TERKINI

Selasa, November 29, 2011

PRU 13 - BN KALAH - KIAMAT 2012?


Ramalan – Omelan – Amalan 

ILUSTRASI DARI KLIK

Kepercayaan Kepada Tuhan adalah Rukunegara yang pertama. Kepercayaan kepada Hari Kiamat juga adalah Rukun Iman. Umat ‘M’ mempercayai kehadiran Hari Kiamat adalah ‘akhir kepada dunia ini dan segala galanya’. Yang menanti adalah Padang Mahsyar, bukan padang jarak padang terkukur! 

Soal kepercayaan kepada Hari Kiamat, sememangnya tanggung jawab kepada manusia itu sendiri. Cuma, berlakunya seperti yang diramalkan pada 21 Disember 2012, agak menakjubkan, satu keajaiban yang sukar diterima akal yang waras tanpa digagahi mana mana pihak! he, he, he! 

Mempercayai ramalan seperti ini, berpandukan sains dan pengalaman spirit (firasat agaknya) bukanlah cara Islam. Islam mempunyai ‘mukjizat’ yang tersendiri. Alam yang terkembang menjadi guru. Al-Quran dan Hadith menjadi panduan. Rukun Iman sendiri jelas menyatakannya, hanya insan ‘Kamil’ yang memahami dan  sujud taqwa kepada kebesaran Allah Yang Maha Esa sahaja yang mendapat fadhilatnya.   

Tepok dada tanya ‘pekong’ atau Pek Kong di dada! ha, ha, ha! 

ramalan?

Bagi tukang ramal dan anda yang suka bertenung nasib, sesungguhnya ini adalah perbuatan yang kufur mendahului Allah Yang Maha Mengetahui.  Bila akan berlaku kiamat, itu adalah persoalan Allah Yang Maha Esa. Tanda tandanya pun kita tertanya tanya! 

Mungkin sebagai hak asasi manusia itu sendiri, ramalan adalah haknya. Hanya pro dan kontra bakal menjadi bahan ‘omelan’. Soal kepercayaan, hak asasi juga kepada insan yang normal dan waras.

BN kalah akan kiamat atau PR akan kiamat? 

Senarionya, kalau PRU 13 diadakan pada 20 Disember 2012 = 20-12-2012, canteeek jugak tarikh tu eeeks! hu, hu, hu! 

BN akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekali pun. PR jugak akan merampas dengan apa cara sekali pun. ‘Bersih’ 1,2 dan 3 dan mungkin sampai ‘beershitt’ 8 agaknya akan dihimpunkan, yang penting, pr mesti menang! Kalau kalah terpaksa naik otomotif jenama KIA milik mamat punya. 

Kia... mat, kereta kia tu mamat punya? Kia... mat! Ohhh, kereta kia.. mat punya... 

PR  atau pembangkang pada hari ini, sudah menganggap diri mereka adalah ‘waiting goverment’ bila PRU 13 di istiharkan. Mereka bukan sahaja berangan untuk bertakhta di Putrajaya, mereka sebenarnya akan berbuat apa sahaja untuk bertakhta di Putra jaya. 

Salahkah untuk BN mempertahankan kekuasaan? 

Salahkan PR nak merampas kuasa? 

Politik, oh politik. Kalau dia kata, itu ini, begitu begini, hak asasi manusia, mengapa hanya disatu pihak sahaja? Provokasi yang melampau. Mereka bagaikan nak kiamat ingin merampas kuasa. Sewaktu dengannya menafikan pula hak pihak yang mempertahankan kuasa. Perampas seringkali tidak boleh menerima kekalahan biar pun akhirnya perampas akan terhempas. 

BN belum masanya layak ditumbangkan untuk memberi laluan kepada PR atau puak rimba untuk memerintah. PR perlu bersikap profesnal, toleransi dan mempraktikkan segala kebaikkan yang wajib sebagai pemerintah yang bertanggung jawab. 

Kebobrokkan BN mesti dijelaskan, ada bukti kukuh, PR hebat, mana buktinya? Dulu sewaktu siAnu uar dalam BN, TPM, pr kata dia ni siAnu aljubori tak layak jadi pemimpin. Mengapa sekarang kata besi bisu, pekak badak akan dipertahankan, mana hujahnya? Kalau nak pertahankan LGBT, jangan libatkan rakyat. Tuduh BN fitnah. 

Mendewakan komunis. Macamana sibangsat biaDAP boleh mengharam jadahkan bangsa melayu beragama Islam? Ade ke pemimpin mca, mic yang celupar begitu? Siapa dia? 

Dalam BN, mereka berhak menegur dan menjaga tata susila dalam bernegara. Kaum hamPAS pula yang berlandaskan isle boleh membiarkan anjing biaDAP menghina sesama umat, apa kejadahnya! 

Rakyat kini lebih memahami, menjustifikasi dan berhak untuk mengundi.

Aku tetap aku, menulis kerana sebahagian perjalanan hidupku..... 

Ahad, November 27, 2011

HIJRAH PERJUANGAN HAMBA


HIJRAH


Setahun lagi telah berlalu. Masa tidak pernah menanti kita.
Masa akan terus berlalu meninggalkan usia biarpun sia sia.

Manusia akan terus berhijrah,
selagi masih mampu menghirup udara nyaman, segar bugar,
Selagi nyawa di kandung badan,
Selagi mampu untuk berhijrah,
Hijrah minda mencari keredhaan,
Mencari ketuhanan, sebelum menemui ketenangan yang abadi.....

Hijrah memburu kekayaan duniawi tanpa harga diri
Hijrah menjadi gila kuasa, membanting yang satu
Hijrah kian parah bila sifat amarah menguasai diri
Iblis merajai diri menghalalkan kemungkaran
Hijrah bertuhankan selain Allah Yang satu, Yang Maha Esa?

Persefahaman Asas Perpaduan Ummah


Malaysia Tanah Air Ku 

Islam Agamaku dilindungi Perlembagaan. Tanpa perlindungan dari Perlembagaan Persekutuan apakah akan jadi? Di lindungi pun masih ada yang mencabar, mengganggu gugat dan memurtadkan orang Islam? 

Hijrahkanlah minda umat ‘M’ semua,
Hijrahkanlah demi membezakan yang hak,
Hijrahkanlah penghayatan antara politik dan agama.

Ugama Islam tidak membenarkan kaum kafir harbi laknattullah mempersendakan antara agama. Sesungguhnya, agama kamu untuk kamu. Umat ‘M’ telah terjamin kembara kehidupannya oleh Yang Maha Esa. Susah senang di dunia ini hanya sementara. Sesungguhnya kita adalah hamba kepada Yang Maha Esa. 

Mereka yang berada di landasan agama, menyedari hidup ini hanyalah untuk mencari keredhaan Yang Maha Esa. 

Buat mereka yang lebih mementingkan politik, menganggap agama ini hanya autotarian kepala hotak hang laa, itu kepercayaan kamu! Auto Tarian, bilamana tidak tahu menari menyalahkan tuhan tuhan kamu lantaran dunia ini tidak rata. 

Selain Islam, agama di dunia ini telah di ilhamkan oleh manusia itu sendiri. Dengan bantuan devil iblis satan alsetan, terciptalah ‘stairway to heaven’ lagu kapak batu led zepelin, Highway to Heaven dan sewaktu dengannya mencipta syurga dunia. 

Hijrahkanlah diri dari menjadi hamba dunia!
Perjuangan dan Hijrah kita ke arah keredhaan Allah Yang Maha Esa,
Perjalanan dan Hijrah menuju ketenangan yang hakiki.

Pengabdian dan Perjuangan kita hanya untuk Ugama Islam 

Keamanan, kedamaian, keharmonian kehidupan ini adalah untuk insan sejagat, demi Bangsa dan Tanah Air.

Mohon kemaafan diatas segala kesilapan sebagai insan biasa,
Tersalah kata membangkitkan dosa,
Tersilap langkah mengundang derita berbisa,
Terseksa sepanjang masa..... 

1 Muharram 1433 Hijrah
27 Januari 2011

Jumaat, November 25, 2011

BOLASEPAK BOLA KEHIDUPAN BOLA POLITIK

**********************
Jangan ingat Pasukan Kebangsaan U-23 sudah cukup ‘kebal’ kerana bila menang dapat naik Baraccuda macam kat Indon tu. Kalau kalah, kena sadiq sepakraga, ‘tidor di kandang kuda!’ hu, hu, hu!
**********************
 ilustrasi

Sukan, politik dan apa sahaja, semuanya bagaikan bom jangka. Akan meletup, meledak pada bila bila masa. Kalah menang jadi abu. Sebab, yang menang pun, menang sorak, kampung tergadai. Itu belum lagi yang berlagak pandai. 


Yang kalah, kena kutuk, kaw kaw punya! Setiap pemenang pasti terlupa diri. Oleh itu, pandai pandai laa bawa diri, kalah menang bukan ukuran kebahagiaan dalam kehidupan. Kalah menang pasti ada tanggungan dan amanah yang perlu di kotakan. Kalah menang bukan sahaja tanggung jawab, yang perlu ditanggung dan perlu di jawab.  


Bola Kehidupan kita berputar putar mencari kebahagiaan, keredhaan dan ketenangan.


Bola Politik kita berputar putar membelitkan kata kata..... 


Bolasepak kita, kejab ada kejap takde, tenggelam timbul... ikut air bah! 

KEBANGKITAN BOLASEPAK MALAYSIA

Tahniah!
Syabas!
Pasukan Bolasepak Harimau Muda Malaysia.

 Skuad U-23 Harimau Muda 

Pemenang Pingat Emas Sukan SEA 2011 setelah menumpaskan pasukan tuan rumah Indonesia dengan tendangan penalti 4-3 setelah seri sepenuh masa 1-1, sekali gus mempertahankan kejayaan di Laos pada 2009. Akhirnya penentuan tendangan penalti jua. 

 Tendangan Penalti Ke 5

Seluruh peminat, penyokong dan penonton tentu telah menyaksikan perlawanan akhir acara Bolasepak Pingat Emas Sukan SEA ke 26 di Stadium Gelora Bung Karno yang penuh aksi mendebarkan. Sebenarnya takde apa pun yang bergelora kecuali stadiumnya yang di bakar, hati segelintir penonton yang terbakar dan perasaan membakar serumpun nusantara.  

 ilustrasi dari jakartapress KLIK

Kehebatan yang tidak perlu diperkatakan. Kita semua telah menyaksikan kebangkitan sukan bolasepak tanah air. Ramai pemain yang berkaliber diketengahkan. Aku respect ler, bila semua pemain boleh menjaringkan gol. Apatah lagi di saat genting gitu! Cuma aku confius beb, bila takde finishing. Masing masing jaga kubu, jadi bek, mana strikernya?  Tetiber jer muncul scorer menanduk masuk gol.


 Pengadil dari Jepun Tojo Minoru yang ‘cool’ di sepanjang pengendalian perlawanan akhir begitu profesnal. Aku salute, sebab perlawanan berjalan relaks. Cuba baca reaksi Indon terhadap ‘Refree’ atau wasit yang dituduh berat kepada maling, ops, Rimau Muda la. Macamana ni, pengadil sepatutnya adil kan! Bila pengadil berat sebelah, pengadil tak adil dan pengadil menjadi kambing hitam dalam kekalahan.


Lumrah dan perkara biasa, bila sesuatu pertandingan berakhir tidak memihak kepadanya. Apa sahaja keputusan pengadil, antaranya mengarahkan Ong Kim Swee keluar dari ‘luar’ padang kerana mengeluarkan idea terkeluar batasan. Mungkinkah kesilapan diri sendiri sukar untuk disedari atau dihindari? 

Ganjaran

Peeeergh! Seorang RM 30,000, Indon kata Rp 85.5 juta pak! Jeles? Bukan tanya kat kesedihan orang indon, pak. Aku tanya kat orang Malaya sendiri la. Setakat yang aku tahu, pemenang terbanyak pingat emas tu kalau tak silap empat atau lima? Tak kisah lah tu, mungkin ada yang sudah cipta rekod dapat 11 pingat emas dalam 11 acara, kalau ada la. Itu pun tak penting! 

Yang penting sekarang ni, satu sahaja yang di kira iaitu Pingat Emas yang ke 59, 30 orang dapat RM 30,000 seorang. Pemenang 58 emas, berapakah ganjaran untuk mereka? Kalau seorang pemenang dapat 11 pingat emas, berapa ganjarannya? 

Aku sajer jer, buat persoalan bodoh! Bolasepak ada Piala Dunia, beb. Aku rasa la kan, kalau Bolasepak Piala Dunia FIFA nak di anjurkan di Malaysia, 6 bulan kot baru tamat? Sebab Cuma ada satu stadium yang besar, itu pun kata jkr dah ada barang yang expired. Masalahnya penonton, mana nak cekau duit tiket, habis gaji aku, ojol pun tak boleh nak melantun sampai RM 10 sekilo kan! Tak payah ler jadi penganjur. Kalau ASEAN nak jadi tuan rumah, agak agak timor leste lawan jerman tentu draw kan! sajer buat lawak bangang... brazil plak tu kalah dengan brunai, boleh gitu! final antara Palestin vs asu ops USA. Sape sokong saper? huwaaa, sihir bolasepak koot. ini tentu pakai pawang kan! 

Malaysia dalam senarai ke 155 FIFA World Ranking, itu team utama atau team A. Nak tengok senarai sila

Harimau muda, garuda muda, takde dalam senarai. Hanya pasukan kebangsaan yang bermain untuk peringkat antarabangsa sahaja. 

Sekali air bah, sekali pantai berubah

Sukan mengeratkan silaturrahim sesama insan. Semangat kesukanan mampu menghasilkan keamanan di dunia ini. Namun kini sebaliknya, musuh bebuyutan. Jangan ada yang jeles dengan ganjaran yang tidak cukup lumayan, malah di anak tirikan lagi. Mungkin ada yang terpaksa jual ‘besi buruk’ untuk buat tukaran dan ganjaran pemenang pingat emas? 

Boleh gitu! 

Hai, tak kan baru dapat bonus, tiba tiba kalah plak dengan Syria. Penonton dah agak, agaknya. Cuma 20,000 jer. Pelik jugak, Olimpik London tak pandang ke? Aku ingat RM 1 juta yang menanti tu agak mustahil kot! Hari Ahad ni jumpa Bahrin Tahir (pengulas sukan sepakbola yang popular woo!), ops. Bahrain daa, kalau seri, confom corot dalam kumpulan. Yang penting dah dapat emas, dapat ganjaran, waaa. sampai bila? 

Juara Nusantara Tenggara. Itu pun sementara jer. Kampungan tuu. Brazil pun tak selalu jadi juara kan. Jangan jadi belasahan penulis, pasukan belasahan sudah laa. Kalah menang adat perlawanan, madang kalah tu tak tau lawan laa. Maintain beb! Kalau perlu kalah, bukan bererti mengalah terus. Bila kemenangan di buru, jangan sampai bercelaru akhirnya keliru. 

 Apa pun, aku ucapkan 
'Tahniah'
untuk semua terutamanya untuk tuan rumah.

"MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA"

Isnin, November 21, 2011

SUKAN BUKAN SUKA SAKAN


Emas perak gangsa, salah berak jadi mangsa
Negara sedang menuju menjadi negara maju dan makmur.





 ilustrasi

Penyokong, peminat dan penonton bolasepak kita sama dengan semua pendokong bolasepak  negara di dunia ini. Bila kita meniru aksi orang, orang juga akan meniru aksi kita. 



semangat kesukanan atau kesetanan

Keghairahan untuk di puja dan dipuji telah menenggelamkan sifat kemanusian, kesopanan dan kesusilaaan. Harga diri yang melambung bagaikan tiket ke angkasa lepas. Sebenarnya manusia pada hari ini, telah tercampak tanpa harga diri pun. Tanpa maruah? 

Kemenangan yang glamer, sanjungan menggunung, menghiasi multimedia dan apa sahaja, asalkan  bahagia.
Sukan, asalnya ‘suka’ lalu menjadi kesukaan. Suka hati la kan! 


Jika kita melihat sukan ini dari sudut sudut yang berbeza, pastinya jawabannya juga berbeza. Mana ada jalan untuk memuaskan hati semua pihak. Semua nak menang, masalahnya bila kalah tidak menerima kekalahan pulak! Sukan pun dipolitikkan. 

Bagaimana pula penerimaan kaum yang sememangnya tak bertamadun? 

Walaupun Negara kecil, Malaysia bagaikan pelanduk, sukar untuk tunduk, apa salahnya sesekali menanduk! Bila menang, wow memang senang hati. Apa apa pun aku puji sikap anak Malaysia ni, tidak mudah mengalah dan tidak juga melatah bila kalah. Kalau ada yang extrem macam pas, mungkin sama jugak dengan anak buah Amin Rais agaknya. Ganyang Malaysia! Oii, Malaysia Boleh lah. 

Kekalahan bukan bererti kegagalan bukan sebuah kematian la. Sikap jati diri dan profesnal boleh meninggikan lagi kemarhaenan insan sejagat.

bolasepak sukan sea

Musuh bebuyutan. Dari Raja Gombal menjadi Raja Gembel dan melarat plak ‘maling... sial’ apa sudah jadi dengan semangat kesukanan? 

Bukan hanya bolasepak untuk merebut pingat emas Sukan SEA, pertembungan di padang sahaja pasti hangat, membara dan tidak akan berkesudahan biarpun perlawanan berkeputusan seri. Begitulah fanatiknya penyokong, peminat dan penonton sukan bolasepak Tim Indonesia dan Malaysia. Tapi sebenornya, bukan sahaja Singapura, Thai dan serasanya semua pasukan kebangsaan di Asia Tenggara ini. Yang pasti, juara dari SEA ini hanya bernasib baik sahaja. Tidak ada yang hebat dan benar benar hebat sehingga mampu menjulang Piala Dunia. 

Sudah menjadi kelumrahan, Kesetiaan Kepada Negara, menjadi penyokong kepada pasukan negara, mestilah berorientasikan kemenangan.  Bila menang, segala pujian, sambutan sebagai wira negara, kemeriahan mendominasikan kemegahan. Siapa yang suka kekalahan? Pasukan belasahan.  Menjadi kebencian lalu di ‘pulau’kan? Malaysia boleh! 

Setiap pertandingan pasti ada kalah menang. Seri atau menang menang? Apa apa la kan, asalkan bahagia.
Seluruh peminat, penyokong dan penonton yang ghairah menanti Jam 8.00 malam ini. Penentuan pemenang pingat emas acara bolasepak. Bapak pingat kata fanatik sukan SEA. Juara Keseluruhan tidak bermakna tanpa Pingat Emas Bolasepak. Kalau boleh negara tuan rumah nak sapu semua pingat yang dipertandingkan. Bagi pingat gangsa jer kat tetamu, negara peserta diperkecilkan. Begitulah agaknya anggapan negara yang padat penduduknya. Ramai rakyat, banyak ragamnya. 

Panas telinga dengan segala ungkapan, harapan, spekulator fanatik. Masing masing bangga, megah dengan kelebihan yang ada. Masing masing menganggap sempurna. Siapa pula yang kalah? Takde yang kalah? Mungkinkah tendangan penalti penentunya? 

Melihat pencapaian pasukan bolasepak kita hingga mampu beraksi di pentas final, sememangnya bukan laluan sutera, ops, laluan emas laaa. Penuh dengan barakuda, ha ha ha, perang syco dan perang dingin. Ramai jugak yang tak percaya Malaysia mampu mempertahankan pingat emasnya di Vietnam dulu. Kumpulan A di gelar kumpulan maut. Kumpulan B terus hanyut air banjir agaknya. 

Melihat senario itu, tanpa kekalahan, pasukan Malaysia boleh dianggap hebat dan ‘Malaysia Boleh’ mengekalkan pingat emas. Namun harus diingat, Malaysia bukan tidak boleh ditumpaskan. Seringkali pasukan sebegini akhirnya tumbang di penentuan akhir. Kemungkinan Harimau Muda tewas perlu diakui dan diterima dengan hati yang terbuka demi semangat kesukanan. Apa apa pun ‘Malaysia Boleh!’ 

Kekuatan pasukan Bolasepak B23 diakui pasukan lawan. Kehebatan Malaysia digeruni tetapi bukan masalah untuk ditewaskan. Banyak kemungkinan dan faktor tertentu untuk membenamkan team B23 dibawah jurulatih Ong Kim Swee. Kita tidak perlu mengharap keajaiban untuk menang. Apatah lagi pawang! Kalau soal pawang, aku rasa sang garuda itu londangnya. Tak mustahil, ‘Malaysia Boleh!’ 

Persoalan bolasepak menjadi sepak terajang hingga ke luar stadium, parlimen ke, warong jangan cakaplah. itu biasa pak! Tidak mustahil segala keputusan yang berlaku malam ini banyak yang tidak di duga. Kekalahan timnas Harimau Muda bagaikan sudah dirasai. Terasa bosan meladeni karenah penyokong fanatik ini. Tetapi, Malaysia Boleh! 

Lebih baik kita relaks, biar pun kalah, terima apa sahaja kemungkinannya. Kita kena akur, bila Indon merehatkan pemainnya sewaktu perlawanan kumpulan. Sewaktu dengannya, pasukan UB 23 kita pula terhenjot henjot dengan kecederaan. Sedih, seolah olahnya kekalahan sedang  menghampiri timnas kita. Aku tak sanggup nak tengok aksi Harimau Muda malam ni. Bukan apa, tak tahan dengan kutukan melampau. Kalau kalah, aku terima, sememangnya begitulah adat permainan bola, sebab bola itu bulat kan! Kalau menang? Malaysia Boleh! Kita dalam kebangkitan Bolasepak. hu, hu, hu... 

Kebangkitan bolasepak kita ini setelah pemain import di’eksport’kan semula. ha, ha, ha. Kebetulan atau sememangnya teknik dan semangat kenegerian suatu masa dulu adalah yang terbaik untuk negara kita. Negara kita, tanggung jawab kita dan cara kita! 

tahniah buat kontinjen negara

Sukan SEA Ke 26 ini pada awalnya dianggap tidak semeriah mana. Tetapi bila ada kontroversi dan penglibatan tertentu kini mula diperkatakan. Kemuncak penentuan Pingat Emas acara Bolasepak antara Malaysia dengan pasukan tuan rumah Indonesia, kini menjadi tumpuan utama. Pasukan Malaysia ingin mempertahankan Pingat Emas semasa di Vietnam dulu. Pasukan Indonesia pula telah kemaruk setelah kemarau Pingat Emas Bolsepak selama 20 tahun. Kalah dapat pingat perak. 






Lama aku tak menulis untuk N3 blog. Mulanya, line internet streamyx terputus kerana tiang letrik hancur di ‘sebat’ alsondol oleh proton wira. Hancur bahagian depan kereta. Tumbang tapi kabel letrik yang merentang jalan melentur lalu menyokong dari rebah. Bila tiba bas ekspress, tanpa menyedari kemalangan, tidak terlihat kabel melentur di jalan, apa lagi, ‘sebat’ pula buat kali kedua. Pecah cermin depan bas. Putus kabel dan meranap apa sahaja dalam laluanya. Tiang talipon tercampak jauh. Sebahagian rumah aku, ranap zink dan rugi, rugi looo. Saper nak tanggung? Sendiri tanggung laaa. 

Kejadian selepas Solat Subuh itu, banyak meninggalkan kesan. Kemalangan di jalanraya banyak mendatangkan kesusahan. kesulitan kepada semua. Banyak yang terlibat. Bekalan letrik terputus. Lalu lintas terhalang. Talian telepon, internet streamyx hilang fungsi. Semuanya hanya membosankan. Takde letrik, gelap, sunyi, boring hampir seminggu. Bayaran tetap penuh sebulan! 

Sesuatu kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya. Siapa yang nak susah apatah lagi aksiden! Selagi ada lalu lintas, mengejar dan memintas, selagi itulah kemalangan sukar dipintas. Semuanya berjalan pantas, masa yang tetap beredar diatas paksinya pun dirasakan bergerak pantas. 






Kebelakangan ini banyak blog N3 ‘re-cycle’ jer. Mungkin dah bosan dengan topik dan idea yang stereotype. Tindakan saman fitnah pula mula memihak kepada pembangkang. Nampak sangat blog pro kerajaan ketandusan ilham dan idea. Aku sakit hati betul, bila pembangkang menyelongkar ke bawah karpet pakistan, ‘Ooo.. samo laa den’ pun ada. Aku confius, dia ni, pejuang atau petualang? 

Memang ada baiknya dia orang tu jadi tikus nak baiki labu supaya senang terjun bila banjir tiba, biarkan! Tetapi masalahnya sekarang, orang orang yang kita dok dokong selalu, main comberan plak tu! hampeh. ‘Win Candidate’ diharapkan, bukan boleh menang sahaja tetapi boleh dikenang dan senang rakyat akhirnya. 

Kau orang yang diamanahkan untuk memimpin, digaji guna duit rakyat, di undi lagi oleh rakyat, janganlah jadi pagar yang makan padi. Kalau Duduk Atas Pagar tu namanya biaDAP, janganlah jadi hamPAS, main PoKeR plak tu! Negara untuk diperjudikan? Melayu di’gamble’kan, gembel atau gamble? 

Tulisan & N3 ini hanya sekedar mainan perasaan. Salah dan silap, aku mintak maaf nooo! Saje saje buat lawak bodoh. Dah penat buat bodoh!