TERKINI

Jumaat, Julai 20, 2012

PRU 13 - PALING GETIR DAN KRITIKAL?



Bakal di sambar petir @ sambeeeer geledeeek!!


Kian Panas dan Membara!!



PRU 13 - BN KALAH - PR =  KERAJAAN CAMPURAN? 

Senario politik tanah air mutakhir ini, kian panas dan akan terus membara menjelang PRU 13. PRU 13 akan berlangsung pada bila bila masa sahaja. Paling lewat atau paling lama pun bulan April 2013. Bahang asmara, ops, bahang kemenangan PR sudah dipamerkan dengan angkuh, sombong dan takebuuurnya. 

PRU 13 hanya masa resmi untuk pengistiharan kemenangan mereka. ‘Waiting Goverment’ katanya. Fuhhhhhh, taksub, sombong, take..buuuur! eh.. take beer... entam laa labu!!

Semua sudah lupa. Mereka mudah lupa! Memang mereka Cuma perasan jer. Mereka perasan akan menang besor! Mereka perasan bakal menjadi ‘orang besor’! Mereka perasan Cuma pandai ‘cakap besor’ dan berdegor degor jor. 

WOW! PR amat konsisten, untuk menerajui putrajaya?


cerdik, bodek, bedik

Sebenornya, rakyat pada hari ini, bukan sahaja bertambah cerdik, rakyat juga sudah pandai membodek dan akhirnya akan membedik. 

Rakyat sudah cerdik berpolitik. Rakyat lebih tahu untuk memilih pemimpin. Mereka tidak akan mempersia siakan peluang yang bakal hadir 5 tahun sekali. Masa depan mereka seolah olahnya mereka sendiri yang menentukan. Kita terlupa, manusia hanya mampu merancang, ketentuan adalah milik Yang Maha Esa. 

Sudah lumrahnya, kita hanya membicarakan dalam bicara, bicara seolah olahnya hanya dua parti sahaja di Malaysia. Bagaimana dengan parti Kita dan mungkin ada lagi parti serpihan? Bagaimana pula dengan calun Bebas?

Apakah ‘bahang kekalahan’ BN sudah mula dirasai? 

Ya. Yea, yea, bn kalah. Wow, sukanya pencacai pas. Psyco war pakatan pembangkang. Perang saraf PR kerana nak kalah. Walau pun mereka tahu, peluang untuk merangkul majoriti mudah pun sakit, namun kerana nak sangat bangkit untuk menang, bukan sahaja berakit rakit ke hulu, panjat bukit lanjan eli wong pun sanggup. Halal haram sudah menjadi haram jadah asalkan ada cara  bermatlamat karam tak sudah. 

Kemenangan 2/3 sememangnya amat diharapkan. Namun, majoriti mudah kian menggundahkan dan kemungkinan berpaling tadah. 

Tsunami politik tanah air 2008 hanya suatu pengajaran dalam kebangkitan PR. 

Apakah mustahil tsunami politik PRU 13 ini bakal meranapkan impian parti dominan? 

Seandainya, kemunculan dan kemenangan calun dari Bebas pula di luar jangkaan, mungkinkah PR atau BN boleh memenangi majoriti mudah?

PRU 13  -  PERTANDINGAN TIGA PENJURU

PRU 13 bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru dan berkemungkinan 4 atau 5 penjuru pun tidak mustahil. Jangan sampai 360 penjuru, sudah! Semua peluru hanya mengelirukan dan menghuru harakan suasana. Keputusan pengundian bakal menjadi haru biru. Majoriti mudah menjadi padah bila mana kerajaan campuran akan menjadi haram jadah. Gandingan akan menjadi pertandingan, rundingan perebutan kuasa dan akhirnya tinggal perbandingan. Bandingkan dan sendiri mau ingat laa,  lantaran kegagalan umat dalam menentukan matlamat. Yang ada, hanya matlamat menghalalkan cara. 

Kalau selama ini, ada segelintir penyokong pas yang mengundi pas hanya untuk memberi pengajaran kepada umno, PRU 13 akan menyaksikan undi protes memihak kepada calun bebas pula. Tiada bezanya, calun PR  menjadi calun bebas. Rakyat bosan dengan kriteria calun yang hanya mementingkan kekayaan peribadi dan kroninya sahaja. BN dan PR, janganlah terlalu perasan, dengan calun calun yang tentunya sukar untuk memuaskan hati rakyat, maka begitulah nanti calun yang bakal menang juga bakal tidak memuaskan hati teraju utama PR atau BN. Mereka adalah calun bebas. Mereka menang kerana tiket bebas. 

BEBAS tidak akan mampu membentuk kerajaan. Tetapi, kerana BEBASlah kerajaan akan dibentuk.  

Ini bukan ‘merapu parang sekeper’, ini setakat merapi, merepek, meraban jer. hu, hu, hu.

*****
Bersama Kita Menghayati Ramadhan Al-Mubarak

*****
SABTU 1 RAMADHAN 1433

Tiada ulasan:

Catat Ulasan