TERKINI

Isnin, Februari 13, 2012

HARI HARI YANG KELABU


HARI KEKASIH – VALENTINE DAY



*****
Mereka merayakan kemenangan mereka kerana berjaya menumbangkan pemerintahan Islam di Spain. Kini dan selama lamanya mereka akan merayakan kejayaan demi kejayaan dan kejayaan menyekat umat Islam. 

Permainan dan tanggung jawab iblis syaitan dalam menyesatkan umat manusia. 

Raja Iblis syetan,  menanti umat manusia yang sudi menghuni neraka bersama samanya. Di Dunia ini iblis setan rela menghambakan kehidupanya kepada umat manusia. Di sana nanti, manusia itulah yang bakal menjadi hamba iblis pula. 

*****

Persoalan ‘Hari Kekasih’

Soalnya. Kenapa di terjemahkan sebagai ‘Hari Kekasih’. Serasanya, bukan hanya kaitannya dengan agama kristian sahaja tetapi persepsi manusia itu dengan perkataan ‘kekasih’. Tukarlah perkataan lain, selain dari perkataan ‘kekasih’. 

Sebutan perkataan ‘kekasih’ lazimnya digunakan untuk pasangan yang sedang bermadu kasih. Ungkapan kekasih adalah untuk mereka yang belum ada ikatan resmi. Kalau sudah menikah, laa itu kan di panggil suami isteri, berumahtangga dan apa apa laa kan. Kalau bertunang, itukan dalam pertunangan, tau kan aturan dalam pertunangan. 

Dalam Islam, peraturan serta cara hidup ini amat indah, mudah dan penuh madah bukan haram jadah laa kan! Sekiranya anda mentaarifkan sebaliknya tentunya kebobrokan yang anda dapat. Dalam Islam anda di larang sama sekali mengumpul dosa. Pembalasan dosa adalah neraka, sengsara dan siksaan yang amat pedih. Keluar dari Islam atau murtad lebih baik di bunuh, lebih baik mati bukan? 

Negara Malaysia tidak mengamalkan, tidak mampu untuk melaksanakan hukum bunuh kepada yang murtad. Biarlah Allah Yang Menentukan Segala galaNya. Terlalu banyak parasit yang anti Islam dan Allah. Mereka sanggup menggunakan saluran antarabangsa dan apa sahaja untuk mencabar Keagungan dan Kesucian Islam. Mengajar Umat Islam tentang kemanusiaan dan ketuhanan. 

Bila berbicara tentang ‘kekasih’ secara otomatik kita terfikirkan tentang cinta. Dunia cinta, berkasih kasihan ini amat indah dan syahdu. Seringkali kita leka dan terlupa harga diri. Semua ini berpunca lantaran tanpa sempadan dan ikatan yang sah. Bila berpeluang dan lahir pula hari yang di sebut ‘Hari Kekasih’ lalu berjogetlah iblis setan untuk menjahanamkan Bani Adam. Valentine day menjadikan pasangan kekasih di buai mimpi indah tanpa harga diri, boleh di raya kan sepuas puasnya bagaikan di syurga idaman tanpa ada tuhan! Mereka telah beroleh kemenangan. 

Apa pun alasannya, nama asalnya adalah Valentine Day yang di sambut pada 14 Febuari. Tiada kaitan langsung dengan Islam. Apatah lagi, bila di semak sejarah yang sebenar, ternyata itu adalah kejayaan mereka mengalahkan Islam. 

Buat semua Umat Islam, jati diri kita sebagai Umat Islam, jauhilah perkara yang mungkar dan syirik. 

Untuk menjadi rakyat dan warganegara yang prihatin, hormatilah suara majoriti. Negara ini agama resminya Islam. Tidak perlu memerangkap orang Islam dengan tipu daya duniawi. Kalau setakat mengharapkan undi pru, amatlah malang dan bodoh terperangkap dengan permainan ciptaan manusia ini. 

Hari kekasih takde, yang ada valentine day. Jadi, haramkan penggunaan perkataan kekasih. Tapi, tak tau laa kan, kot kot ada yang bawa kes ke mahkamah sebagaimana perkataan kalimah ‘Allah’ dan dibenarkan 14 Febuari adalah ‘Hari Kekasih’ untuk versi di Malaysia pulak agar halal di sambut dan di rayakan oleh semua umat manusia. 

Kesimpulannya, biarlah kaum lain dengan kepercayaan dan budaya mereka. Mereka tidak berhak memaksa, cakap banyak supaya kita menerima lalu kita merayakan valentine day. Sebagaimana mereka tidak boleh menerima larangan terhadap Umat Islam untuk murtad dan menjadi kapir boleh di hukum pancung. 

Dalam kalendar Islam, takde hari kekasih. Di Malaysia anda berhak merayakan apa sahaja agama, budaya dan kepercayaan anda tetapi cukup cukuplah menghina umat ‘M’. 

Sesiapa yang sanggup menghalalkan cara, itu hak kamu. Undang undang sivil di Malaysia masih memihak kepada kamu. Hukum Islam mengharamkan apa yang telah diharamkan. Anda boleh menang dengan pasukan peguam anda. Tetapi anda tetap gagal untuk memurtadkan dan menipu Umat Islam. Umat Islam sedar apa yang terbaik untuk umatNya di akhir zaman ini.

*****
Selagi kaum kapir tidak mengiktiraf, menghormati dan memuliakan ugama Islam anutan sesama manusia di Dunia ini, selagi itulah Islam tidak boleh berkompromi dengan mereka. Kapir tetap membenci dan memusuhi Islam! 

Setakat ini dan selama ini, umat ‘M’ atau Melayu Muslim tetap bersangka baik dengan penganut agama selain dari Islam di Malaysia ini. 

****************************

Kita hidup di Malaysia pada hari ini begitu bangga dengan slogan

1Malaysia

Menjana Transformasi

Perlukah kita bertukar menjadi 

1Malaysia

 1AGAMA

Islam Ugama Resmi Negara

Maka dengan ini, terima sahajalah Ugama Islam sebagai cara hidup Rakyat Malaysia. Jangan persoalkan apa sahaja tentang Islam. Ikut Islam. 

Jangan sesekali mencabar Islam. 

****************************

DUNIA
***¾***3¼***

Rampooooongggg ngiseng, semar tileeeeemmmmmm...

Aku rasa laa kan, semua penduduk (tak kira siapa asalkan berpijak di bumi Malaysia) sudah patut di sekolahkan dalam 1Sekolah Kebangsaan sahaja, 1Sekolah, 1Bahasa. 

BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA MALAYSIA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan