05 - 05 -
13
Aku amat teruja untuk
mengundi kali ini.
Selama ini aku mengundi,
takde orang nak kisah. Tapi, hari ini, bila ada orang bertanya, dah ngundi
belum? Aku dengan bangganya tunjuk laa jari telunjuk kan, kan! Ngko nak ngundi
sapo, itu rahsia kan, kan! Nasib baik dakwat tidak di tandakan kat jari hantu.
Kalau kat jari hantu, memang kena laa korang semua! he, he, he.
Balik rumah jer, anak anak
sibuk tengok jari, nak tengok calitan dakwat laa. Dulu apa kita orang nak kisah
kan, kan. Hari ini takde sebab nak menipu tak tentu pasal. Kalau dah mengundi
ada calitan dakwat di jari telunjuk kiri tau! Ngko suka ke, tak suka ke, kena
mengundi kan, kan!
TERBUKTI, PADA HARI INI, DI
PRU 13, MELEBIHI 80 % RAKYAT KELUAR MENGUNDI
Malu wei, kalau tak
mengundi. Cuti dapat, gaji jalan, tapi pergi mancing, poodah!
Jangan pandai cakap sahaja.
Buktikan, dengan menjalankan tugas untuk keluar mengundi.
SILENT VOTER
Siapakah sebenarnya pengundi
senyap? Sebentar lagi kita akan tahu siapa pengundi senyap yang sebenarnya.
Sekiranya PR berjaya
membentuk kerajaan. Bapak Anuar Bin Ibrahim ditabalkan menjadi PM. Haji Hadi
jadi TPM. Lim Kit Siang jadi TPM II merangkap Menteri Dalam Negri. Negara huru
hara, laa itu pengundi senyap merangkap pengundi hantu tau!
Bila di istiharkan BN menang
dua pertiga dengan undian meningkat, haa ini baru betul betul pengundi senyap
yang sengaja mendiamkan diri untuk memastikan kesejahteraan negara
berkesinambungan.
Pengundi Senyap ini hanya
menunggu masa untuk melenyapkan omongan kosong.
DAKWAT KEKAL
Membuktikan bukan untuk
menghalang pengundi mengundi dua kali. Selama ini, pengundi hantu hanyalah
hayalansi pembangkang.
Tujuan sebenar dakwat kekal adalah
untuk menyedarkan kepada rakyat betapa mengundi itu adalah satu tanggung jawab.
Dengan calit dakwat kekal,
sudah membuktikan, kita telah menunaikan tanggung jawab dengan mengundi.
Tetapi, bagi pengundi cina, sememangnya mereka berpolitik agak advance dan
mereka tidak perlu pun di calit dakwat, mereka akan tetap keluar mengundi.
Kita terpaksa menerima,
biaDAP tetap racist.
Kita terpaksa bersedih, PAS
tak tahu berpolitik.
Kita terpaksa akur, PKR takbur
perlu dikubur jer.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan