HAIWAN
Dunia ini telah lama dijadikan. Kejadiannya adalah satu keajaiban. Dari sudut sains ianya adalah salah satu cakerawala. Dari sudut keagamaan mengikut fahaman penganutnya.
Makhluk yang telah ujud sebelum kejadian umat manusia adalah haiwan. Dari sudut sains mengujudkan dunia dinosour. Kepupusan disebabkan peredaran masa. Satu persatu pupus dari dunia ini. Sehingga semuanya nanti akan pupus juga. Persoalan ini aku utarakan hanya secara am sahaja. Dunia ini ada barat, timur dan selatan. Apakah sebenarnya dunia haiwan ini? Kajian sainstis akan berterusan selagi masih ada matahari yang terbit dari timur dan tenggelam di ufuk barat.
Berjuta, bilion, spesis haiwan yang mengimbangi keujudan dunia. Terlalu panjang berjela jela untuk dituliskan satu persatu. Pentingkah semuanya ini?
Haiwan Paus biru, mamalia terbesar di dasar lautan. Hinggalah kuman, virus yang tidak terlihat oleh pandangan mata kasar. Namun kehebatan bahasa melayu mampu melihat ‘gajah diseberang lautan nampak, gajah didepan mata tak nampak’. Begitukah insan masa kini menerajui kehidupan? Telah menjadi lumrah dunia, kesalahan orang lain kita perbesar besarkan sehingga mampu menenggelami lautan. Kesalahan diri sendiri seboleh bolehnya disembunyikan, tanam terus di jurang Mindanao.
Nyamuk, penghisap darah, setelah menyedut darah, virus pembunuh ditinggalkan. Nak bertanya kenapa haiwan ini dujudkan? Apa halnya dengan sikap manusia. Marahkan nyamuk kelambu dibakar? Kejadian nyamuk sememangnya keagungan Yang Maha Esa. Hubung kait antara manusia dengan haiwan, bagaikan pusingan sebuah kehidupan. Dalam dunia manusia ada sifat kebinatangan. Siapa yang tidak meminum susu? Lembu punya susu, sapi punya nama.
Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, haiwan dan manusia itu sama sahaja. Bezanya manusia itu dikurniakan akal dan tahu malu…..
Manusia yang tidak berakal dan tidak tahu malu, sama sahaja dengan haiwan. Manusia yang punya akal dan kesempurnaan sahaja akan meniti erti ketuhanan. Mungkinkah sebahagian manusia itu adalah spesis haiwan juga? Mengikut teori Darwin, jawabannya tentulah Ya! Berdasarkan kejadian ‘beruk’, level atau kasta terakhir manusia tentunya seumpama haiwan. Dalam Islam, para nabi, sahabat rasullullah sehinggalah umat Islam keseluruhannya adalah semulia mulianya kejadian. Akal lah yang akan menentukan kedudukan manusia itu sendiri.
Jangan ditanya kenapa manusia itu bangga menjadi Raja umpama singa. Membaham mangsanya macam harimau. Licin macam belut. Menyengat seperti tebuan. Pukul curi macam harimau kumbang. Bagaikan haruan makan anak. Mungkinkah manusia pada hari ini sudah bosan dengan kehidupan formal. Mereka mula menjejaki atau mempamerkan belang sebenarnya.
Sesekali merenungi kehidupan di dunia haiwan seperti National Geographic, Discovery, terasa kehidupan di alam fana ini amat bererti. Begitulah alam yang terkembang. Ada masanya kita takjub dengan kebesaran Yang Maha Esa. Namun ada juga yang teruja untuk menjadikan kehaiwanan beraja dihati. Tidak mustahil, sebenarnya manusia hari ini juga adalah haiwan. Bukan sekedar syaitan yang menyesatkan umat manusia, manusia itu sendiri menyesatkan arah, hala tuju yang sepatutnya menjadi hamba Allah.
Biarkanlah haiwan hidup dengan dunianya. Kita sebagai manusia, janganlah sekali kali lari dari sifat kemanusiaan. Lari dari tanggungjawab. Sanggup meninggalkan anak kepada atuknya, meninggalkan isteri dengan anak anak nya. Sedap bersama. Bila susah, sakit tanggung sendiri. Apakah sebenarnya ‘konspirasi’ manusia untuk menjatuhkan umat manusia?
Dunia haiwan tanpa sempadan, tanpa perundangan, tanpa peraturan, tanpa pakaian, tanpa perasaan, tanpa belas kasihan, tanpa dosa dan pahala.
Dunia haiwan hanya untuk binatang dan segala makhluk yang hidup seperti manusia juga.
Dunia haiwan juga sebenarnya terkongsi dengan dunia manusia. Kita saling berkongsi pendapat, udara, api, tanah dan air.
Sebahagian jasad haiwan telah menjadi darah dan daging manusia.
Pemakan ‘exotic’ tentunya cara kehidupannya juga penuh dramatic! Lihatlah haiwan yang menjadi perlambangannya. Manusia yang menjadikan ular sebagai symbol, mewarisi sifat pembelit. Makan babi, celeng, khinzir atau ‘gendus gembel’, bukan sahaja symbol memang dasar dan matlamat hidupnya semacam DAPig.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan