TERKINI

Selasa, Jun 14, 2011

ANUAR PM 'BERSIH' MALAYSIA?


    MENGAPA DS ANU WAR IBRAHIM NAK JADI PM?
    KENAPA ANU WAR IDAMKAN PERDANA MENTERI?  


Soalan ‘cepu mas’? Persoalan ‘cepu sen’ jer! Soalan untuk budak budak pre-historical. ops, pra sejarah la!. hish kamu ni! dah buang tebiat ke? Budak budak @ kanak kanak sekolah tadika dan anak anak pra sekolah o.k. 


   
    Soalan :           Besok besor, kamu nak jadi apa, anu war?
    Anuar  :           Perdana Menteri, Cikgu. 


    Tak percaya?!!!!! 


Tanya anak anak ultra kiasu, cauvanist racist tu? Apa jawaban mereka? Hanya anak melayu jer yang jawab, nak jadi kerani, nak jadi polis, nak jadi askar, nak jadi cikgu dan semuanya yang berkaitan dengan ‘gomen’. 

Lihat dan dengarlah jawaban anak ultra kiasu. Kini telah menjadi trend dan kebiasaan bercita cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Seandainya tidak berjaya menjadi PM, mereka akan berusaha untuk menjadi seorang ‘Presiden’. Bayangkan? Banyak sangatkah jawatan ‘Presiden’ dalam persatuan, NGO dan parti politik? Semuanya bercita cita untuk menjadi PM atau ‘Presiden’. 


    Presiden apa? Malaysia akan menjadi ‘Republik’? Sendiri mau ingat maaa! 

BERSIH 2.0 


Dulu, kini dan selama lamanya, Dsai tetap akan berusaha untuk menjadi PM. 16 september bakal menjelang lagi. 7 Julai adalah usaha untuk reformasi ‘Bersih’ bakal menyapu ‘bersih’ secara ‘by hook or by crook’. Kononnya, perhimpunan secara aman, bersih dan santai. Saje dok rileks, bercengkerama, berasmaradana, berpimpin tangan menyeberangi Selat Melaka untuk berbulan madu di awan biru. Fantasia bulan madu, gitu.
Macam pendatang Myanmar, Vietnam, Bangla, Indon, Philipine yang menjadikan KLCC dan sewaktu dengannya pusat memadu janji, melepaskan kerinduan setelah berpenat lelah seminggu membanting tulang. Begitukah Perhimpunan ‘Bersih 2.0’ ? Boleh percaya?!!!! 



Dengan semangat membenci kerajaan UMNO BN, anti Islam, anti melayu dan anti sesiapa saja yang menghalang Dsai untuk menjadi PM. Bersih? 



Tujuan utamanya, tentulah ‘ala mesir’ untuk menyelamatkan Dsai dari fitnah. Setelah ditabalkan sebagai ‘anu gerah tuhan’ kinilah masanya untuk menabalkan ‘anu gerah tuhan’ sebagai PM Malaysia. Itulah tujuan ‘bersih’ berhimpun di KL untuk menuju ke Putra Jaya. 


    PILIHANRAYA TELUS, ADIL DAN BERSIH 


Sekiranya kemenangan memihak kepada penabalan Dsai menjadi PM. Itulah PRU yang paling adil dan telus lagi berkebajikan. Tumbangnya UMNO BN bukan kerana PRU yang telus, adil dan bersih, tetapi kerana kemenangan Pakatan Rakyat. Asalkan PR menang, bersih. Kalau UMNO BN menang, sah PRU oleh SPR penipu, main halus dan kotor. 


    PM DS ANUAR? 


Sebagaimana Pemimpin di dunia ini, PM akan kebal untuk menjawab tuduhan di Mahkamah. Tidak perlu di tunda tunda lagi. Siapa bakal Ketua Hakim Negara? KPN? 



Segala galanya, reformasi, perubahan, baru dalam pembaharuan. Semuanya akan terbalik kot! Itulah sebabnya mengapa Dsai sudah ada team sendiri sewaktu menjadi TPM. Sewaktu memangku jawatan ‘PM’ seolah olahnya beliau merasakan akan gagal untuk menduduki kerusi tertinggi kerajaan. Beliau rela di pecat dari mengakui kesalahan. Sebab itulah sehingga kini, Dsai akan berusaha untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau difitnah, musuhnya ramai, beliau teraniaya, semua kawan telah menjadi lawan dan hanya DSAI sahaja yang layak menjadi PM, itulah laungan totok politik. 



Apa halnya pulak dengan Presiden PAS? Negara Berkebajikan tidak memerlukan Perdana Menteri berugama Islam? Cukupkah sekadar kebajikan untuk rakyat jika diturunkan harga minyak? Kalau harga minyak diturunkan, apakah harga barangan makanan akan turun? Gaji akan dinaikkan, bonus digandakan? Komoditi sawit dan getah bakal mencecah RM 10 sekilo? 



Perhimpunan ‘Bersih’ yang bakal di’kotor’kan lebih baik diharamkan dan dilupakan sahaja. Apa sahaja bentuk demontrasi jalanan, wajib dibenteras awal sebelum memudaratkan. Menghalang, mencegah adalah lebih baik sebelum berlaku diluar dugaan ‘ala mesir’. Kasihan rakyat yang berugama Islam, hidup ini hanya satu persinggahan. 


    ISLAM
    DULU KINI DAN SELAMA LAMANYA


Dari segi atau sudut  perundangan di dunia, undang undang ciptaan manusia mampu mengatasi segala galanya. Undang undang akan terus diperbaharui, dipinda mengikut keadaan, kepentingan semasa dan untuk keadilan.

Hanya Umat Islam yang beriman kepada Islam sahaja yang meletakkan Undang undang Syarak tidak boleh dicabar, dipinda dan apa sahaja untuk kepentingan semasa. 

Undang undang Islam telah diciptakan untuk umat manusia di akhir zaman ini. Bagi Umat Muslim segala yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Hadith adalah rujukan. 

Demi kebaikkan, kesejahteraan, keredhaan dan ketenangan dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, sesungguhnya kita adalah hamba kepada Yang Maha Esa .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan