TERKINI

Ahad, Mei 05, 2013

AKIBAT DAKWAT KEKAL







05 - 05 - 13

Aku amat teruja untuk mengundi kali ini. 

Selama ini aku mengundi, takde orang nak kisah. Tapi, hari ini, bila ada orang bertanya, dah ngundi belum? Aku dengan bangganya tunjuk laa jari telunjuk kan, kan! Ngko nak ngundi sapo, itu rahsia kan, kan! Nasib baik dakwat tidak di tandakan kat jari hantu. Kalau kat jari hantu, memang kena laa korang semua! he, he, he. 

Balik rumah jer, anak anak sibuk tengok jari, nak tengok calitan dakwat laa. Dulu apa kita orang nak kisah kan, kan. Hari ini takde sebab nak menipu tak tentu pasal. Kalau dah mengundi ada calitan dakwat di jari telunjuk kiri tau! Ngko suka ke, tak suka ke, kena mengundi kan, kan!

TERBUKTI, PADA HARI INI, DI PRU 13, MELEBIHI 80 % RAKYAT KELUAR MENGUNDI

Malu wei, kalau tak mengundi. Cuti dapat, gaji jalan, tapi pergi mancing, poodah! 

Jangan pandai cakap sahaja. Buktikan, dengan menjalankan tugas untuk keluar mengundi.

SILENT VOTER 

Siapakah sebenarnya pengundi senyap? Sebentar lagi kita akan tahu siapa pengundi senyap yang sebenarnya. 

Sekiranya PR berjaya membentuk kerajaan. Bapak Anuar Bin Ibrahim ditabalkan menjadi PM. Haji Hadi jadi TPM. Lim Kit Siang jadi TPM II merangkap Menteri Dalam Negri. Negara huru hara, laa itu pengundi senyap merangkap pengundi hantu tau! 

Bila di istiharkan BN menang dua pertiga dengan undian meningkat, haa ini baru betul betul pengundi senyap yang sengaja mendiamkan diri untuk memastikan kesejahteraan negara berkesinambungan. 

Pengundi Senyap ini hanya menunggu masa untuk melenyapkan omongan kosong.

DAKWAT KEKAL 

Membuktikan bukan untuk menghalang pengundi mengundi dua kali. Selama ini, pengundi hantu hanyalah hayalansi pembangkang. 

Tujuan sebenar dakwat kekal adalah untuk menyedarkan kepada rakyat betapa mengundi itu adalah satu tanggung jawab. 

Dengan calit dakwat kekal, sudah membuktikan, kita telah menunaikan tanggung jawab dengan mengundi. Tetapi, bagi pengundi cina, sememangnya mereka berpolitik agak advance dan mereka tidak perlu pun di calit dakwat, mereka akan tetap keluar mengundi.

Kita terpaksa menerima, biaDAP tetap racist. 

Kita terpaksa bersedih, PAS tak tahu berpolitik.

Kita terpaksa akur, PKR takbur perlu dikubur jer. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan