TERKINI

Sabtu, September 29, 2012

MERIAM BULOH - HARI RAYA ATAU PILIHANRAYA





Dor, Dam, Dar, Dum, Dom




MERIAM BULOH

BERITA DAN CERITA SAHAJA YANG GEMPAQ NAK RAK.

SEMUANYA TEMBERANG, TEMBELANG  DARI TENGKU RAK. TENGKORAK SEWEL.

Selagi manusia masih bernyawa lalu sendawa, berfikir tanpa berzikir, berceloteh tak letih, melatah kerana gula gula getah dan berjuang kerana wang, sehingga akhir zaman lah meriam buluh akan terus berdentum dentam.  

Hanya ledakan menyakitkan telinga namun padahnya takde pekdah pong. Kampung gegak gempita, bedil dan bedal bersahutan kononnya menyambut hari lebaran. Memang lebar hambar, hilang sabar ada laa.

*****
Bosan betul laa sekarang ni! Masa aku kecik dulu, bila main meriam karbaid ni, fuhhhh, berdentum memekakan gegendang telinga. Gendeng omak kau kata. Meriam tanah ker, meriam buluh laa gempakk. Memang beraya betul, bila berdentum dentam meriam berbalas tembak. Takde saper pun yang mati. Paling terer, beraya kat wad jer. Muka celorong celoreng macam buat operasi, tapi kat atas katil laa. Nasin baik tak ‘tergolek dog’. hu, hu, hu. 

Dalam suasana raya terkini, macam tidak semeriah mana pun. Raya kedua, jalan raya jammed.  Jalan raya, baju raya, hari raya, yang tak raya bila perjalanan ‘macet’ laa kan. Macam kat JogJakarta laa pulak bila ngomong jowo ni. Raya dengan jalan jammed, kalau jem aprikot ke, jem nenas ke kira o.k laa. Tambah meriah raya. 

Biar pun kita berlainan parti ideologi, suasana raya tu sama jer. Cuma bila berlainan fahaman, tergigit lidah kerana terpelicok terpeleot ker, sudah adat jugak laa kan! Kalau hunus pisau selesai nyawa jer, masalah makin rumit tau tak? Loyar jer kaya, umat malayos terus meloya ada laa. Merapu parang sekeper, kalau merapi dah meletus dah. 

Sebenarnya, hari ini kita berselisih pendapat, esok lusa kita bertaut kembali beb. Alah, macam Hasan Ali dan Nasharudin tu... Dulu, amacam? Sekarang... begitu laa air di cincang... Kutuk laa, hang balun laa sesuka hati, majlis syura tak sempat nak bincang weii. Paling koman piang pong, kenen balik kat umno. Politik, politik, oh politik. Tak berani nak pecat Ustaz Nasha hanya nak jaga dewa dap kononnya. Namun secara politiknya, hanya untuk menyeDAPkan hati para ahli dan penyokong totoknya.

*****
MERIAM BULOH 

INGATKAN HARI RAYA JER, LAA NAK PRU 13 RUPANYA!!! 

Bilakah PRU 13? April 2013 dan 13 Mei bakal berulang? 

Besar kemungkinan pada penghujung tahun ini, Dis 2012. Namun, kenyataannya PRU 13 akan menjadi penentu secara rasmi, BN akan terus mengekalkan kuasa dan mentadbir negara ini. Kalau sampai bulan April 2013 pun, semuanya itu untuk mempastikan segala persediaan keselamatan negara tidak terganggu gugat. Al-maklumlah, bila puak pr kalah, dorang dah tersalah ukur langit kan. Nampak jer bumi ni tak rata. Selama ni pong, dorang pr tu tahunya ngukur baju di badan orang. Lepas tu pakaikan kat lembu plak. Lepaskan tu marahkan umno. Lepas tu, tak tau nak lepaskan diri. Lepas tu, melepas laa lu. PR kalah lagi...

‘Waiting goverment’ dah jadi gunting dalam lipatan. Pengundi senyap dah tunaikan kewajiban menentukan pemerintah di Malaysia. PR tak payah laa nak demo lagi. PR tetap akan kalah dalam PRU 13. Majoriti rakyat tetap akan menolak PR. 

Bukan masanya untuk rakyat tukar tukar pemerintahan macam tukar tukar baju laa kan. Apatah lagi nak tukar tiub laa kan, apa ke jadahnya! kah, kah, kah. banyak laa cikah dia.

Hari Raya Aidil Fitri 1433 H masih meriah di sana sini. Kehadiran Hari Kemerdekaan Negara menambahkan lagi keceriaan. Pada 16 September bersamaan 29 Syawal, Hari Malaysia pula bakal mewarnai di penghujung Bulan Raya. Pendek kata, semuanya dalam suasana Hari Raya. Puasa sebulan, jadi Raya pun sebulan juga laa kan! Semuanya terserah dan sendiri mau ingat laa. Kalau tak puasa, sambut laa raya antara kaum pulak. he, he, he. raya antu pong ada. bukan hantu raya, raya antu laa. 

Merapu, merapi suasana politik hari ini. Hebat jer gimiknya. Takde apa apa pun.

*****
Pokoknya, itu kisah Hari Raya. 

Pokoknya, bila nak PilihanRaya ke 13? 

Pokoknya, kelapa sawit laa... 

Pokoknya, siapa yang terus patut berkuasa? 

Pokoknya, orang melayu mesti terus berkuasa..... 

Pokoknya, ya  jangan ditebang sih!