TERKINI

Rabu, Februari 23, 2011

AKU MENULIS KERANA.....

BLOGGER NYAMUK
Blogger Nyamuk dibayar 5K
Kehebatan nyamuk untuk menjatuhkan pembangkang?




Blogger Pro Kerajaan dibayar RM 5000 sebulan. Presiden NUJ mendapat peruntukkan RM 1.2 juta. Itulah ringkasan sebahagian kemewahan para blogger pro kerajaan. Keselesaan ini belum termasuk dengan segala kemudahan elit. Kenderaan lambo sport yang aku selalu tunjukkan dalam blog. Heli untuk tugasan profesnal dan rahsia. Banglo 3 tingkat + kolam renang siap ‘bangla’ security guard! Mewah! Dahsyat giler! 



Bayangkan! Penulis yang hanya tahu untuk menulis berdasarkan kebenaran yang dilihat, didengar dan dibacanya sendiri. Menulis hanya sekedar memenuhi tuntutan daya fikirnya. Memaparkan sebuah karya hasil nukilan kebebasan fikiran. Karya kreatif, namun jauh ketinggalan jika dibandingkan hasil kerja media arus perdana. Penulis penulis kerdil, yang kini berleluasa mengisi dan menghiasi alam siber.



Aku tidak membaca pun, kehebatan dan keunggulan karya para blogger picisan ini. Semuanya bagaikan senada dan seirama. Kebenaran menjadi landasan berkarya. Keadilan menjadi nadi perjuangan. Kepuasan berkarya melambangkan kesempurnaan perjalanan kehidupan. Itulah sebahagian pengertian hidup ini buat insan kampungan di sudut dunia.



Aku tidak pernah membela kemungkaran. Rezekiku yang telah ditentukan, aku tetap bersyukur. Kemampuan ku berfikir, menentukan tahap kefakiran. Mengapa tergamak mengkafir, hanya kerana berlainan fahaman? Dimana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung. 



Sebenarnya aku tahu, aku hanya mampu melihat segala keindahan automotif di internet sahaja. Untuk melihat sebenar didepan mata, tunggu hari terbuka pameran antarabangsa yang jauh nun di sana. Memadailah kehadiran Sultan dengan lambornya ke ceruk kampungku. Kami rakyat biasa. Kalau nak ke joomheboh pun, mana cukup duit tambangnya? Tertipukah aku sebagai rakyat negara ini?



Tuhan tidak akan mengubah nasib hambanya! Kecuali kita sendiri yang ingin mengubah nasib. Ternyata sehingga kini, nasibku tetap begini.... 



Sesiapa sahaja yang ingin menjadi Yang Berhormat, bagaikan kena loteri. Untuk menang, menjadi YB, perlukah berpolitik hingga menghumbankan harga diri dan mengugut tuhan?



Bila anda telah terpilih untuk menjadi pemimpin, madu di tangan kananmu, racun ditangan kirimu, terserahlah yang mana akan kau berikan padaku... he, he, he! 



Namun, harus diingat, hari ini, dirimu dikemuncak singgahsana. Mungkin esok dirimu akan tercampak di singgah sini gobok burukmu. Kami hanya mampu menyokong dan mengundimu hingga ke peringkat yang kamu hajatkan. Jadi jangan lupa, kami juga berhak menghumbankan kamu ke lembah yang korang tak inginkan. Baru, pada muka kan!



Kami akan terus menulis untuk meluahkan segala yang tersirat di lubuk hati ini. Kami membayar streamyx tiap tiap bulan. Kami membeli PC second hand. Semuanya kami bermodal sendiri. Bukan kerana nama, bukan nak glamour, aku menulis demi agama!



Maka dengan ini, aku cuma nak tulis, apa yang aku suka! Suka hati akulah. Ini blog aku. Aku juga seorang blogger. Inilah hak aku!



Anda siapa hendak memfitnah aku. Siapa anda yang hendak menghina kami. Kami bukan hendak mengemis. Kami bukan pesimist. Penulisan aku, cara aku lah!



Bagi blogger upahan, anda boleh telan segala upah dan kepahitannya. Anda boleh buat fitnah, sumpah seranah sesuka hati, anda dibayar. Setialah kepada tuanmu. 



Kepada pemimpin yang diatas singgah sana, jangan lupa kepada rakyat di singgah sini.



Sebenarnya, aku sendiri sudah bosan dengan segala fitnah, umpat keji dan ntah apa apa lagi kebiadapan insan. Kebobrokkan manusia yang tergelincir dari perjuangan asalnya. Jadi, jangan salahkan bumi yang bertuah ini! 



Mengapa menggunakan agama untuk menipu, membohongi sesama umat? Mengapa memfitnah blogger menerima upah 5K? Mengapa menjanjikan kebahagiaan hidup untuk kami, seandainya kepentingan peribadi mendahului pencapaian?



Aku cukup terguris, bila mana blogger pro pakatan, menghina semau maunya hak kami. Orang orang Pas sendiri yang sombong berlagak juara sabong! Sudah kalah, masih terus mencerca, memaki dan sesuka hatinya bodoh sombong. 



Itulah yang aku katakan, aku sudah bosan! Bosan nak menyekolahkan, menghamun blogger gampangan upahan pakatan. Pemimpin pakatan cakap lain, blogger pakatan cakap lain. Bongok! Memang tak luak pun. Peduli apa aku!! 



Yang aku dok marahkan sangat tu, dengan sibiaDAP cauvanist, kumunis tu! Dengan sipariah kaki botol todi tu! Dah lah tak reti bahasa, tau pulak nak menyiksa. Bukankah semuanya ini berpunca dari orang melayu yang tak ngaku melayu, sipas dan sipkr? KebiaDAPan yang tidak seharusnya berlaku?



Hendak tak hendak, layan ajelah kekafiran malaun ‘goblok banget’ tuh! Aku sebenarnya lebih berminat untuk memperjuangkan hak ketuanan melayu dalam meninggikan syiar Islam. Ini negara kita, tanggung jawab kita! Kembalilah keajaran yang dituntut dalam Agama Islam. Orang UMNO yang telah sesat perjalanannya, wajib ditinggalkan. Sama macam Pas yang suka mengkafirkan orang! 



Kami ada perjuangan kami. Aku tetap akan berjuang demi Agama, Bangsa Melayu dan Tanah Airku Malaysia!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan