sukan SEA, pertembungan di padang sahaja pasti hangat, membara dan tidak akan berkesudahan biarpun perlawanan berkeputusan seri. Begitulah fanatiknya penyokong, peminat dan penonton sukan bolasepak Tim Indonesia dan Malaysia. Tapi sebenornya, bukan sahaja Singapura, Thai dan serasanya semua pasukan kebangsaan di Asia Tenggara ini. Yang pasti, juara dari SEA ini hanya bernasib baik sahaja. Tidak ada yang hebat dan benar benar hebat sehingga mampu menjulang Piala Dunia. 

Sudah menjadi kelumrahan, Kesetiaan Kepada Negara, menjadi penyokong kepada pasukan negara, mestilah berorientasikan kemenangan.  Bila menang, segala pujian, sambutan sebagai wira negara, kemeriahan mendominasikan kemegahan. Siapa yang suka kekalahan? Pasukan belasahan.  Menjadi kebencian lalu di ‘pulau’kan? Malaysia boleh! 

Setiap pertandingan pasti ada kalah menang. Seri atau menang menang? Apa apa la kan, asalkan bahagia.
Seluruh peminat, penyokong dan penonton yang ghairah menanti Jam 8.00 malam ini. Penentuan pemenang pingat emas acara bolasepak. Bapak pingat kata fanatik sukan SEA. Juara Keseluruhan tidak bermakna tanpa Pingat Emas Bolasepak. Kalau boleh negara tuan rumah nak sapu semua pingat yang dipertandingkan. Bagi pingat gangsa jer kat tetamu, negara peserta diperkecilkan. Begitulah agaknya anggapan negara yang padat penduduknya. Ramai rakyat, banyak ragamnya. 

Panas telinga dengan segala ungkapan, harapan, spekulator fanatik. Masing masing bangga, megah dengan kelebihan yang ada. Masing masing menganggap sempurna. Siapa pula yang kalah? Takde yang kalah? Mungkinkah tendangan penalti penentunya? 

Melihat pencapaian pasukan bolasepak kita hingga mampu beraksi di pentas final, sememangnya bukan laluan sutera, ops, laluan emas laaa. Penuh dengan barakuda, ha ha ha, perang syco dan perang dingin. Ramai jugak yang tak percaya Malaysia mampu mempertahankan pingat emasnya di Vietnam dulu. Kumpulan A di gelar kumpulan maut. Kumpulan B terus hanyut air banjir agaknya. 

Melihat senario itu, tanpa kekalahan, pasukan Malaysia boleh dianggap hebat dan ‘Malaysia Boleh’ mengekalkan pingat emas. Namun harus diingat, Malaysia bukan tidak boleh ditumpaskan. Seringkali pasukan sebegini akhirnya tumbang di penentuan akhir. Kemungkinan Harimau Muda tewas perlu diakui dan diterima dengan hati yang terbuka demi semangat kesukanan. Apa apa pun ‘Malaysia Boleh!’ 

Kekuatan pasukan Bolasepak B23 diakui pasukan lawan. Kehebatan Malaysia digeruni tetapi bukan masalah untuk ditewaskan. Banyak kemungkinan dan faktor tertentu untuk membenamkan team B23 dibawah jurulatih Ong Kim Swee. Kita tidak perlu mengharap keajaiban untuk menang. Apatah lagi pawang! Kalau soal pawang, aku rasa sang garuda itu londangnya. Tak mustahil, ‘Malaysia Boleh!’ 

Persoalan bolasepak menjadi sepak terajang hingga ke luar stadium, parlimen ke, warong jangan cakaplah. itu biasa pak! Tidak mustahil segala keputusan yang berlaku malam ini banyak yang tidak di duga. Kekalahan timnas Harimau Muda bagaikan sudah dirasai. Terasa bosan meladeni karenah penyokong fanatik ini. Tetapi, Malaysia Boleh! 

Lebih baik kita relaks, biar pun kalah, terima apa sahaja kemungkinannya. Kita kena akur, bila Indon merehatkan pemainnya sewaktu perlawanan kumpulan. Sewaktu dengannya, pasukan UB 23 kita pula terhenjot henjot dengan kecederaan. Sedih, seolah olahnya kekalahan sedang  menghampiri timnas kita. Aku tak sanggup nak tengok aksi Harimau Muda malam ni. Bukan apa, tak tahan dengan kutukan melampau. Kalau kalah, aku terima, sememangnya begitulah adat permainan bola, sebab bola itu bulat kan! Kalau menang? Malaysia Boleh! Kita dalam kebangkitan Bolasepak. hu, hu, hu... 

Kebangkitan bolasepak kita ini setelah pemain import di’eksport’kan semula. ha, ha, ha. Kebetulan atau sememangnya teknik dan semangat kenegerian suatu masa dulu adalah yang terbaik untuk negara kita. Negara kita, tanggung jawab kita dan cara kita! 

tahniah buat kontinjen negara

Sukan SEA Ke 26 ini pada awalnya dianggap tidak semeriah mana. Tetapi bila ada kontroversi dan penglibatan tertentu kini mula diperkatakan. Kemuncak penentuan Pingat Emas acara Bolasepak antara Malaysia dengan pasukan tuan rumah Indonesia, kini menjadi tumpuan utama. Pasukan Malaysia ingin mempertahankan Pingat Emas semasa di Vietnam dulu. Pasukan Indonesia pula telah kemaruk setelah kemarau Pingat Emas Bolsepak selama 20 tahun. Kalah dapat pingat perak. 






Lama aku tak menulis untuk N3 blog. Mulanya, line internet streamyx terputus kerana tiang letrik hancur di ‘sebat’ alsondol oleh proton wira. Hancur bahagian depan kereta. Tumbang tapi kabel letrik yang merentang jalan melentur lalu menyokong dari rebah. Bila tiba bas ekspress, tanpa menyedari kemalangan, tidak terlihat kabel melentur di jalan, apa lagi, ‘sebat’ pula buat kali kedua. Pecah cermin depan bas. Putus kabel dan meranap apa sahaja dalam laluanya. Tiang talipon tercampak jauh. Sebahagian rumah aku, ranap zink dan rugi, rugi looo. Saper nak tanggung? Sendiri tanggung laaa. 

Kejadian selepas Solat Subuh itu, banyak meninggalkan kesan. Kemalangan di jalanraya banyak mendatangkan kesusahan. kesulitan kepada semua. Banyak yang terlibat. Bekalan letrik terputus. Lalu lintas terhalang. Talian telepon, internet streamyx hilang fungsi. Semuanya hanya membosankan. Takde letrik, gelap, sunyi, boring hampir seminggu. Bayaran tetap penuh sebulan! 

Sesuatu kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya. Siapa yang nak susah apatah lagi aksiden! Selagi ada lalu lintas, mengejar dan memintas, selagi itulah kemalangan sukar dipintas. Semuanya berjalan pantas, masa yang tetap beredar diatas paksinya pun dirasakan bergerak pantas. 






Kebelakangan ini banyak blog N3 ‘re-cycle’ jer. Mungkin dah bosan dengan topik dan idea yang stereotype. Tindakan saman fitnah pula mula memihak kepada pembangkang. Nampak sangat blog pro kerajaan ketandusan ilham dan idea. Aku sakit hati betul, bila pembangkang menyelongkar ke bawah karpet pakistan, ‘Ooo.. samo laa den’ pun ada. Aku confius, dia ni, pejuang atau petualang? 

Memang ada baiknya dia orang tu jadi tikus nak baiki labu supaya senang terjun bila banjir tiba, biarkan! Tetapi masalahnya sekarang, orang orang yang kita dok dokong selalu, main comberan plak tu! hampeh. ‘Win Candidate’ diharapkan, bukan boleh menang sahaja tetapi boleh dikenang dan senang rakyat akhirnya. 

Kau orang yang diamanahkan untuk memimpin, digaji guna duit rakyat, di undi lagi oleh rakyat, janganlah jadi pagar yang makan padi. Kalau Duduk Atas Pagar tu namanya biaDAP, janganlah jadi hamPAS, main PoKeR plak tu! Negara untuk diperjudikan? Melayu di’gamble’kan, gembel atau gamble? 

Tulisan & N3 ini hanya sekedar mainan perasaan. Salah dan silap, aku mintak maaf nooo! Saje saje buat lawak bodoh. Dah penat buat bodoh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan