TERKINI

Khamis, April 25, 2013

RAMALAN KU BENAR BELAKA?





BN MENANG DUA PERTIGA PARLIMEN



BN BAKAL MEMENANGI 155 KERUSI PARLIMEN

Lebih atau kurang, yang pasti bakal menguasai 2/3 Parlimen.

PRU 13 bakal dilangsungkan pada 05-05-13, Kemenangan BN sudah dirasai. 

JATI DIRI RAKYAT  YANG MENJADI AHLI UMNO KINI DI RESAPI SEMANGAT MELAYU YANG SEBENARNYA. ORANG MELAYU BERUGAMA ISLAM KINI TELAH SEDAR. 

Ini sememangnya bukan kerja mudah. Macam ‘meludah ke langit, gitu’. 

INILAH BERKAT USAHA, AZAM, TEKAD DAN SEMANGAT  PM BERSAMA SAMA JENTERA PILIHAN RAYA UNTUK KEKAL MENTADBIR NEGARA SERTA MENSEJAHTERAKAN RAKYAT.

Buat apa PRU 13? 

Itulah Demokrasi Di Malaysia. 

Kita sudah tahu, yang mana satu ‘tunggul’ dan siapakah yang lebih ‘unggul’. Ini bukan goyang pinggul inul laa. 

Bukan semudah ini untuk menumbangkan BN beb! Kena buktikan kemampuan Parti dan Pemimpinnya dalam mentadbir kerajaan. Cakap mesti serupa bikin. Cakap janganlah merapu sesuka hati. Manifesto bukan satu janji. Manifesto dah jadi manyfantasy? Kalau setakat pandai menabur fitnah, alamat laa punah ranah kan, kan. Pembangkang hanya macam burung kakak tua jer! 

Mereka yang tahu bernegara, pastinya akan menyokong BN. Apa lagi, tolak laa pembangkang... 

Pembangkang diberi peluang tetapi hanya pandai ber’sandiwara’ sahaja. Satu penggal tidak mencukupi, berilah dua atau penggal lagi, mereka tetap akan gagal macam di Kelantan. 

So, BN akan terus berkerja keras untuk memastikan kemenangan 2/3 ini adalah satu kenyataan, bukan omelan gitu! 

Banyak perkara yang diluar dugaan akan berlaku. Mungkinkah Lim Kit Siang bakal ‘bungkus’ di’siang’ hari? Siapa ‘King Maker’ di Gelang Patah? Sebenarnya kedua dua pemimpin ini ada ‘badi’nya sendiri. MB Johor ini pun tidak mustahil ‘patah’ di ‘gelang’gang sendiri. Permainan biaDAP sering berselindung di sebalik sikap chauvanistnya. Dasar ultra kiasu.

Apa pun, 05-05-13 bukanlah masanya untuk kita tukar kerajaan.  Kekalkan BN. 

Kemenangan BN ini bersandarkan kekuatan DS Najib. Kehebatan anak Tun Abd Razak. Keyakinan PM kita ini yang  merancang sebaik mungkin.  

Sentimen rakyat didahulukan dengan menepati lalu melaksanakan janji amat di kagumi pengundi. 

Mungkin selepas ‘MANDAT’ 2/3 PRU 13 ini, semuanya akan diperincikan demi kesejahteraan rakyat. Bukan yang kaya terus dikronikan. 1Malaysia makmur, sejahtera dan Negara Berkebajikan! hu, hu, hu.

BN MERAM’PAS’ KEDAH

Datuk Mukriz Tun Mahathir bakal ditabalkan MB Kedah.

Datuk Zulkifli Nordin di Parlimen Shah Alam memerlukan sokongan semua sudut. Semua pihak. Semua aspek.  Pastikan beliau menang.

05-05-13 = 13 juta rakyat akan keluar mengundi

bn akan terus kekal bertakhta di putrajaya

Ramalan atau omelan ini Bukan untuk di percayai. Kenyataan nya adalah pada 06-05-2013. Tetapi adalah lebih baik kita tenang dan menang! Lepas PRU 13 nanti akan saya huraikan. rileks o.k. yang penting kita mesti keluar mengundi pada 05-05-13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan